Podocnemis

Podocnemis ialah genus kura-kura akuatik, yang juga dikenali sebagai Kura-kura Sungai Amerika Selatan dari keluarga Podocnemididae. Genus ini mengandungi enam spesies yang boleh ditemui di kawasan tropika di Amerika Selatan.[1] Manakala tiga spesies lagi adalah daripada penemuan fosil yang telah pupus.

Podocnemis
Podocnemis unifilis,
Kura-kura Bintik Kuning
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Podocnemis

Wagler, 1830
Spesies

6 spesies, lihat teks

Spesies

Terdapat enam spesies yang disahkan dan masih berkembang.[1]

  • Podocnemis erythrocephala (Spix, 1824) – Kura-kura Kepala Merah Sungai Amazon
  • Podocnemis expansa (Schweigger, 1812) – Kura-kura Arrau
  • Podocnemis lewyana A.H.A. Duméril, 1852 – Kura-kura Sungai Magdalena
  • Podocnemis sextuberculata Cornalia, 1849 – Kura-kura Enam Kutil Sungai Amazon
  • Podocnemis unifilis Troschel, 1848 – Kura-kura Bintik Kuning
  • Podocnemis vogli L. Müller, 1935 – Kura-kura Leher Sisi Savanna

Nota bene: Tatanama binomial menunjukkan spesies ini asalnya diletakkan dalam genus selain daripada Podocnemis.

Spesies fosil

Kesemua spesies ini telah pupus, dari zaman penghujung Neogene di Amerika Selatan:

  • Podocnemis bassleri
  • Podocnemis medemi[2]
  • Podocnemis pritchardi[2]
Sebahagian daripada tengkorak spesies yang telah pupus, P. bassleri (AMNH 1662)

Spesies "Podocnemis" parva Haas, 1978, dari zaman Penghujung Cretaceous (Cenomanian) iaitu berdasarkan fosil dari Tebing Barat, kini ditempatkan sebagai Algorachelus, atau A. parvus.[3]

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Boulenger GA (1889). Catalogue of the Chelonians, Rhynchocephalians, and Crocodiles in the British Museum (Natural History). New Edition. London: Trustees of the British Museum (Natural History). (Taylor and Francis, printers). x + 311 pp. + Plates I-III. (Genus Podocnemis, pp. 200–201, Figures 50-51).
  • Goin CJ, Goin OB, Zug GR (1978). Introduction to Herpetology, Third Edition. San Francisco: W.H. Freeman and Company. xi + 378 pp. ISBN 0-7167-0020-4. (Podocnemis, pp. 149, 271-272).
  • Wagler J (1830). Natürliches System der AMPHIBIEN, mit vorangehender Classification der SÄUGTHIERE und VÖGEL. Ein Beitrag zur vergleichenden Zoologie. Munich, Stuttgart and Tübingen: J.G. Cotta. vi + 354 pp. + one plate. (Podocnemis, new genus, p. 135). (in German and Latin).