Pusat pemeriksaan sempadan

Pusat pemeriksaan sempadan (juga dikenali sebagai pusat pemeriksaan perbatasan) adalah suatu kemudahan yang terletak pada atau berhampiran sempadan antarabangsa, di mana para pengembara atau barangan akan diperiksa sebelum dibenarkan (atau dinafikan) untuk melintasnya. Pihak berkuasa biasanya diperlukan bagi memasuki sesebuah negara melalui sempadannya. Sempadan akses yang dikawal selalunya mempunyai bilangan pusat pemeriksaan yang terhad, di mana ia boleh dilalui tanpa sekatan undang-undang. Peraturan atau perjanjian boleh dibentuk bagi membenarkan lintasan yang kurang terkawal (seperti Perjanjian Schengen). Pusat pemeriksaan sempadan darat (pintu masuk darat) boleh dibezakan dengan kemudahan kastam dan imigresen di pelabuhan laut, lapangan terbang antarabangsa dan pintu masuk sempadan yang lain.

Bangunan Sultan Iskandar (Malaysia) dan Pusat Pemeriksaan Woodlands (Singapura) di sempadan Malaysia–Singapura mengendalikan lintasan sempadan darat antarabangsa tersibuk di dunia, dengan 350,000 pengembara setiap hari.[1][2]

Pusat-pusat pemeriksaan biasanya mempunyai dua tujuan iaitu untuk menghalang kemasukan individu yang tidak diingini (contohnya penjenayah atau orang yang menimbulkan ancaman) atau mereka yang tanpa kebenaran untuk masuk dan bagi mencegah kemasukan barangan yang tidak sah atau tertakluk kepada sekatan, atau untuk mengutip tarif.

Takrifan dalam undang-undang Kesatuan Eropah (Schengen)

Kanun Sempadan Schengen yang membentuk sebahagian daripada undang-undang Kesatuan Eropah, mentakrifkan beberapa istilah berikut (kekhususan berkenaan dengan EU ditinggalkan, untuk menekankan kebolehgunaan umum takrifan tersebut):[3]

  • "Pusat pemeriksaan sempadan" membawa maksud mana-mana titik lintasan dibenarkan oleh pihak berkuasa-pihak berkuasa kompeten untuk melintasi sempadan luar. (Perkara 2 Seksyen 8)
  • "Kawalan sempadan" bermaksud kegiatan yang dijalankan di suatu sempadan, [...] sebagai tindak balas secara eksklusif kepada niat untuk melintasi atau perbuatan melintasi sempadan itu, tanpa mengira mana-mana pertimbangan lain, yang terdiri daripada pemeriksaan sempadan dan pengawasan sempadan. (Perkara 2 Seksyen 9)
  • "Pemeriksaan sempadan" membawa maksud pemeriksaan yang dijalankan di titik lintasan sempadan, bagi memastikan orang-orang itu, termasuklah sarana pengangkutan mereka dan objek-objek yang mereka miliki, mungkin boleh diberi kuasa untuk memasuki wilayah itu [...] atau diberi kuasa untuk keluar darinya. (Perkara 2 Seksyen 10)
  • "Pengawasan sempadan" bermaksud pengawasan sempadan di antara titik-titik lintasan sempadan dan pengawasan titik-titik lintasan sempadan di luar waktu-waktu pembukaan tetap, bagi mengelakkan orang ramai daripada memintas pemeriksaan sempadan. (Perkara 2 Seksyen 10)
  • "Pemeriksaan peringkat kedua" membawa maksud pemeriksaan lanjut yang boleh dijalankan di suatu lokasi khas jauh dari lokasi di mana semua orang diperiksa (peringkat pertama)

Takrifan-takrifan ini bermaksud tempat di mana jalan melintasi sempadan dalaman Schengen secara sah bukan "titik lintasan sempadan".

Pusat pemeriksaan tersibuk di dunia

Tanah

Ini merupakan senarai pusat pemeriksaan sempadan darat tersibuk di dunia, yang mengendalikan lebih daripada 35 juta pengembara di kedua-dua arah secara tahunan. Para pengembara (atau lintasan individu) terdiri daripada pejalan kaki, pemandu dan penumpang kenderaan. Pusat pemeriksaan sempadan antarabangsa dalam warna  hijau .

Catatan:

  • Disebabkan Amerika Syarikat tidak memnpunyai pusat pemeriksaan sempadan untuk lalu lintas keluar negara, angka-angka lalu lintas masuk digandakan untuk memberikan perbandingan yang adil. Pintu masuk sempadannya dipadankan dengan pintu masuk sempadan Mexico. Lihat catatan terperinci di lajur rujukan di bawah.
Ked.Pusat pemeriksaan sempadanPengembara tahunanRujukan
1Pelabuhan Gongbei China MakauPos Sempadan Portas do Cerco134,000,000[4] (2018)
2Bangunan Sultan Iskandar  Malaysia  SingapuraPusat Pemeriksaan Woodlands127,750,000[2] (2012). Berdasarkan pada purata harian yang dilaporkan.
3Pelabuhan Luohu China  Hong KongTitik Kawalan Lo Wu81,707,959[5] (2017).
4Pelabuhan Sempadan El Chaparral  Mexico A.S.Pelabuhan Masuk San Ysidro69,300,000[6] (2018). Lihat catatan.[7]
5Pelabuhan Futian China  Hong KongTitik Kawalan Laluan Cabang Lok Ma Chau59,464,480[5] (2017).
6Pelabuhan Teluk Shenzhen China  Hong KongTitik Kawalan Teluk Shenzhen45,118,797[5] (2017).
7Pelabuhan Huanggang China  Hong KongTitik Kawalan Lok Ma Chau37,059,848[5] (2017).
8Pelabuhan Masuk Mesa de Otay  Mexico A.S.Pelabuhan Masuk Otay Mesa35,400,000[6] (2018). Lihat catatan.[8]

Rujukan