Platinum

78iridiumplatinumemas
Pd

Pt

Ds

Jadual berkala piawai - Jadual berkala terlanjut
Am
Nama, simbol, nomborplatinum, Pt, 78
Siri kimialogam peralihan
Kumpulan, kala, blok10, 6, d
Rupaputih kekelabuan
Jisim atom piawai195.084(9)g·mol−1
Tatarajah elektron[Xe] 4f14 5d9
Elektron pada setiap petala2, 8, 18, 32, 17, 1
Fasapepejal
Ketumpatan (pada suhu bilik)21.45 g·cm−3
Ketumpatan cecair pada takat lebur19.77 g·cm−3
Takat lebur2041.4 K
(1768.3 °C, 3214.9 °F)
Takat didih4098 K
(3825 °C, 6917 °F)
Haba lakuran22.17 kJ·mol−1
Haba pengewapan469 kJ·mol−1
Muatan haba tentu(25 °C) 25.86 J·mol−1·K−1
Tekanan wap
P/Pa1101001 k10 k100 k
pada T/K2330(2550)2815314335564094
Sifat keatoman
Keadaan pengoksidaan1, 2, 3, 4, 5
(Oksida bes)
Keelektronegatifan2.28 (skala Pauling)
Jejari atom135 pm
Jejari atom terhitung177 pm
Jejari kovalen128 pm
Jejari Van der Waals175 pm
Lain-lain
Sifat magnetparamagnet
Kerintangan elektrik(20 °C) 105 nΩ·m
Keberkonduktan haba(300 K) 71.6 W·m−1·K−1
Pengembangan terma(25 °C) 8.8 µm·m−1·K−1
Kelajuan bunyi (rod halus)(suhu bilik) 2800 m·s−1
Modulus Young168 GPa
Modulus ricih61 GPa
Nisbah Poisson0.38
Skala Vickers549 MPa
Kekerasan Brinell392 MPa
Nombor CAS7440-06-4
Isotop-isotop terpilih
Rencana utama: Isotop platinum
isoNAseparuh hayatDMDE (MeV)DP
190Pt0.014%6.5×1011 thnα3.18186Os
191Ptsyn2.76 hε?191Ir
192Pt0.782%Pt stabil dengan 114 neutron
190Ptsyn50 thnε?193Ir
181mPtsyn4.33 hIT0.1355e193Pt
194Pt32.967%Pt stabil dengan 116 neutron
195Pt33.832%Pt stabil dengan 117 neutron
195mPtsyn4.02 hIT0.1297e195Pt
196Pt25.242%Pt stabil dengan 118 neutron
197Ptsyn19.8913 jamβ-0.719197Au
197mPtsyn1.59 jamIT0.3465197Pt
198Pt7.163%Pt stabil dengan 120 neutron
Rujukan

Platinum (simbol: Pt) atau nama lamanya emas putih ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai nombor atom 78.

Platinum tergolong dalam kumpulan 10 dalam jadual berkala keunsuran dan adalah sejenis logam peralihan. Logam in agak berat, mudah tertempa, mulur dan berwarna putih kekelabuan. Platinum tahan kakisan. Logam ini dijumpai dalam bijih-bijih tembaga dan nikel.

Platinum digunakan dalam pembuatan barang kemas, radas makmal, penyambung (sesentuh) elektrik, radas bidang pergigian, dan peranti kawalan asap kenderaan bermotor. Jongkong (Bulion) platinum diberikan kod kewangan ISO XPT. Pada 19 Ogos 2008, platinum dinilaikan sebanyak $1345.00 per auns Troy (kira-kira $43 per gram)[1]

Peristilahan

Nama logam ini dibentuk hasil pelatinan ungkapan bahasa Sepanyol platino bermaksud "perak kecil";[2][3] pengungkapan tersebut mula tercatat dalam buku Relación Histórica del Viage a la América Meridional dikarang Antonio de Ulloa pada 1748. Perkataan ini pernah diejakan dalam ejaan Za'ba sebagai pĕlatinam.

Istilah emas putih[4][5] ada diberikan kerana penampilan yang tampak keputihan meskipun kini dianggap kurang tepat kerana ia lebih menerangkan aloi emas dengan logam ini atau nikel.

Sifat

Sifat fizikal

Platinum ialah logam berwarna kelabu seperti perak, mulur dan boleh ditempa.[6] Platinum diamati lebih mulur daripada emas, perak atau tembaga, sehingga paling ulet dibandingkan kebanyakan logam murni lainnya, tetapi kurang lunak daripada emas.[7][8] Logam ini memiliki ketahanan yang sangat baik terhadap pengakisan, stabil pada suhu tinggi dan memiliki sifat mengalir elektrik yang stabil.

Karakter fisika serta kestabilan kimianya menjadikannya berguna dimanfaatkan dala peringkat industri.[9] Ketahanan logam ini dari sebarang kehausan dan kecelaan pada permukaan menjadikan ia cocok untuk digunakan sebagai perhiasan.

Sifat kimia

Platinum lambat bertindak balas dengan oksigen pada suhu yang sangat tinggi; sebatian PtO
2
terbentuk pada 500 °C; yang boleh disingkirkan melalui haba.[10] Logam ini bertindak balas hebat dengan fluorin pada 500 °C (932 °F) membentuk tetrafluorida.[11] Logam ini juga mudah terjejas dengan klorin, bromin, iodin, dan belerang. Platina tidak larut dalam asid-asid klorida dan nitrat.[12]

Tahap pengoksidaan platinum yang paling umum adalah +2 dan +4. Nombor pengoksidaan +1 dan +3 kurang umum, dan kadang distabilkan oleh ikatan logam dalam spesies bimetalik (atau polimetalik). Sesuai perkiraan, sebatian platinum (II) tetrakoordinasi cenderung membentuk struktutr geometri segiempat planar 16 elektron. Meskipun unsur platinum biasanya tak reaktif, ia larut dalam aqua regia panas membentuk asid kloroplatinat (H):[12]

Platinum mempunyai tahap keasidan lemah sehingga mampu mempunyai ketertarikan besar terhadap belerang, seperti terhadap dimetil sulfoksida (DMSO); sejumlah kompleks DMSO telah dilaporkan dan pemilihan pelarut reaksi harus dilakukan dengan sangat hati-hati.[13]

Isotop

Platinum mempunyai enam isotop semula jadi, 190Pt, 192Pt, 194Pt, 195Pt, 196Pt, dan 198Pt, di mana kesemuanya adalah stabil kecuali 190Pt yang memiliki separuh hayat selama 6.5×1011 tahun. 195Pt adalah isotop yang terbanyak didapati merangkumi 33.83% dari seluruh platinum.

198Pt boleh mengalami pereputan alfa ke 194Os, tetapi pereputan ini tidak pernah diperhatikan dan justeru itu, dianggap stabil. Secara keseluruhannya, platinum memiliki 39 isotop termasuk 31 isotop buatan dengan jisim atom dalam julat daripada 166 ke 204.

Kewujudan

Platinum merupakan unsur yang amat jarang dijumpai, dengan nilai kepekatan sebanyak 0.05 bahagian per bilion dalam kerak Bumi.[14]

Perlombongan

Seperti logam-logam kumpulan platinum yang lain, platinum diperoleh sebagai bahan sampingan dalam perlombongan kuprum dan nikel. Pelombong platinum juga boleh melombong logam itu daripada bijih-bijih platinum seperti sperilit dan kooperit.[15]

Kira-kira 160 tan platinum telah dilombong pada 2018, kebanyakannya di Afrika Selatan dengan jumlah pengeluaran sebanyak lebih kurang 110 tan. Rusia pula melombong kira-kira 21 tan platinum pada tahun yang sama.[16]

Kegunaan

Sebagai pemangkin tindak balas

Platinum pada kebiasaannya digunakan sebagai mangkin seperti dalam penukar bermangkin kenderaan yang membenarkan pembakaran lengkap hidrokarbon dari ekzos kepada gas karbon dioksida dan wap air sebelum dibebaskan ke persekitaran. Tambahan pula, platinum juga digunakan sebagai mangkin dalam proses penghidrogenan serta boleh dijadikan mangkin dalam penguraian hidrogen peroksida kepada air dan oksigen[17] dan digunakan dalam sel bahan api[18] sebagai katalis untuk mereduksikan oksigen.[19]

Dalam bidang perubatan, platinum digunakan dalam cisplatin, cis-[Pt(NH3)2Cl2] yang digunakan sebagai ubat kemoterapi dalam pelbagai jenis kanser.

Dalam pemiawaian ukuran

Logam platinum pernah digunakan dalam bidang kepiawaian, di mana aloi platinum digunakan untuk menetapkan unit-unit piawai SI. Unit meter pernah ditetapkan dengan ukuran sebatang aloi platinum-iridium bernisbah 90:10 hingga tahun 1960 manakala unit kilogram pernah ditetapkan dengan sebuah pemberat jenis aloi sama; hingga ditakrifan semula pada Mei 2019.[20]

Sebagai perhiasan

Sebagai perhiasan, kira-kira 40% bekalan platinum digunakan dalam aloi platinum dan emas yang umumnya dikenali sebagai "emas putih".[15] Sifat kelangkaan logam ini yang sukar didapati turut menjadikan ia kini dianggap berdarjat lebih tinggi dari emas dari segi penggredan dan pengelasan.[21][22]

Rujukan

Pautan luar