Persekutuan

Persekutuan (Jawi: ڤرسكوتوان; [pĕr.sĕ.ku.tu.an]) atau federasi ([fé.dé.ra.si]; dari Latin: foeduratio bererti "perjanjian" terbitan kata foedus "ikatan" melalui Belanda: federatie[1]) ialah sebentuk kesatuan yang terdiri daripada sebilangan negeri atau rantau yang separuh berpentadbiran sendiri yang disatukan oleh satu pemerintahan pusat. Dalam sesebuah negara persekutuan, status pentadbiran sendiri bagi negeri-negeri komponen lazimnya dikukuhkan oleh perlembagaan dan tidak wajar diubah oleh keputusan yang dibuat oleh kerajaan/pemerintah pusat yang hanya menyebelahi satu pihak.

Peta yang memaparkan negara-negara persekutuan hari ini.

Bentuk pemerintahan atau struktur perlembagaan yang didapati dalam sebuah persekutuan dikenali sebagai federalisme yang juga boleh dianggap sebagai lawan kepada satu sistem lain, iaitu negara unitari. Kerajaan Jerman yang merangkumi 16 länder bersekutu dijadikan satu contoh persekutuan, manakala Austria dan Bundesländernya merupakan negara unitari dengan bahagian pentadbiran yang menjadi bersekutu, sementara Perancis pula merupakan negara unitari sepenuhnya, meskipun entiti subnasionalnya kelihatan serupa dengan negeri-negeri kerajaan persekutuan.

Persekutuan ini boleh berupa suatu kawasan pelbagai etnik, atau meliputi sebidang tanah wilayah yang amat luas, namun tidak semestinya begini. Persekutuan lazimnya ditubuhkan melalui persetujuan asal antara sebilangan negeri berdaulat.

Senarai persekutuan di dunia

Kini

PersekutanSubdivisi utamaWilayah khusus
Amerika Syarikat
(lihat Negeri di Amerika Syarikat)
51 negeri1 daerah persekutuan; 1 wilayah bergabung, 13 wilayah tidak bergabung
Argentina23 wilayah1 daerah persekutuan
Australia6 negeri1 daerah/wilayah persekutuan, 1 wilayah utama, beberapa wilayah kecil
Austria9 Bundesländer
Belgium[2]3 komuniti linguistik3 rantau
Bosnia dan Herzegovina2 entiti1 daerah yang diselia oleh pihak antarabangsa
Brazil26 negeri1 daerah persekutuan dan 5,561 perbandaran
Comoros3 pulau
Emiriah Arab Bersatu7 emiriah
Habsyah9 rantau2 bandaraya berpiagam
Jerman16 Länder atau Bundesländer
India28 negeri7 wilayah kesatuan
Iraq18 gabenorat, termasuk 1 kawasan autonomi
Kanada10 wilayah3 jajahan
Malaysia
(lihat Senarai negeri-negeri Malaysia)
13 negeri3 wilayah persekutuan
Mexico31 negeri1 daerah persekutuan
Micronesia4 negeri
Nepal14 zon75 daerah
Nigeria36 negeri1 wilayah
Pakistan4 wilayah4 wilayah persekutuan
Rusia[3]48 oblast, 21 republik, 10 okrug berautonomi, 7 kray, 2 bandaraya persekutuan
Saint Kitts dan Nevis2 pulau/14 mukim
Sudan26 negeri
Switzerland26 kanton
Venezuela23 negeri, 1 wilayah tanggungan1 daerah persekutuan

Gelaran panjang

Tidak wujud lagi

Nota