Perisian

komponen boleh laku yang bukan ketara bagi sistem komputer

Perisian komputer atau sofwe (Sin.[nota 1]) merupakan himpunan arahan dan data yang dimuatkan dalam komputer[1] yang mampu dijanakan dan dikendalikan sistem terlengkap dalam binaan komputer yang bertindak sebagai pelantar. Ia boleh datang dalam bentuk aturcara atau program, dokumentasi yang menerangkan tataguna dan keperluan sistem, serta data konfigurasi yakni data yang diperlukan atau parameter "setting" membolehkan perisian tersebut beroperasi lalu komputer dapat melakukan sesuatu tugas diarahkan pengguna atau ditentukan pembangun perisian tersebut.

OpenOffice.org Writer

Jenis

Perisian boleh dibahagikan kepada empat kelas utama iaitu perisian sistem, perisian pengaturcaraan, perisian penggunaan, Perisian untuk tujuan penyelenggaraan dan keselamatan.

  • Perisian pengendalian membantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagai contoh "Operating system", Disk Partition, BIOS, GRUB, MBR dan lain-lain berkaitan.
  • Perisian pengaturcaraan selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan pembikinan perisian itu sendiri. Contohnya pengkompil, penyunting teks dan lain-lain berkaitan .
  • Perisian penggunaan atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan(tidak berkenaan dengan komputer) seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya.
  • Perisian Penyelenggaran dan Keselamatan atau aplikasi penyelenggaraan dan keselamatanmembantu menjalankan tugas-tugas bersifat selenggara pencegahan dan pembetulan (tidak berkenaan dengan komputer) seperti "error checking", "defragment", "device manager", antivirus dan lain-lain perisian berkaitan dengan penyelenggaraan dan keselamatan.

Pembangunan

Rencana utama: Pengaturcaraan komputer

Lihat Juga

  • Perisian bebas - perisian percuma, perisian sumber terbuka
  • Program komputer - satu daripada unit kecil dari perisian seperti "simpan (save)", calculate (kira-kira), padam fail (delete) dan lain-lain.
  • Perisian pengendalian
Rencana utama: Sistem pengendalian
  • Perisian pengaturcaraan
  • Perisian aplikasi
  • Perisian Hamparan Kerja (Spreadsheet)
  • Perisian Pangkalan Data (Database)
  • Perisian Persembahan (Presentation Software)
  • Perisian Lukisan (Drawing)
  • Perisian Perakaunan (Accounting)
  • Perisian Multimedia
  • Perisian Internet
  • Perisian Tugas Khas (Special Purpose Software)
  • Perisian aplikasi penyelenggaraan dan Keselamatan

Nota

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Hari Raya AidiladhaLaman UtamaDua Darjat (drama)The Hardest Singing ShowKhilaf Yang TertulisKhas:CariJamrahAbang AdikIbadah korbanCinta Untuk Sekali LagiTempoh haram puasaHari TasyrikKhas:Perubahan terkiniDharma Harun Al RashidAniq DurarZim Zim Ala KazimNabi Ismail a.s.Bunga SaljuUEFA Euro 2024Aku Bukan UstazahMuhammad Yassin MohammadSolat sunat hari rayaNabi Ibrahim a.s.Erysha EmyraWukufWanita Milik Tuan Putra6 JahanamProjek: Anchor SPMAgak LaenOzlynn WatyAnak Perjanjian Syaitan 2Senarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSolatNafarAzahari HusinRiena DianaHaji