Perempuan Itu (drama)

Perempuan Itu merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Ain Sharif di bintangi oleh Mimi Lana, dan Zul Ariffin. [1]Siri ini memulakan tayangan perdana di Tonton bermula 1 Jun 2023.

Perempuan Itu
Genre
Ditulis olehErma Fatima
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanPerempuan - Jaclyn Victor
Lagu penutupPerempuan - Jaclyn Victor
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod30
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Citra Abdullah
  • Ain Abdullah
Penerbit
  • Ahmad Albab Abdullah
  • Ahmad Arri Abdullah
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra
Penyiaran
Saluran asalTonton
Format gambar
Format audioDolby Digital
Tayangan ulang di
TV3 (Sakura)
27 Februari 2024 — 17 April 2024
Siaran asal1 – 30 Jun 2023
StatusTamat
Kronologi
MengikutiDara & The Gang

Siri ini juga bersiaran ulangan di saluran TV3 di bawah Slot Sakura pada 27 Februari hingga 17 April 2024 menggantikan siri drama Dara & The Gang.

Sinopsis

Ibu bapa Khalish mahu dia mengambil alih Madrasah Mujahidah tetapi dia menolak kerana mempunyai impian tersendiri iaitu menjadi peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita.

Kerana takut dengan pemikiran moden Khalish, ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anak kawan rapat mereka, Emir. Walaupun pada mulanya Emir keberatan, dia meneruskan perkahwinan itu kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya.

Selepas 4 tahun berkahwin, Emir akhirnya berjaya mendapat kepercayaan dan cinta Khalish, dan mereka sedang menanti anak sulung mereka. Namun, Khalish kemudiannya mendapat tahu bahawa Emir sebenarnya mempunyai kekasih rahsia bernama Seira.

Pelakon

Pelakon utama

Penampilan khas

Pelakon pembantu

Pelakon tambahan

  • Anwar Mokles sebagai Peguam Arshad
  • Ann Mohktar sebagai Peguam Siti Nur
  • Aqil Rafiq sebagai Peguam Rafiq
  • Rose Nicotine sebagai Tina
  • Syazwani Shahnudin sebagai Maid Emir
  • Azri Sabri sebagai Jit
  • Aiman Nasir Wynne sebagai Zahir
  • Fyda Othman sebagai Dr. Munirah

Lihat juga

Kontroversi

Pada pertengahan Mac 2022, drama ini mendapat tentangan meluas tatkala pelakon Zul Ariffin mengepos satu adegannya dengan Siti Hariesa di laman Instagram-nya. Babak itu melibatkan Siti dan Zul saling berpelukan dalam gaya yang menonjol serta aksi Siti menyuap krim putar kepada Zul, lalu menerbitkan amarah orang ramai oleh kerana babak yang disifatkan keterlaluan dan lucah.[2] Selain itu, babak itu menerima selaran para agamawan Islam kerana bertentangan dengan norma tempatan, dengan tambahan bahawa drama itu dijangka bakal bersiaran pada bulan Ramadan (ini tidak berlaku).[3][4] Sementara itu, ada yang lebih bersifat menerima adegan itu dengan hujah keterbukaan minda dan pendidikan seksual.[1]

Dalam hal ini, pihak TV3 menyatakan bahawa babak itu tidak disangka mereka, dan tidak pernah diberi kelulusan.[5] Susulan itu, Zul dipanggil pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi tujuan siasatan berdasarkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.[6] Zul juga meminta maaf atas isu itu.[7] Sebagai kesudahan, pada Oktober 2022, Zul mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM30 ribu berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia oleh pihak mahkamah kerana "memuat naik kandungan bersifat sumbang".[8] Pengarah pula berkata bahawa drama ini akan diteruskan tetapi tanpa babak terkait.[9]

Rujukan