Pemuliharaan sejarah

Pemuliharaan bersejarah (b. Inggeris A.S. Historic preservation, b. Inggeris U.K. heritage preservation or heritage conservation)berusaha menjaga dan memulihara bangunan objek, bentuk muka bumi atau mana-mana artifak yang mempunyai kepentingan bersejarah. Ia merujuk secara terperinci kepada pemuliharaan persekitaran buatan yang terbina.[1]

Pelaksanaan

Penetapan kawasan bersejarah

Kawasan hutan yang tidak begitu terjejas daripada sebarang kegiatan pembangunan manusia juga boleh diwartakan di bawah milik kerajaan atau pemerintah pusat sebagai suatu taman negara.

Penguatkuasaan undang-undang

United Kingdom mempunyai pendanaan tertentu menumpukan kepada pemuliharaan tempat dan bersejarah, misalnya:

  • National Trust for Places of Historic Interest or Natural Beauty yang ditubuhkan pada tahun 1894 sebagai suatu badan danaan bukan kerajaan bebas.
  • English Heritage - ditubuhkan in 1983, untuk mengawasi keadaan sebanyak lebih 400 kawasan bersejarah yang wujud lebih ribuan tahun di England dalam suatu senarai "koleksi warisan kebangsaan" (National Heritage Collection).[2]

Amerika Syarikat pula menubuhkan badan khusus mereka untuk tujuan ini, National Trust for Historic Preservation, pada tahun 1949 denga matlamat menyediakan "pentadbiran, pendidikan, pengalakkan dan sumber untuk menyelamatkan kawasan bersejarah Amerika Syarikat yang pelbagai serta menghidupkan semula masyarakat-masyarakat [dalam negara tersebut]". Kanada memberikan peruntukkan untuk pemuliharaan kawasan bersejarahnya sendiri secara beberapa peringkat sama ada secara pusat (melalui kerajaannya), secara provinsi dan wilayah, mahupun setempat dalam lingkungan perbandaran; Heritage Canada Foundation merupakan yayasan utama mengkhusus untuk tujuan ini.

Peruntukan dalam peringkat antarabangsa juga didapati - UNESCO misalnya boleh menetapkan sesuatu muka bumi atau tapak yang mempunyai "nilai sejagat dan luar biasa dari segi sejarah, seni mahupun sains" sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah kategori "warisan budaya" berdasarkan pemaktuban yang dilakukan dalam Konvensyen Warisan Dunia UNESCO 1972.

Kerjaya berkaitan

Lihat juga

Rujukan