Rangkaian penyerahan kandungan

Rangkaian penyerahan kandungan atau rangkaian pengagihan kandungan (dalam bahasa Inggeris content delivery network atau content distribution network, CDN) ialah suatu sistem teragih besar yang terdiri daripada pelayan-pelayan yang terletak pada pusat data berlainan dalm Internet. Matlamat CDN ialah untuk menyediakan kandungan media kepada pengguna akhir dengan kebolehsediaan dan prestasi tinggi. CDN menyediakan sebahagian besar daripada kandungan Internet hari ini, termasuklah objek-objek web (teks, grafik, URL dan skrip), objek boleh muat turun (fail media, perisian, dokumen), aplikasi (e-dagang, portal), media penstriman langsung, media penstriman on-demand, dan rangkaian sosial.

Operasi

Kebanyakan CDN dikendalikan sebagai pembekal perkhidmatan aplikasi (ASP) di Internet (turut dikenali sebagai perisian on-demand atau perisian sebagai perkhidmatan). Semakin ramai pemilik rangkaian Internet yang membina CDNnya sendiri demi meningkatkan penyerahan kandungan pada rangkaian, mengurangkan tuntutan pada prasarana telekomunikasinya, dan bagi menjana keuntungan daripada pelanggan kandungan. Ini mungkin termasuklah capaian kepada penstriman media kepada pelanggan perkhidmatan Internet. Sesetengah syarikat perisian yang lebih besar seperti Microsoft, membina CDNnya sendiri seiring dengan produknya. Sebagi contoh, CDN untuk Windows Azure[1] dan Amazon CloudFront[2].

Rujukan


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

🔥 Top keywords: Laman UtamaAzahari HusinThe Hardest Singing ShowYang di-Pertua Negeri Pulau PinangKhas:CariNuh & NaylaDedaun Hijau Di Angin LaluPuteri KhareezaScha ElinneaHari AsyuraAepul RozaJazmy JumaHarissa AdlynnPasukan bola sepak kebangsaan SepanyolSenarai peribahasa (A–M)Leez RosliKhas:Perubahan terkiniTony EusoffYang di-Pertua NegeriNabi Muhammad SAWMandi wajibPutera MuhammadInna lillahi wa inna ilaihi raji'unUEFA Euro 2024Rina NoseDan Mimpi Pun BerguguranBawah BlokPiala Eropah UEFAPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Zizi KiranaYang di-Pertuan AgongLamine YamalBubur AsyuraMalaysiaNuha BahrinBunga SaljuKeladi tikusAnwar IbrahimPlat pendaftaran kenderaan Malaysia