Raja Arab Saudi

Penjaga Dua Kota Suci Raja Arab Saudi (Tulisan Jawi: راج عرب سعودي) merupakan pemerintah utama Arab Saudi. Setakat ini sudah seramai 7 orang yang menjadi Raja Arab Saudi.

Penjaga Dua Kota Suci Raja
Kerajaan Arab Saudi
ملك المملكة العربية السعودية
Penyandang
Raja Salman ibn Abdulaziz Al Saud
sejak 23 Januari 2015
GelaranPenjaga Dua Kota Suci
Singkatanالملك السعودي, ملك السعودية dan العاهل السعودي Sunting nilai ini di Wikidata
Bidang kuasaArab Saudi Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanIstana Raja, Riyadh
Penjawat sulungAbdul Aziz Al Saud
Dibentuk22 September 1932
SenaraiList of rulers of Saudi Arabia (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Raja Abdul Aziz Al Saud mula menakluk kawasan-kawasan yang terlibat pada tahun 1902 dengan melantik saudaranya sebagai Gabenor Riyadh. Beliau kemudiannya menakluk Nejd (1922) dan seterusnya Hijaz (1925). Beliau akhirnya menjadi Raja Arab Saudi pada tahun 1932.

Kesemua raja-raja selepasnya ialah anak kepada Raja Abdul Aziz Al Saud. Raja terkini Arab Saudi ialah Raja Salman ibn Abdulaziz Al Saud manakala Putera Mahkota Arab Saudi terkini ialah Putera Muhammad bin Salman.

Senarai Raja Arab Saudi

NamaMula MemerintahTamat Memerintah
Abdul Aziz Al Saud1902/19321953
Saud ibn Abdulaziz Al Saud19531964
Faisal ibn Abdulaziz Al Saud19641975
Khalid ibn Abdulaziz Al Saud19751982
Fahd ibn Abdulaziz Al Saud19822005
Abdullah ibn Abdulaziz Al Saud20052015
Salman ibn Abdulaziz Al Saud2015kini

Garis masa

Salman ibn Abdulaziz Al SaudAbdullah ibn Abdulaziz Al SaudFahd ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’udKhalid ibn ’Abd al ’Aziz Al’SaudFaisal ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’udSaud ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa'udAbdul Aziz Al Sa'ud

Standard Diraja

Standard Diraja terdiri daripada bendera hijau, dengan tulisan Arab dan pedang dipaparkan dalam warna putih, dan dengan lambang negara bersulam emas di kanton kanan bawah.

Standard Diraja

Skrip pada bendera ditulis dalam kaligrafi Thuluth dan adalah syahadah atau pengisytiharan iman Islam:

لَا إِلٰهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله
lā ʾilāha ʾillā-llāh, muhammadun rasūlu-llāh
Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad utusan Allah

Lihat juga

Rujukan