Reshmonu

Hiresh Haridas (lebih dikenali sebagai Reshmonu, lahir 26 Mei 1976) ialah seorang penyanyi dan komposer dari Malaysia yang lebih menumpu kepada lagu berbahasa Inggeris. Beliau dikenali dengan lagu-lagu seperti Walk Away, Cintaku Pergi, Hey Waley dan Superfine, serta juga penampilan gaya rambutnya yang unik. Artis berbangsa India suku Malayalam ini juga menjadi seorang bapa pada tahun 2005.[1]

Reshmonu
Nama lahirHiresh a/l Haridas
Kelahiran (1976-05-26) 26 Mei 1976 (umur 48)
Berasal dariMelaka, Malaysia
GenreR&B, Soul, Hip-hop
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2003—kini
Syarikat rakaman
Universal Music
Laman sesawang
http://www.reshmonu.com

Biografi

Reshmonu dahulunya ialah bekas ahli kumpulan hip hop, Naughtius Maximus dari 1994 sehingga 1996 di mana beliau menggunakan nama pentas, Fresh sebelum menukar nama pentasnya kepada Reshmonu.

Reshomnu mula-mula menghasilkan album sulungnya, Monumental pada tahun 2003 di bawah label Sony BMG. Semua lagu dalam album ini berbahasa Inggeris dan menampilkan single sulungnya Walk Away dan It's You That Matters. Album ini mengambil masa empat tahun untuk disiapkan dan hasilnya disambut baik oleh pengulas muzik lalu menyebabkan artis ini meraih tujuh pencalonan di AIM pada tahun 2004, tiga daripadanya dalam genggaman beliau (Persembahan Vokal Lelaki Terbaik, Artis Inggeris Baru Terbaik, Rakaman Album Terbaik).[2]

Lagu It's You That Matters pernah dialih bahasa ke bahasa Mandarin oleh Evonne Hsu, dengan tajuk 我要輕輕為你唱首歌 (pinyin: wǒ yào qīng qīng wèi nǐ chàng shǒu gē), "Kuhendak Bisikkan Lagu Kepadamu").

Pada tahun 2005, Reshmonu mengeluarkan semula album sulungnya itu dengan besertakan beberapa perubahan dan pempakejan yang baru. Kali ini, Monumental: the Journey Continues menampilkan beberapa lagu baru seperti Cintaku Pergi (versi bahasa Melayu bagi Walk Away) dan Hey Waley.

Pada tahun 2006, Reshmonu beralih ke naungan Universal Music untuk menghasilkan album barunya, Superfine. Album ini dilancarkan di sebuah parti pada 31 Januari 2007. antara single-single yang pernah keluar dari album ini ke corong radio termasuk Superfine dan The Way That Makes You Move.

Pada pertengahan tahun 2007, Reshmonu menyertai Ikon Malaysia.

Diskografi

  • Monumental (2003)
  • Monumental: the Journey Continues (2005)
  • Superfine (2007)
  • Harapan (2009)

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2011Nasi Lemak 2.0Hero Resh
2012Hantu GangsterArulkumar (muda)

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2022The Masked Singer Malaysia (musim 2)Peserta sebagai Periuk KeraAstro Warna

Rujukan

Pautan luar