Proton Savvy

Proton Savvy merupakan model Proton jenis Hatchback bersaiz segmen A. Model ini dilancarkan pada 5 Jun 2005 [1] dan merupakan model pertama Proton selepas Proton membeli syarikat Lotus Cars [2]. Proton Savvy merupakan pengganti Proton Tiara. Sama seperti Tiara, Proton Savvy juga merupakan hasil kerjasama di antara Proton dan Renault iaitu enjin Renault Type-D. Proton Savvy mengalami facelift pada 19 Januari 2007 [3] dan ditamatkan pada tahun 2011.

Proton Savvy
frames
PembuatProton
Produksi20052011
KategoriHatchback
Bentuk5 pintu
Muatan enjin1.2 liter
Sistem gearManual & semi-automatik (AMT)

Jenis

Pre-Facelift (2005-2007)

Reka bentuk Proton Savvy Pre-Facelift yang dipasarkan pada tahun 2005 hingga tahun 2007. Rekaan gril hadapan Proton Savvy ini mirip gril hadapan Proton Waja manakala rekaan belakang juga sama. Proton Savvy Pre-Facelift ini tidak didatangkan dengan Spoiler belakang di semua spesifikasi.

Facelift (2007-2011)

Reka bentuk Proton Savvy facelift (2007-2011). Rekaan Proton Savvy pre-facelift sebelum ini yang mirip Proton Waja kini ditukar kepada rekaan honeycomb mesh. Bahagian belakang Proton Savvy juga ditukar kepada garis lurus berbanding garis menyimpul di Proton Savvy pre-facelift. Spoiler Proton Savvy didatangkan pada semua jenis spesifikasi. Proton Savvy 1.2 AMT High-line dilengkapi dengan 2 airbag. Dua warna baharu ditambah iaitu Energy Orange dan Genetic Silver.

Pesaing

Proton Savvy ketika pengeluarannya bersaing dengan Perodua Viva, Kia Picanto dan Citroën C1.

Pautan luar

Proton savvy dilancarkan pada 5 jun 2005 menggantikan proton tiara proton savvy mempunyai satu tramision iaitu 5 speed manual pada 2011 proton savvy dihentikan kerana alat gantinya mahal kemudian kereta ini digantikkan oleh proton iriz yang dilancarkan pada 5 september 2014