Perkumuhan

Berikut adalah turutan proses pengumuhan (pengencingan):

Penapisan melampau

Penapisan melampau berlaku dalam kapsul Bowman di permulaan nefron. Darah yang mengandungi urea dan bahan yang tidak diperlukan mengalir ke dalam buah pinggang melalui arteri renal sebelum memasuki siratan kapilari yang dikenali sebagai glomerulus di dalam kapsul Bowman. Seterusnya, darah mengalir ke dalam arteriol aferen.

Disebabkan arteriol aferen mempunyai diameter yang lebih besar berbanding arteriol eferen, darah di dalam glomerulus berada di bawah tekanan hidrostatik yang sememangnya tinggi iaitu kira-kira 60 mmHg. Tekanan yang tinggi menyebabkan komponen-komponen buangan yang saiz molekulnya kecil melalui ke dalam glomerulus.

Komponen buanganLaluanAlasan
Komponen darah (kecuali sel darah, platelet dan protein plasma)Liang-liang dinding glomerulusSaiz molekulnya yang kecil
Komponen darah iaitu sel darah, platelet dan protein plasma serta komponen lain seperti air ,buangan bernitrogen (urea, asid urik dan kretinina), glukosa, asid amino and garam mineral terutama ion natrium (Na+) dan ion kalium (K+))Kapsul BowmanSaiz molekulnya yang besar

Komponen buangan yang melalui kapsul Bowman yang telah ditapis keluar dari darah secara kolektifnya dikenali sebagai tapis glomerular.

Penyerapan semula

Penyerapan semula ialah pergerakan tapis glomerular dari tubul renal ke dalam kapilari darah yang terletak sekitar tubul (dikenali sebagai kapilari peritubular).

Bahan buangan berguna seperti air, glukosa, asid amino, ion natrium dan nutrien lain (kecuali urea) diserap semula ke dalam kapilari darah bermula dari tubul berlingkar proksimal dan diteruskan sehingga gelung Henle, tubul berlingkar distal dan tubul pengumpulan.

Komponen utamaLaluan komponen sebelum diserap semula ke dalam darahJumlah komponen yang diserap ke dalam kapilari darahProses penyerapan semula ke dalam kapilari darah
AirMelalui tubul berlingkar proksimalOsmosis
GlukosaMelalui tubul berlingkar proksimalPengangkutan aktif
Asid aminoMelalui tubul berlingkar proksimalPengangkutan aktif
Ion natriumMelalui tiub bendalirBergantung kepada jumlah garam mineral dalam darahPengangkutan aktif

Komponen-komponen buangan tersebut terus mengalir dalam kapilari darah sehingga keluar ke vena renal.

Rembesan

Rembesan ialah proses di mana komponen-komponen buangan tersebut melalui ke dalam tubul berlingkar distal dan tubul pengumpulan dari kapilari darah yang mengelilingi tubul tersebut. Secara ringkas, rembesan merupakan pembalikan atau proses yang bertentangan dengan penyerapan semula.

Sel di dinding tubul berlingkar distal mampu menyerap sebilangan kecil komponen-komponen buangan dari kapilari darah dan merembeskannya ke dalam tubul. Komponen-komponen tersebut ialah tersebut ialah ion hidrogen (H+), ion kalium (K+), ammonia (NH2), buangan bernitrogen seperti kretinina dan dadah seperti penisilin sama ada melalui pengangkutan aktif atau resapan. Selepas proses tersebut, bendalir yang muncul dari duktus pengumpulan yang dipanggil urin.

Rujukan

Lihat juga