Rachel Weisz

Rachel Weisz (lahir 7 Mac, 1970) adalah seorang pelakon Inggeris serta pemenang Anugerah Akademi, Golden Globe, dan calon BAFTA.

Rachel Weisz
2007
Kelahiran
Rachel Hannah Weisz

(1970-03-07) 7 Mac 1970 (umur 54)
Kerakyatan
  • United Kingdom
  • United States
Karya terkenal
"Evelyn Carnahan" dalam
The Mummy
AnugerahPelakon Pembantu Wanita Terbaik 2006:
"Tessa Quayle" dalam The Constant Gardener

Biografi

Kehidupan awal

Weisz dilahirkan di London, England. Ayahnya, George Weisz, seorang pereka Hungary yang keluarganya melarikan diri ke England untuk mengelakkan penyeksaan pihak Nazi. Ibunya, Edith, yang dilahirkan di Vienna, adalah seorang ahli psikoanalisis dan pelakon Austria. Ayah Weisz orang Yahudi, manakala ibunya Katolik,[1] walaupun ibunya juga dirujuk sebagai orang Yahudi [2] atau mempunyai keturunan Yahudi.[3] Weisz merujuk kepada diri sebagai seorang Yahudi.[4][5]

Weisz dididik di Sekolah Berkolej London Utara di mana dia dibuang sekolah. Dia kemudian dihantar ke Sekolah Benenden dan akhirnya bersekolah di Sekolah Perempuan St. Paul ketika berumur 13 tahun. Weisz melanjutkan pendidikannya di Dewan Trinity, Universiti Cambridge di mana dia memperoleh ijazah 2:1 dalam bahasa Inggeris. Dalam tahun-tahunnya di universiti, dia muncul dalam berbagai-bagai pementasan pelajar, dan merupakan pengasas bersama kumpulan drama pelajar, Cambridge Talking Tongues, yang kemudian memenangi Anugerah Drama Guardian di Pesta Edinburgh bagi drama improvisasi yang dipanggil Slight Possession.

Rujukan