Rizab emas

Rizab emas ialah simpanan emas pegangan bank pusat atau negara yang bertujuan sebagai simpanan nilai dan jaminan untuk menebus janji untuk membayar penyimpan, pemegang wang kertas, atau rakan dagang, atau mencagarkan mata wang.

Pada akhir tahun 2004, bank pusat dan dana pelaburan memegang 19% daripada semua emas atas bumi sebagai aset rizab bank.[1]

Dianggarkan bahawa semua emas yang digali pada akhir tahun 2009 berjumlah 165,000 tan.[2] Pada harga AS$1000/auns yang dilebihi pada tahun 2008 dan 2009, satu tan emas mempunyai nilai kira-kira AS$32.15 juta. Jumlah nilai segala emas yang pernah digali akan melebihi AS$5 trilion pada penilaian itu.[note 1]

Pegangan emas IMF

Pada Jun 2009, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memegang emas sebanyak 3,217 tan (103.4 juta auns),[3][4] satu nilai yang malar selama beberapa tahun. Pada musim luruh 2009, IMF mengumumkan bahawa ia akan menjual satu pertiga pegangannya, iaitu maksimum 12,965,649 auns Troy halus (403.3 tan) berasaskan model pendapatan baru yang dipersetujui pada April 2008, kemudian mengumumkan penjualan 200 tan kepada India,[5] 10 tan kepada Sri Lanka,[6] 10 tan kepada Bank Pusat Bangladesh pada September 2010, dan 2 tan kepada BankMauritius.[7] Penjualan emas ini dilakukan secara berperingkat pada harga pasaran yang lazim.

IMF mengekalkan nilai buku dalaman emasnya yang jauh lebih rendah daripada nilai pasaran. Pada tahun 2000, nilai buku ini adalah HPK 35, atau sekitar AS$47 seauns Troy.[8] Cubaan untuk menilaikan semula rizab emas kepada nilai semasa ditentang atas pelbagai sebab. Misalnya, Kanada menentang cadangan menilaikan semula rizab kerana ini akan memulakan penjualan emas kepada pasaran terbuka, maka melesetkan harga emas.[9]

Pegangan emas dalam laporan rasmi

Peta negara mengikut rizab mata wang asing dan emas tolak hutang luaran berasaskan data CIA Factbook 2010
Rizab emas per kapita

Tabung Kewangan Antarabangsa biasanya menyenggara statistik aset negara seperti yang dilaporkan oleh pelbagai negara. Data-data ini digunakan oleh Majlis Emas Negara untuk menarafkan dan melaporkan pegangan emas negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan rasmi dari masa ke semasa.[10]

Emas yang disenaraikan untuk setiap negara dalam jadual tidak semestinya disimpan secara zahir dalam negara terbabit, kerana bank pusat pada umumnya tidak membenarkan audit bebas terhadap rizab-rizabnya.

Pegangan emas rasmi sedunia (Disember 2010)[10]
Ked.Negara/PertubuhanEmas
(tan)
Kongsian emas
rizab forex
negara (%)[10]
- Zon Euro10,792.660.7%
1 Amerika Syarikat8,133.573.9%
2 Jerman3,401.870.3%
3IMF2,846.7-
4 Itali2,451.868.6%
5 Perancis2,435.467.2%
6 China1,054.11.7%
7 Switzerland1,040.116.4%
8 Rusia775.26.7%
9 Japan765.23.0%
10 Belanda612.557.5%
11 India557.78.1%
12 ECB501.427.9%
13 Taiwan423.64.6%
14 Portugal382.581.1%
15 Venezuela363.952.4%
16 Arab Saudi322.93.0%
17 United Kingdom310.316.8%
18 Republik Islam Iran300.0[11]-
19 Lubnan286.827.6%
20 Sepanyol281.638.6%
21 Austria280.056.2%
22 Belgium227.536.8%
23 Filipina175.914.0%
24 Algeria173.64.5%
25 Libya143.85.6%
26 Singapura127.42.5%
27 Sweden125.711.1%
28 Afrika Selatan124.912.2%
29Bank Pembayaran Antarabangsa120.0-
30 Turki116.16.0%
31 Greece111.778.7%
32 Romania103.79.1%
33 Poland102.94.5%
34 Thailand99.52.5%
35 Australia79.98.1%
36 Kuwait79.013.5%
37 Mesir75.68.7%
38 Indonesia73.13.6%
39 Kazakhstan67.310.0%
40 Denmark66.53.3%
41 Pakistan184.419.2%
42 Argentina54.74.5%
43 Finland49.120.6%
44 Bulgaria39.99.9%
45Kesatuan Ekonomi dan Kewangan Afrika Barat36.512.2%
46 Malaysia36.41.5%
47 Belarus30.1824.5%
48 Peru34.73.6%
49 Brazil33.60.5%
50 Slovakia31.865.4%
51 Bolivia28.313.4%
52 Ukraine27.23.5%
53 Ecuador26.331.0%
54 Syria25.8-
55 Maghribi22.04.2%
56 Nigeria21.4-
57 Sri Lanka17.511.9%
58 Korea Selatan14.40.2%
59 Cyprus13.950.8%
60 Bangladesh13.55.2%
61 Serbia13.14.2%
62 Antillen Belanda13.136.3%
63 Jordan12.84.3%
64 Republik Czech12.71.2%
65 Kemboja12.414.4%
66 Qatar12.42.1%
67 Laos8.836.5%
68 Latvia7.74.0%
69 Mexico1000.3%
70 El Salvador7.310.6%
71Komuniti Ekonomi dan Kewangan Afrika Tengah7.12.3%
72 Guatemala6.95.3%
73 Colombia6.91.1%
74 Macedonia6.812.7%
75 Tunisia6.8-
76 Ireland6.011.8%
77 Lithuania5.83.8%
78 Bahrain4.7-
79 Mauritius3.96.8%
80 Kanada3.40.2%
81 Tajikistan3.3-
82 Slovenia3.213.4%
83 Aruba3.117.7%
84 Hungary3.10.3%
85 Kyrgyzstan2.66.5%
86 Luxembourg2.211.7%
87 Hong Kong2.10.0%
88 Suriname2.011.4%
89 Iceland2.01.6%
90 Papua New Guinea2.02.9%
91 Trinidad dan Tobago1.90.8%
92 Albania1.62.8%
93 Yaman1.61.1%
94 Cameroon0.91.2%
95 Mongolia0.92.4%
96 Honduras0.7-
97 Paraguay0.70.7%
98 Republik Dominica0.61.0%
99 Gabon0.40.8%
100 Malawi0.46.2%
101 Republik Afrika Tengah0.38.4%
102 Chad0.32.4%
103 Republik Congo0.30.4%
104 Uruguay0.30.1%
105 Fiji0.2-
106 Estonia0.20.3%
107 Chile0.20.0%
108 Malta0.21.6%
109 Costa Rica0.10.1%
110 Haiti0.00.1%
111 Burundi0.00.5%
112 Oman0.00.0%
113 Comoros0.0-
114 Kenya0.00.0%
-Dunia30,562.5-

Emas pegangan persendirian

Pada Oktober 2009, dana dagangan tukaran emas memegang emas sebanyak 1,750 tan untuk pelabur swasta dan institusi.[12]

Gold Holdings Corp., sebuah syarikat emas tersenarai awam menganggarkan bahawa jumlah sumber emas tersah dalam bumi yang kini dikawal oleh controlled by publicly traded syarikat-syarikat perlombongan emas adalah sekitar 50,000 tan.[13]

Contoh emas pegangan persendirian
Ked.PertubuhanEmas (Tan)Rujukan
1SPDR Gold Shares1,299.87[14]
2Amanah Emas iShares107.95[15]
3Dana Pusat Kanada46.77[16]
4BullionVault (simpanan)21.36[17]

Pegangan emas sedunia

Pegangan emas sedunia (2008) (Sumber: Majlis Emas Sedunia[18])
PeganganPeratusan
Barang kemas52%
Bank pusat18%
Pelaburan (jongkong, syiling)16%
Perindustrian12%
Tidak dapat dikesan2%

Lihat juga

Catatan

Rujukan

Templat:Finance country lists