Penubuhan Singapura moden

penubuhan Singapura pada 1819 sebagai tanah jajahan mahkota

Penubuhan Singapura moden dikatakan bermula dengan penubuhan pos perdagangan Inggeris di Singapura pada tahun 1818 hingga 1819 oleh Stamford Raffles dan penubuhannya sebagai jajahan Inggeris pada tahun 1824 secara umum telah difahami sebagai tanda penubuhan Singapura kolonial,[1] penembusan dari statusnya sebagai pelabuhan pada zaman kuno semasa era Srivijaya dan Majapahit, dan kemudian, sebagai sebahagian dari Melaka dan Johor.

Perjanjian Singapura

Dengan bantuan Temenggong, Raffles menyeludup Tengku Hussein ke Singapura. Dia menawarkan untuk mengiktiraf Hussein sebagai Sultan Johor yang sah, dan memberikannya pembayaran tahunan; sebagai balasannya, Hussein akan memberikan hak kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk mendirikan pos perdagangan di Singapura.[2] Dalam perjanjian tersebut, Sultan Husain akan menerima jumlah wang tahunan 5,000 dolar Sepanyol, dengan Temenggong menerima jumlah wang tahunan sebanyak 3,000 dolar Sepanyol.[3] Perjanjian ini disahkan sebagai perjanjian rasmi yang ditandatangani pada 6 Februari 1819.[4][5]

Rujukan