Remy Ishak

Pelakon lelaki Malaysia

Mohammad Zalimei Ishak (lahir 11 April 1982)[1][2] yang lebih dikenali sebagai Remy Ishak ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula diperkenalkan ke industri perfileman Malaysia oleh pengarah Osman Ali pada tahun 2006. Beliau meraih kemasyhuran menerusi drama fenomena Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2009.

Remy Ishak
Remy menurunkan tandatangan di acara Dashing Roadshow.
Kelahiran
Mohammad Zalimei Bin Ishak

(1982-04-11) 11 April 1982 (umur 42)
Pekerjaan
Tahun aktif2005–kini
PasanganRoszaliza Yusof (k. 2021)
Anak-anak1

Beliau juga terkenal dengan hasil kerjanya di televisyen termasuk Cinta Jangan Pergi, Kekasih Paksa Rela, Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan. Antara filem-filem terkenal beliau ialah Anak Halal (2007), Evolusi KL Drift 2 (2010), Cun! dan Nur Kasih The Movie (2011), Jiwa Taiko, 29 Februari dan Hantu Kapcai (2012), Pulang (2018) dan Sangkar (2019). Sepanjang kerjayanya, Remy telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjayanya sebagai pelakon, termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 11 April 1982 di Melaka dan dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebagai anak kedua daripada empat beradik kepada sebuah keluarga yang berpecah-belah, Remy nekad untuk berusaha membantu keluarga terutama adik-adiknya yang masih bersekolah. Ketika berusia 18 tahun Remy menjudikan nasib untuk datang mencari kerja ke Kuala Lumpur. Beliau pernah tidur di masjid untuk berteduh dari panas dan hujan. Dengan bantuan seorang kawan, beliau mendapat kerja di Hotel Mandarin Oriental.

"Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur sembilan tahun lalu, saya bekerja sebagai pengemas bilik hotel, tetapi diberhentikan kerana kemelesetan ekonomi. Saya kemudiannya bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam selama dua tahun. Sepanjang tempoh itu hati saya tidak tenteram, saya nekad berhenti dan bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe di KLCC. Selepas itu saya mendapat peluang bekerja sebagai pelayan di hotel lima bintang. Selepas beberapa tahun, pendapatan saya bertambah apabila diberi kepercayaan menjaga tetamu VIP," katanya dalam temubual pertamanya bersama media yang disiarkan pada 16 September 2007.[3]

Kerjaya

2005–2007: Kerjaya awal

Kulit depan majalah Maskulin Edisi Groom.

Sebelum bertemu Osman Ali, Remy hanyalah seorang pemuda kampung yang tidak pernah mengimpikan kerjaya sebagai pelakon popular. Sebelum menjadi pelakon, Remy pernah bekerja di pasar pagi dengan menjual ikan dan ayam untuk membayar duit yuran persekolahan, menoreh getah, jadi kelindan lori, buruh kasar termasuklah membuat kerja landskap di tepi jalan dengan menanam pokok dan membina jambatan.[4]

Pada tahun 2005, Remy mendapat peluang berlakon melalui filem cereka pertama pengarah muda Osman Ali yang berjudul Akuarium Cinta apabila Remy menghadiri ujibakat yang dikendalikan Osman. Seminggu kemudian, wakil Osman memaklumkan beliau terpilih berlakon dalam Akuarium Cinta sungguhpun dia tidak ada latar belakang seni. Namun demikian filem tersebut masih terbantut pembikinannya hingga kini. Filem ini turut dibintangi aktres ternama Umie Aida dan aktres muda Raja Farah.

Kegagalan filem Akuarium Cinta untuk disiapkan menyebabkan Remy kecewa sekali gus menguburkan harapan beliau dalam bidang lakonan. Osman Ali nyata tidak berputus asa untuk memperkenalkan bakat Remy. Pada tahun 2006, Osman diberi peluang oleh studio Tayangan Unggul untuk mengarahkan filem komersial keduanya, Anak Halal sekali gus menawarkan Remy salah satu watak kecil dalam filem itu. Anak Halal dicipta daripada naskhah filem pendek judul serupa yang pernah diarahkan Osman pada tahun 2001.

Menerusi Anak Halal, Remy melakonkan watak Shah, bekas mat rempit yang nekad meninggalkan lumba haram selepas terbabit dalam nahas jalan raya. Meskipun tidak lagi terbabit dalam aktiviti itu, Shah tetap ada pengaruh kuat di kalangan mat rempit dan dalam masa sama berkawan rapat dengan beberapa anak muda yang menetap di kawasan flat setinggan di Kuala Lumpur.

Selepas membintangi Anak Halal, Remy tidak boleh bergantung kepada kerja sebagai pelakon, tambahan nama beliau langsung tidak dikenali di kalangan penerbit filem. Maka itu, Remy kembali bekerja di hotel. Pun begitu, Remy sempat membintangi filem bebas berformat video digital berjudul Bernafas Dalam Lumpur arahan seorang lagi pengarah bebas, James Lee pada Ogos 2007. Menerusi filem ini, Remy hanya diberi peranan tambahan dengan berlakon bersama bintang hebat seperti Namron, Mislina Mustapha dan filem ini juga merupakan penampilan pertama Tiz Zaqyah.

Dalam pada itu, Remy terlibat dalam sebuah filem pendek eskperimental berjudul Comolot, karya Amy Ikram; seorang pelajar jurusan seni perfileman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Comolot mengundang kontroversi kerana berkisar tentang homoseksual yang masih dianggap sebagai subjek sensitif di Malaysia. Remy Ishak dalam filem pendek ini dipaparkan sebagai seorang yang melindungi identiti 'gay'nya dari pengetahuan tunangnya. Rahsianya terbongkar pada suatu hari, apabila tunangnya ternampak beliau mandi bersama dengan seorang lelaki. Filem tersebut ditayangkan di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan pada pertengahan 2007; beberapa bulan sebelum filem Anak Halal memasuki pawagam.

Pada tahun 2007, Remy membuat kemunculan pertamanya di kaca TV menerusi slot Festival di saluran ntv7 apabila filem bebas Bernafas Dalam Lumpur disiarkan dan kemudian; beliau membintangi drama bersiri 30 episod Tidak Pernah Ku Sesali yang disiarkan di TV1. Pada tahun itu juga, Remy kembali ke lokasi bersama Osman Ali apabila sutradara tersebut memilih Remy untuk terlibat dalam projek mininovela Di Penghujung Senja dimana Remy memegang watak sebagai juruteknik. Remy digandingkan bersama aktres Noorkhiriah Ahmad Shapie dan aktor cilik Shafimie Saedon. Mininovela merupakan kesinambungan pertandingan cerpen Fair & Lovely MiniNovella Penuhi Hasrat Hatiku anjuran bersama Harian Metro. Pertandingan yang berakhir pada 31 Julai 2007 ini memilih 12 karya terbaik yang dirasakan serasi dalam merealisasikan impian penulis. Daripada 12 karya itu, tiga cerpen terbaik diadaptasikan kepada drama dalam bentuk mininovela pendek berdurasi 30 minit.

Anak Halal menemui penonton pada 7 Disember 2007 dan menjadi sebuah filem 'box office' sekali gus memperkenalkan nama Remy Ishak kepada rakyat Malaysia dan karyawan filem. Sejak itu Remy terus aktif di arena perfileman dan televisyen dengan membintangi drama-drama popular serta filem-filem terkini. Remy juga dianggap sebagai salah seorang aktor muda yang diangkat sebagai Hero Malaya kerana fizikal dan bakatnya persis Pemuda Melayu Terakhir.

2008–2011: Puncak populariti

Remy berlakon bersama Datin Lisa Surihani dalam siri drama romantik Obsesi arahan Murali Abdullah yang disiarkan di TV3 pada 5 November hingga 28 Disember 2008.[5] Remy menjayakan watak utama sebagai Tengku Azizudin yang telah kematian isteri, berkahwin dengan Suriati (Lisa).[6]

Beliau berlakon dalam satu-satunya filem lakonannya pada tahun 2009, Duhai Si Pari-pari arahan Azmi Mohd Hatta dan turut dibintangi oleh Que Haidar, Liyana Jasmay dan Nabila Huda.[7] Selain itu, Remy muncul dalam tiga telefilem serentak—dua telefilem TV3 Cinta Si Tiga Teruna, dan Bisikan Subuh serta telefilem TV2, Pabila Syaitan Berbisik.

Pada 2010, Remy menjayakan watak sebagai Inspektor Kamal dalam filem aksi perlumbaan Evolusi KL Drift 2 arahan Syamsul Yusof yang mana beliau bergandingan dengan Zul Ariffin yang memegang watak sebagai Inspektor Zam. Filem ini ditayangkan pada 25 Mac dan mencapai kutipan pecah panggung.[8] Selain itu, Remy melakonkan watak tajuk dalam drama Arjuna yang turut dibintangi oleh Nora Danish.[9]

Remy terus mengorak langkah dengan drama yang cukup popular arahan pengarah dari India, Kabir Bhatia - Nur Kasih. Dalam Nur Kasih, beliau membawa watak Adam, anak bongsu kepada Ustaz Hassan (lakonan Dato' Jalaluddin Hassan) dan Hajah Khadijah (Liza Othman). Drama ini sudahpun tamat disiarkan di TV3 dan ditonton oleh 5 juta penonton.[10][11] Kemudiannya drama Nur Kasih telah ditayangkan pada Mei 2011 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Lakonan beliau dan Tiz Zaqyah sering mendapat sambutan oleh peminat industri tanah air.[12]

2012–2014: Peralihan kepada peranan dramatik

2012 memperlihatkan Remy lebih banyak beraksi di layar lebar, beliau meneruskan rentetan kerjasama bersama Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko yang turut dibintangi oleh Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Diana Danielle, Beto Kusyairy, Dato Fizz Fairuz dan Sofi Jikan; beliau memegang watak sebagai Firman Mustaqim.[13] Ditanya mengenai lakonannya dalam filem itu, Remy berkata: "Saya bersetuju berlakon dalam filem ini kerana naskhah yang cukup menarik dan bukan kerana dapat pegang-pegang pelakon wanita lain. Menjadi tugas saya untuk menjayakan dan menghidupkan watak dengan sebaik mungkin."[14] Beliau seterusnya berlakon dalam filem romantik arahan Pierre Andre, Aku, Kau & Dia lakonan bersama Zarina Jamalullail dan Pekin Ibrahim yang ditayangkan pada 28 Jun 2012; menjayakan dua watak sebagai Izlan dan Haris. Ia mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan.[15]

Bekerja di bawah arahan Edry Abdul Halim, Remy membintangi filem biografi fantasi percintaan 29 Februari terbitan KRU Studios,[16] mengisahkan seorang lelaki bernama Budi yang lahir pada tarikh keramat tahun lompat 29 Februari, dan oleh itu hanya dimakan usia empat tahun sekali, maka dirinya teramat lambat menua berbanding orang lain.[17] Remy membawakan watak Khalil dalam drama Cinta Jangan Pergi yang mana beliau bergandingan semula dengan pasangan pelakonnya dalam Nur Kasih, Tiz Zaqyah dengan watak sebagai Lea Soraya. Dalam drama ini, Lea Soraya mengikat janji setia seumur hidup dengan Khalil sebelum akhirnya mereka terpaksa berpisah mati selepas Khalil didapati terlibat dalam kemalangan. Khalil kembali semula dan terkejut apabila mendapati Lea sudah bertunang dengan lelaki lain. Pada mulanya Khalil ingin membalas dendam kerana Lea mengkhianati cinta mereka tetapi cintanya terhadap Lea ternyata sangat kuat sehingga beliau melupakan hasratnya itu dan akan membuat apa cara sekalipun untuk mendapatkan Lea semula.[18][19][20][21]

Selepas Cinta Jangan Pergi, Remy memegang watak Helmi dalam drama Ku Cinta Kau Seorang arahan Khairul Amri "Keoi" Khalid (Allahyarham), berpasangan dengan pendatang baharu Amyra Rosli yang memegang watak Batrisya. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary di TV3 bermula 19 November 2013 – 20 Februari 2014.[22] Remy menjayakan watak Hardy dalam filem komedi romantik Sejoli: Misi Cantas Cinta arahan Osman Ali lakonan bersama Maya Karin, Bront Palarae, Izara Aishah, Azad Jazmin dan Dira Abu Zahar.[23] Filem ini ditayangkan pada 20 Februari 2014 hingga kejayaan komersial dan persembahan beliau menerima pujian pengkritik filem.[24]

Remy bersama-sama Kamal Adli, Nad Zainal, Nabila Huda, Shahriza Mahmud dan Puteri Syasya memegang watak utama dalam drama cereka sains #Antidot yang mengisahkan tentang beberapa orang saintis pakar virus yang bersaing untuk menghasilkan penawar melawan virus yang boleh menyebabkan manusia mati dan bertukar menjadi zombi di Malaysia.[25][26] Pelakon Nad mengakui amat mengagumi Remy yang disifatkannya sebagai pelakon yang senang memberikan kerjasama.[27] Pada pertengahan 2014, Remy memegang watak sebagai Adam dalam filem drama komedi CEO arahan Razaisyam Rashid lakonan bersama Beto Kusyairy dan Cristina Suzanne Stockstill yang dikeluarkan pada 12 Jun 2014. Ia mengisahkan Adam yang berjawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur. Mempunyai kehidupan serba mewah dia sering menjadikan orang miskin sebagai tempat untuk dia melepaskan pelbagai penghinaan. Tahu tidak disukai ramai, Adam sedikit pun tidak terkesan dengan keadaan itu.[28] Kemalia Othman dari mStar Online berkata: "Biarpun bukan seorang pelawak, namun Remy membuktikan watak serius yang dilakonkannya mampu menggegarkan panggung dengan dialog yang kelakar,".[29]

2015–kini: Kejayaan berterusan dan karya terkini

Melengkapkan portfolio 2015 dalam kerjaya lakonannya, Remy berlakon dalam dua filem. Di dalam filem Pilot Cafe arahan Osman Ali dengan cerita dan lakonlayar oleh Ahadiat Akashah (penulis novel asal) dan Jujur Prananto, Remy memegang watak sebagai Rashid, kekasih Maya lakonan Izara Aishah. Sebagai peminat novel asal, Remy mengakui dirinya teruja diberi peluang beraksi di dalam filem ini walaupun dirinya berharap untuk mendapat watak Reza dan bukannya Rashid.[30][31] Beliau seterusnya muncul dalam filem aksi ketenteraan Bravo 5 arahan Yeop Hitler Zami yang mengisahkan mengenai lima anggota Komando Tentera Darat yang menjalankan operasi mengekang kebangkitan pengganas komunis. Dalam filem ini, beliau menjayakan watak Leftenan Azri. Filem ini ditayangkan pada 10 September 2015 selepas dua tahun terperap.[32]

Remy memegang watak sebagai Azim dalam filem drama arahan Tunku Mona Riza, Redha yang merupakan penyertaan Malaysia bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-89 tetapi ia tidak dicalonkan.[33]

Beliau menjayakan watak Saleh dalam teledrama 6 episod sempena ulangtahun kemerdekaan negara ke-60, Anak Merdeka yang turut dibintangi oleh Elvis Chin dan Thanuja Ananthan bersiaran serentak di Astro Prima dan Astro Mustika HD bermula 26 Ogos sehingga 31 Ogos 2017.[34][35]

Remy menjayakan peranan utama dalam Kau Takdirku, sebuah filem drama romantik lakonan bersama Ezzaty Abdullah, Bront Palarae dan Aisya Hasnaa. Ia ditulis dan diarahkan oleh Jason Chong, dan ditayangkan pada 7 September 2017.[36] Ia menjadi satu-satunya filem lakonan Remy dalam tahun 2017.

Kembali bekerja dengan Kabir Bhatia, Remy membintangi filem biografi sejarah Pulang, yang menggandingkan beliau bersama pelakon baharu Puteri Aishah yang memegang watak Che Tom. Filem ini diilhamkan dari satu kisah benar peristiwa yang pernah berlaku pada 1940an, ia ditayangkan 26 Julai 2018.[37]

Beliau memegang watak sebagai atlet seni bela diri campuran Johan "The Jedi" Kamaruddin dalam filem aksi sukan Sangkar arahan Kabir yang menggandingkan beliau bersama Zul Ariffin dan Mira Filzah. Dikeluarkan pada 29 Ogos 2019, ia mengisahkan tentang permusuhan dan penebusan antara dua pejuang MMA tempatan, serta perjuangan mereka demi maruah dan keluarga.[38][39]

Kehidupan peribadi

Remy sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon Ummi Nazeera pada 2008 dan menafikannya. Pada tahun, 2009 pasangan ini dilihat lebih terbuka mempamerkan cinta. Setelah berlaku insiden yang menimbulkan kontroversi pada Disember 2009, Remy dan Ummi memutuskan hubungan.

Pada Januari 2010, Remy memaklumkan bahawa beliau rapat dengan pelakon Tiz Zaqyah yang merupakan gandingan serasinya dalam drama TV Nur Kasih. Pada September 2012, Remy telah membuat pengakuan kepada pihak media dengan memberitahu bahawa dia dan Tiz Zaqyah telah memutuskan hubungan sejak 3 bulan lepas dan mereka masih berkawan baik.[40][41][42][43]

Beliau mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan Ezza Yusof pada Mei 2017 dan kemudiannya beliau mengesahkan putus tunang pada Februari 2019.[44] Remy kemudian dikaitkan dengan pelakon Mira Filzah, namun masih tiada jawapan tentang hubungan dengan mana-mana wanita. Remy berkahwin dengan Ezza pada 21 Ogos 2021.[45][46]Hasil perkahwinan Remy dan Ezza telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Alam Tuah Bin Muhammad Zaliemi.

Kontroversi

Sebagai pelakon popular, Remy tidak lepas daripada disogok dengan pelbagai cerita panas. Bermula dengan isu filem gay (Comolot), Remy berdepan pula dengan tuduhan tidak mesra wartawan. Omelan beberapa wartawan yang sukar mendapatkan Remy untuk temubual menjadi bahan cerita hingga Remy tampil memperbetulkan kedudukan.

Namun demikian, kontroversi paling hebat dalam karier seni Remy adalah peristiwa didakwa mengasari seorang anak ahli perniagaan sehingga menyebabkan dirinya dipukul sekumpulan tujuh lelaki di Istana Budaya pada 4 Disember 2009; malam pementasan teater Natrah. Sebaliknya Remy sedikit pun tidak menjangka akan diserang kerana tidak pernah melakukan sebarang kesalahan. Remy bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Menurut Remy, kejadian itu bagaimanapun tidak mengganggu penampilannya dalam teater arahan Erma Fatima terbabit dan tidak mengalami kecederaan teruk. Katanya, buat waktu ini beliau tidak mahu mengulas panjang kerana bimbang kenyataannya akan mengganggu siasatan polis. Remy membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak sejurus selepas insiden itu.

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2007ComolotDanielFilem pendek
Anak HalalShahFilem pertama
2008Bernafas Dalam LumpurFaiz
2009Duhai Si Pari-PariBudi
2010HooperzNik
Evolusi KL Drift 2ASP Kamal
2011Cun!Atan
Nur Kasih The MovieAdam
2012Jiwa TaikoFirman Mustaqim
Aku, Kau & DiaIzlan / Haris
29 FebruariBudi
Hantu KapcaiTiger
2013Sembunyi: Amukan AzazilKamal
KolumpoPelanggan Kedai Mamak 1Penampilan khas
2014Sejoli: Misi Cantas CintaHardy
CEOAdam
2015Pilot CafeRashid
Bravo 5Leftenan Azri
2016RedhaAzim
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!Bo
2017Kau TakdirkuKamar
2018PulangOthman
Rise: Ini KalilahKoperal Azman
LangsuirKubuPenampilan khas
2019Bu, Kasih SuciHafiz
SangkarJohan Jedi Kamaruddin
Dendam PontianakKhalid
2020TyickoounsMannan
2021ProksiAqil
2023Harum MalamJamil
2024The Experts Selamatkan RayaAmiruddin (Amer)Filem pendek
The ExpertsAmiruddin (Amer)
Chekau
2025Keluang ManShamsir
Munajat KekasihSulaiman
TBA6 Jilake
Serangan Subuh
Sangkar 2Johan Jedi Kamaruddin

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2007Tidak Pernah Ku SesaliIkhwanTV1Drama pertama
2008SindarelaTengku HaidarTV3
ObsesiTengku Azzuddin
Ai d'BeijingTarmizi
Awan Dania (Musim 1)ImanAstro Ria
2009KeliwonHusinTV3Episod: "Puja"
Nur KasihAdam
Tower 13Pengawai MakmalPenampilan khas
2009-2010SurayaAzman
2010ArjunaArjuna
2011Tahajjud CintaSolahudin
2012Tanah Kubur (Musim 4)MahadAstro OasisEpisod: "Pengkid"
Cinta Dalam HatiDino AbadiTV1
2013Cinta Jangan PergiKalilTV9
Ku Cinta Kau SeorangHelmiTV3
2014JiwaIskandar
Kasih BerbisikImran
Oh! BamaBaharomTV2
Mencari CintaRazlanTV1
2014–2015Satu HariIsfahanTV9
AntidotFatahTV3
2015Mail & Sudin Sambut RamadanMailAstro Oasis
2016Rumi & JawiRumiAstro Prima
Kapsul Mail & Sudin Naik HajiMailAstro Oasis
Permata RasulAl-Layth Ibnu Sa'd
2017Cik Serba TahuCarl AdhamAstro Ria
Khabar Dari CasablancaFarhanTV2
Anak MerdekaSallehAstro Prima5 episod
CoklatYaminTV1
Kekasih Paksa RelaAdhamTV3
2018Dosa: Sacred SinFaridAstro First Eksklusif
Lelaki Kiriman TuhanIqbal RaidAstro Oasis
Pujaan Hati KandaMegat Danish / DannyTV3
2019ImaanHezreyAstro Ria
2020Bukan Gadis BiasaRayyanTV3
Safi Eliksir Ke HatimuAmir Nasir
Hati Yang TersakitiHaris
2022Jangan Menangis CintaZafran ZahimAstro Ria
KuasaDayyanAstro Citra
2023Hijrah JannahSyawal FitriAstro Ria

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2007Mininovella: Di Penghujung SenjaAzlanTV9
2008Noda SemalamTV3
Jalan Pintas ke NerakaRazlan
Biarkan Aku BerdiriJeffriTV2
IktikafShawalTV3
Takbiratul IhramKadimAstro Prima
Sesuci KasihTV3
Cinta Si 3 TerunaFarisTV2
2009Bisikan SubuhAididTV3
Pabila Syaitan BerbisikBrianTV2
2010Mat BungaHarry
Keabadian CintaEhsanAstro Citra
SabarHussin BanglaTV3
Air Mata Nur SalinaFakar
Raya Musim LuruhRemi
Pun PunHafizTV2
Masihkah Ada SinarMazlanTV1
2011Bukan UntukkuRashid
Payung EmasHidayatTV3
Aduh SayangShidi
2012Runtuhnya Sebuah DosaRashidi
Cinta Si Tukang KasutBadrulAstro Prima
Kau UntukkuFuadAstro Box Office
Sabar Tak SabarSalmanTV3
Pelita Buluh Tok WanRazak
Pun PunHafizTV2
2013Ku Pinang Kau Dengan BismillahRaikalAstro Prima
XOXOHaziqTV9
Destinasi Cinta SaraImanAstro Ria
2014Pintu Lain Ke SyurgaHarisTV3
Anak Aku Bukan Milik AkuHidayat
Takdir CintaDr. ZaidAstro Box Office
7 JamInspektor ShahrulTV9
InsafAmirTV2
Warkah KehidupanAminTV AlHijrah
Ketupat Rendang KejuAdamAstro Warna
Atie SetanFirdaus HelmiAstro Prima
2015MelroseDr. ZawawiAstro Citra
Cintaku Tertinggal Di MostarFaridTV3
Parut SarajevoRezaTV9
Seutas Tasbih BiruAhmadAstro Oasis
2016Pangkalan Batu 6LiAstro Citra
Tercipta UntukkuAdilAstro First Eksklusif
Bila Artis Balik Kampung BerayaArman JohariAstro Prima
2017Pesan Dari TuhanJamilTV3
KomplotZaliAstro Citra
PurnamaPurnamaTV3
Siapa Dia SebenarnyaQalif
2018Hari Terakhir Seorang PengurusNasirAstro Citra
Bahulu Untuk OpahBadrulTV3
Andai Ku Cinta LagiZamanTV2
2019Pujaan Hati Kanda RayaMegat Danish / DannyTV3
2020Cucu Nek PutihSeinAstro Citra
2021Doa TerindahUstaz AmriTV1
2023MatinHilman
Bro JeninMat JeninAstro Ria

Web drama

TahunTajukWatakRangkaian
2019–2021Keluarga Baha DonJo DonViu
2019Ombak Rindu The SeriesHariz AbdullahIflix
2024RestuRazakIQIYI

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2015Hala 3PengacaraAstro Prima
2018Maharaja Lawak Mega 2018Juri TetapAstro Warnabersama Douglas Lim, Tya Arifin dan Scha Alyahya
2020–2022The Masked Singer MalaysiaJuri Tetapbersama Datuk Aznil Nawawi, Ella, Angah Raja Lawak, Nabila Huda, Ramona Zamzam, Zizan Razak, Raja Azura & Michael Ang
2021Roda PanasPengacaraNaura HD

Muzik video

TahunTajuk laguPenyanyi
2011"Kisah Hati"Datin Alyah
2016"Raniaku"Aizat Amdan
2018"Jutaan Purnama" Datin Alyah

Teater

TahunTajukWatak
2009NatrahMansor Adabi
2010Natrah 2
2014Takhta 3 RatuMegat Panji Alam
2015Sekuntum Mawar MerahRashid
Maduku Kalut ReturnsSelamat
2016Muzikal Randai Cindua MatoCindua Mato
2017Tun Fatimah: Serikandi Empayar MelakaSultan Mahmud Shah

Drama radio

TahunTajukWatakStesen Radio
2016Dramatik Kool: Ikhlas MedinaIkhlasKool FM
2018Dramatik Kool: Cinta GilaFarel

Diskografi

TahunTajuk LaguCatatan
2011"Cun Selalu"
(bersama Maya Karin)
OST Cun!
2012"Kelip-Kelip"OST 29 Februari

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKarya tercalonKeputusanRujukan
2009
Anugerah Skrin ke–13
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – DramaJalan Pintas ke NerakaTercalon[47]
Anugerah Cosmopolitan Fun Fearless Fabulous
Pasangan Terbaik di Layar (bersama Tiz Zaqyah)Nur KasihTercalon
2010
Anugerah Parti Hip TV
Artis Lelaki RomeoTercalon[48]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–23
Pelakon TV Lelaki PopularMenang[49]
Anugerah Stail EH! ke–2
Selebriti Lelaki Bentuk Badan SegakTercalon
Selebriti Lelaki SeksiMenang
Anugerah Shout! ke–2
Selebriti Lelaki PopularTercalon[50]
Pasangan Terbaik di Layar (bersama Tiz Zaqyah)Nur KasihTercalon
Festival Filem Malaysia ke–23
Pelakon Harapan Lelaki TerbaikEvolusi KL Drift 2Tercalon[51]
2011
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–24
Pelakon Filem Lelaki PopularTercalon[52][53]
Pelakon TV Lelaki PopularMenang
Anugerah Skrin ke–15
Pelakon Lelaki Terbaik – DramaAirmata Nur SalinaTercalon[54]
Pelakon Lelaki Terbaik – FilemCun!Menang
Festival Filem Malaysia ke-24
Pelakon Lelaki TerbaikNur Kasih The MovieTercalon
2012
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25
Pelakon TV Lelaki PopularTercalon[55]
Anugerah Blokbuster
Pelakon Lelaki PilihanNur Kasih The MovieTercalon[56]
OST Filem Pilihan (bersama Maya Karin)"Cun Selalu"Tercalon
Anugerah Stail EH! ke–3
Selebriti Lelaki Bentuk Badan SegakTercalon
Anugerah Shout! ke–3
Selebriti Lelaki PopularTercalon[57]
Pasangan Terbaik di Layar (bersama Tiz Zaqyah)Nur Kasih The MovieTercalon
2013
Anugerah Blokbuster ke–2
Pelakon Lelaki PilihanJiwa TaikoTercalon[58]
Antagonis PilihanHantu KapcaiTercalon
Anugerah Skrin ke-17
Pelakon Lelaki Terbaik – Filem29 FebruariTercalon[59]
Anugerah Melodi
Artis Lelaki PilihanMenang[60]
2014
Anugerah Stail EH! ke–4
Selebriti Lelaki Bentuk Badan SegakTercalon[61]
Selebriti Lelaki SeksiTercalon
2015
Anugerah Lawak Warna ke–3
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik - DramaAtie SetanTercalon[62]
2016
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–29
Pelakon Filem Lelaki PopularTercalon[63]
Pelakon TV Lelaki PopularTercalon
Anugerah Stail EH! ke–5
Selebriti Lelaki Bentuk Badan SegakMenang[64]
Selebriti Lelaki SeksiTercalon
2017
Anugerah Stail EH! ke–6
Selebriti Lelaki SeksiTercalon[65]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–30
Pelakon Filem Lelaki PopularTercalon[66]
Anugerah Skrin ke–21
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – DramaPesan Dari TuhanMenang[67]
2018
Anugerah Telenovela ke–3
Pelakon Lelaki Terbaik - DramaCik Serba TahuTercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31
Pelakon TV Lelaki PopularTercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Intan Najuwa)Tercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Ezzaty Abdullah)Tercalon
Anugerah Skrin ke–22Pelakon Lelaki Terbaik - FilemPulangTercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur
Pelakon Lelaki TerbaikMenang[68]
Asian Academy Creative Awards
Pelakon Pembantu Lelaki TerbaikDo[s]aMenang
2019
Festival Filem Malaysia ke-30
Pelakon Lelaki TerbaikPulangTercalon
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-6
Aktor PilihanKekasih Paksa RelaTercalon
Pasangan Pilihan (bersama Intan Najuwa)Tercalon
Anugerah MeleTOP Era ke-6
Pelakon TV MeleTOPLelaki Kiriman TuhanTercalon[69][70]
Bintang Filem MeleTOPPulangTercalon
Fesyen MeleTOPTercalon
Anugerah Stail EH! ke-7
Selebriti Lelaki SeksiMenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32
Pelakon Filem Lelaki PopularPulangTercalon
Gandingan Serasi Filem (bersama Mira Filzah)Rise: Ini KalilahTercalon
Pelakon TV Lelaki PopularPujaan Hati KandaTercalon
Gandingan Serasi Drama (bersama Mira Filzah)Menang
Gandingan Serasi Drama (bersama Mira Filzah)Lelaki Kiriman TuhanTercalon
Anugerah Telenovela ke-4
Pelakon Lelaki Terbaik – TelenovelaPujaan Hati KandaTercalon
Pelakon Lelaki Popular – TelenovelaPujaan Hati Kanda /

Lelaki Kiriman Tuhan

Menang
2021
Festival Filem Malaysia ke-31
Pelakon Pembantu Lelaki TerbaikSangkarMenang

Rujukan

Pautan luar