Rahim Razali

Pelakon, pengarah, penerbit dan penulis skrip Malaysia

Yang Hormat Dato' Haji Abdul Rahim bin Haji Mohd Razali (lahir 3 Julai 1939)[1] merupakan seorang pelakon filem, dramatis dan pengacara sukan, pengarah, penerbit filem, penerbit TV, jururunding skrip, dan penulis Malaysia. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah di Festival Filem Malaysia dan terkenal dengan filem-filem termasuk Dayang Suhana (1978), Abang (1981), Matinya Seorang Patriot (1984), Tsu Feh Sofiah (1986), Puteri (1987), Abang 92 (1993), Puteri Gunung Ledang (2004) Cinta (2006), Munafik (2016-18) dan Spilt Gravy on Rice (2022).[2] Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[3]


Rahim Razali

DPMP (Perak); AMN
Kelahiran
Abdul Rahim bin Mohd Razali

(1939-07-03) 3 Julai 1939 (umur 84)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah
  • pengulas sukan
  • pengacara sukan
  • penerbit TV
  • penerbit filem
Tahun aktif1959–kini
PasanganDatin Salmiah Abdul Mukmin
Anak-anak3

Kehidupan awal

Dato’ Rahim Razali dilahirkan pada 3 Julai 1939 di Batu Gajah, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah aliran Inggeris di Sekolah Anderson, Ipoh. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Melbourne selama lima tahun dalam jurusan Chartered Accountancy di bawah Rancangan Colombo.

Kerjaya

Beliau bekerja sebagai pembantu penyiaran di Radio Malaya (kini Radio Televisyen Malaysia), Tobacco Co. Bhd, di Kementerian Kebudayaan, dan SSC & B Lintas Sdn. Bhd dan syarikat iklan rokok SH Benson Advertising Company. Seterusnya bekerja di Fleet Communication. Rahim menubuhkan syarikat sendiri Angkatan Seniman Abad XX Sdn Bhd bersama Rohani Zain, bekas penyampai berita RTM pada 1981.

Pada 1950an beliau menjadi penulis skrip dan pengarah bagi drama di sekolahnya. Di Australia, Rahim menyertai Melbourne University Theatre Dub, Brighton Theatre Group, dan Australia Broadcasting Commission. Pada 1963, berlakon sebagai Hamlet dalam Hamlet iaitu persembahan untuk Brighton Thearte Group. Pada tahun 2010 beliau mengarahkan Muzikal Uda & Dara karya asal Usman Awang. Beliau bertanggungjawab mencungkil dan menyerlahkan bakat lakonan ramai bintang sejak era 70an, dan terbaru beliau berjaya menampilkan penyanyi popular Misha Omar sebagai bintang teater muzikal yang mempunyai keseimbangan dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Beliau menerbitkan 50 drama televisyen di RTM dan berlakon 15 buah filem. Sejak 1960an menceburi dunia lakonan di RTM. Sejak 1981 telah mengarah 8 buah filem dan filemnya terpilih mewakili negara ke Tokyo International Film Festival, London International Film Festival dan lain-lain.

Pada 2010, Rahim ditemuramah dalam rancangan dokumentari The Untold Truth About Supermokh yang menyingkap kisah kehidupan dan kerjaya pemain bola sepak, Mokhtar Dahari yang bersiaran di National Geographic pada 30 Ogos 2010.[4]

Beliau juga pernah menjadi duta dan jurucakap Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Rahim juga terkenal dengan watak Cikgu Osman lakonannya dalam sitkom Osman Baku yang mengisahkan kecekalan Cikgu Osman memperjuangkan bahasa kebangsaan Malaysia.[5]

Dato’ Rahim paling dikenali menerusi kolaborasinya bersama Syamsul Yusof dalam filem Munafik yang mana beliau menjayakan watak sebagai bapa kepada Ustaz Adam.[6] Beliau kembali menjayakan wataknya dalam kesinambungannya yang ditayangkan pada 30 Ogos 2018.[7] Rahim kini membuat persiapan untuk filem terbarunya bertajuk Melayu yang berkisar tentang kisah politikus Melayu dan penyatuan semula orang Melayu di negara ini.[8]

Kehidupan peribadi

Beliau meminati sukan terutama bola sepak, ragbi, hoki, tenis dan terkini golf. Kerjaya sebagai pengacara sukan dipupuk sejak awal penglibatannya pada 1965 lagi.[9][10]

Rahim pernah melakukan pembedahan bagi membuang pendarahan di otak pada 31 Oktober 2013 di Pusat Perubatan Sunway.[11]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
1978Dayang SuhanaAzmanFilem pertama
1981AbangFuad DinJuga sebagai pengarah dan penulis
Sumpah Di Bumi MerkahPanglima Lanang
1982PemburuACP RazifSebagai pengarah
1984Matinya Seorang PatriotSebagai pengarah dan penulis
1986Tsu Feh SofiahNik
1987PuteriBapa Jay
1989Anak SarawakSebagai pengarah
1990Rentak Desa
1992Abang 92Firdaus Wahidin
1998Iman AloneSebagai pengarah dan penulis
2002KL MenjeritSenator
EmbunPak Harun
2003Aku Kaya The MovieKetua Lanun
2004Puteri Gunung LedangDatuk Bendahara
2006CintaCikgu Elyias
2007Qabil Khushry Qabil IgamIsmail
1957: Hati MalayaSheikh Abdullah FahimPelakon undangan
2008Jarum HalusDatuk Kalel
CuciTan Sri
MuallafDatuk
2009Cinta Terakhir
Pisau CukurDatuk Zakaria
2010Andartu Terlampau...21 Hari Mencari SuamiDr. Sheikh Muzaffar
JaninDato' RahimPenampilan khas
4 MaduDato' Rahim
2011Hikayat Merong MahawangsaKesum
Nur Kasih The MovieAidil tuaPenampilan khas
2013Sayang DisayangTuan Haji Harun
Malam Penuh BermisteriBapa Lisa
2014BalistikDeputi Marsyal RahimPenampilan khas
Anak JantanPenampilan khas
2015KapsulDato' JohanPenampilan khas
2016Ola BolaRahmanPenampilan khas
MunafikRahim
2017Soulmate Hingga Jannah
2018PulangJamil (90an)
Munafik 2Rahim
2019XX Ray IIITan Sri Ismail
Rise to Power: KLGUTok Mat
2021Penunggang Agama 2Datuk Fawwas
2022Spilt Gravy on RiceBapak
Mat Kilau: Kebangkitan PahlawanMufti Botok Haji Uthman
Tilam PercaTok Ketua
2023ImaginurLelaki Tua
ImamHaji Abdul Rahman
2024Tan-Ti-AnaBomoh Agen
Abnormal: Buas
2025KhawarijPra-produksi
TBAMunafik 3RahimPos-produksi
Mak Cun The MoviePak Akob

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1970BanjirTV1Drama pertama
1978Dagang Perantau
1979Alang Rentak Seribu
Degup Jantung
2004SephiaTV3
2005Mahligai GadingDato ZikriTV2
2005–2006Biarku Sentuh CintamuMusaTV3
2008SakaPak Din
GodaDato' Razak8TVPelakon sampingan
2010Villa Tepi SurauTV AlHijrah
ChintaOsman KabilahTV3Penampilan khas
2012Osman BakuCikgu Osman BakuTV2Sebagai pengarah
DarjatDaudTV3Penampilan khas
Tanah Kubur (Musim 4)JamilAstro OasisEpisod: "Bomoh Siam"
Episod: "Santau"
2013Rindu Bertamu Di Abu DhabiHaji IlhamTV3
Surat Dari Langit BiruPak Asan
Nur KhalifahTV2
2014-2015Bercakap Dengan JinLong PeahAstro Mustika HD
2014–2021Gerak KhasDato' OsmanTV2, TV3Pelakon undangan
2015Bangsal TuaTV2
Tanah Kubur (Musim 13)YusofAstro OasisEpisod: "Manusia Seakan Keldai"
Ajaibnya CintaPak AkobTV3
2015–2018Mak CunPak Akob
2017Menanti FebruariEncik Haris
2018Tok AdiSemanAstro Oasis
Pengantin 100 HariDato' FahmiTV3
Mencari QiblatUstaz
Mata KetigaPak MailTontonPelakon undangan
Split TV SeriesAstro Citra
2019ImaanUstaz MaulanaAstro Oasis
Atin, Atan & Mak CunPak AkobTV3
2021Kisah Rumah TanggaHaji UmarAstro RiaEpisod: "Azan Rumah Abah"
i-TanggangHakim Mahkamah TinggiAstro Citra
2023FYP: Famili Yang PopularTok KiAstro Ceria
2024Mak Cun, Mai Singgah!Pak AkobTonton

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1991Selamat Tahun Baru, YB!YBTV3di samping Uji Rashid sebagai isteri YB
2010Bagaikan SumayyahTuan Razak
2011Panggilan Baitullah
Manual CintaTV1
2012Keroncong Untuk AnaPak HamdiAstro Prima
Pujian-Pujian
LelakiKu DarwisTV2
Maafkan AkuHaji Kamaruddin
2013Diari Hatiku
Cinta Laila MajnunUstaz KadirAstro Oasis
2014Spain UollsPak AkobTV3
Dari Kerana MataAstro Prima
Kereta KitaOmarTV3
2015Sawadeeka - Mak CunPak Akob
Cinta Riyadus SolihinTV AlHijrah
2016Gajet Mak DahPak MailTV9
Baju Berkancing PenitiUsupTV3
Bila Embun MerintihIsmail Lembung
Mak Cun Pi New YorkPak Akob
2017Syukur SyawalPak Seman
Mak Cun Pi LombokPak Akob
Bisik Pada AllahPak MajidAstro Citra
2018Kitab Sijjin
Penjara Abah
Mak Cun Pi Amerika LagiPak AkobTV3
Bebaskan Anak KitaRahim
TelingkahImam DaruniTV2
2020#Sampai SyurgaAwesome TV
Kelab GentlemanKapten KamalTV3
Osman BakuCikgu Osman BakuTV1
Mak Cun Anjung Orang KitaPak AkobTV3
2021Kari Ayam MamaTok ManTV9
2022Terbuka Pintu SyurgaPak Mail @ PakweAstro Prima
Radio AtokAtokTV9
2023Mistik Bilik MayatTok AdamTV AlHijrah

Iklan

TahunIklan
2014Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
2017Cerun Yang Selamat
2022Media Prima Hari Kebangsaan 2022: 3 Sekawan

Teater

TahunTajukWatak
2011Lat Kampung Boy Sebuah MuzikalPak Samad

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
1987Selamat Pagi MalaysiaPengacaraTV1
2010The Untold Truth About SupermokhDirinya sendiriNational Geographic ChannelDokumentari
2011Arena SukanPengacaraAstro Arena

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKeputusan
1981Festival Filem Malaysia ke-2Skrip TerbaikMenang
Pelakon Lelaki TerbaikMenang
1984Festival Filem Malaysia ke-5Lakonlayar TerbaikMenang
Pengarah TerbaikMenang
1986Festival Filem Malaysia ke-6Skrip TerbaikMenang
Pengarah TerbaikMenang
2007Festival Filem Malaysia ke-20Pelakon Lelaki Terbaik (Dalam Watak Pembantu)Menang
2023Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35Aktor Filem PopularTercalon

Rujukan

Pautan luar