Pentagram

Pentagram [pén-ta-gram] (pinjaman perkataan bahasa Yunani πεντάγραμμον pentagrammon )[1] menggabungkan πέντε pente "lima" + γραμμή grammē "garis"[2]) atau pentalfa ialah suatu bentuk bintang pecah lima terhasil daripada lima garisan yang sama jarak dan sama sudut.

Bentuk pentagram yang menunjukkan garisan yang saling terhubung.

Perlambangan

Dalam anutan agama

Bintang ini adalah simbol anutan Bahá'í[3][4] di bawah nama Haykal, penggunaan ini dimulakan oleh Báb dan Bahá'u'lláh yang sering menulis pelbagai karya berkaitan anutan ini dalam bentuk tersebut.[5][6] Ia turut digunakan sesama penganut Duruzi dalam bentuk segmen berpancawarna. Agama Kristian juga pernah menggunakan bentuk ini melambangkan lima bahagian yang terluka pada badan Yesus Kristus semasa beliau disalib.[7][8][9]

Dalam kepercayaan okultis

Individu yang berkegiatan memuja syaitan (satanisme) menggunakan pentagram Pythagoras (yang digambarkan menyentuh sebuah bulatan dengan kepala seekor kambing lalu melambangkan Baphomet.[10][11]

Rujukan