Pelusios castaneus

Pelusios castaneus juga dikenali sebagai Kura-kura Lumpur Barat Afrika[3] ialah spesies kura-kura dari keluarga Pelomedusidae.Menjadikan kawasan berair sebagai habitat, berasal dari Afrika Barat dan Afrika Tengah.

Pelusios castaneus
Pengelasan saintifik e
Domain:Eukaryota
Alam:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Reptilia
Order:Testudines
Keluarga:Pelomedusidae
Genus:Pelusios
Spesies:
P. castaneus
Nama binomial
Pelusios castaneus
(Schweigger, 1812)[1][2]
Sinonim[2]
  • Emys castanea Schweigger, 1812
  • Sternothaerus leachianus
    Bell, 1825
  • Pelusios castaneus
    — Wagler, 1830
  • Chelys (Sternotherus) castaneus Gray, 1831
  • Sternotherus castaneus
    — Gray, 1831
  • Sternotherus leachianus
    — A.M.C. Duméril & Bibron, 1835
  • Clemmys (Pelusios) castanea Fitzinger, 1835
  • Sternotherus derbianus
    Gray, 1844
  • Sternothaerus castaneus
    — Gray, 1856
  • Sternothaerus derbianus
    — Gray, 1856
  • Sternothaerus nigricans castaneus — Siebenrock, 1906
  • Sternothaerus nigricans var. castanea — Boulenger, 1907
  • Pelusios derbianus
    — Schmidt, 1919
  • Pelusios nigricans castaneus — Hewitt, 1927
  • Pelusios seychellensis Siebenrock, 1906
  • Pelusios subniger castaneus — Mertens, 1933
  • Pelusios castaneus castaneus Laurent, 1965
  • Pelusios castaneus derbianus — Laurent, 1965
  • Pelusios derbyanus
    Pritchard, 1967 (ex errore)

Taksonomi

Pelusios seychellensis lektotip

Gelaran Kura-kura Hitam Seychelles, Kura-kura Lumpur Seychelles, atau Kura-kura Seychelles dianggap spesies kura-kura (Pelusios seychellensis) dari keluarga Pelomedusidae, yang berasal dari Kepulauan Seychelles.[4]

Analisis genetic lectotype menunjukkan kura-kura ini bukanlah dua spesies terasing malah mereka adalah dari spesies yang sama juga, iaitu Pelusios castaneus.[4] Kemungkinan spesimen tersebut dikelirukan oleh simpanan peribadisebelum diserahkan kepada Muzium Zoologi Hamburg pada 1901, atau disalahlabel pada masa tersebut.[5]

Taburan geografi

Kura-kura ini ditemui di negara-negara Barat dan Tengah Afrika: Angola, Benin, Burkina Faso, Cameroon, Cape Verde, Republik Demokratik Congo, Republik Congo, Equatorial Guinea, Gabon, Ghana, Guinea, Guinea-Bissau, Ivory Coast, Liberia, Mali, Príncipe, Senegal, Sierra Leone, Togo. Tambahan pula, spesies ini telah diperkenalkan ke Guadeloupe.[1]

Ekologi

Haiwan ini bersifat maging dan menjadikan haiwan akuatik kecil sebagai makanan. Terdapat lima fasa dalam pemakanan; pertama kepala menuju kepada mangsa, membetulkan kedudukan kepala, mendekatkan kepala, Menyepit mangsa dengan memanipulasi dan memindahkannya ke dalam mulut, dan menyedut, menyebabkan mangsa mudah dikunyah. Fasa terakhir berubah mengikut jenis mangsa sama ada bergerak cepat, seperti ikan, atau bergerak perlahan seperti siput.[6]

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar