Pelusios bechuanicus

Pelusios bechuanicus juga dikenali sebagai Kura-kura Lumpur Okavango (Kura-kura Okavango[3]) ialah spesies kura-kura dari keluarga Pelomedusidae yang berasal dari Afrika. Merangkumi negara-negara Angola, Botswana, Republik Demokratik Congo, Namibia (Caprivi), Zambia, dan Zimbabwe.[1]

Pelusios bechuanicus
Pengelasan saintifik e
Domain:Eukaryota
Alam:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Reptilia
Order:Testudines
Keluarga:Pelomedusidae
Genus:Pelusios
Spesies:
P. bechuanicus
Nama binomial
Pelusios bechuanicus
FitzSimons, 1932[1][2]
Sinonim[2]
  • Pelusios bechuanicus FitzSimons, 1932
  • Pelusios castaneus bechuanicus Mertens, 1971
  • Pelusios bechuanicus bechuanicus Broadley, 1981

Taburan habitat

Boleh ditemui di Afrika, Angola tengah, timur laut Namibia, utara Botswana, Zimbabwe, dan Zambia [4]

Ciri-ciri

Kura-kura ini ialah spesies terbesar dari genus Pelusios. Karapasnya bujur dan berbentuk kubah tinggi, hampir bulat menyebabkan ia kelihatan seperti batu licin.[4] Berwarna hitam, dengan warna kekuningan di sisi. Plastronnya memiliki engsel serta boleh memasukkan keseluruhan bahagian badannya.[4]

Biologi

Kura-kura ini sering dtemui di kawasan air yang tenang, jernih dan dalam, terutamanya di tempat yang mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan.[4] Mereka bersifat semi-aquatik dan berada di dalam air sepanjang tahun. Mereka hanya keluar dari air semasa musim kering[4] dan untuk bertelur. Musim mengawan tiba semasa musim panas tiba di kawasan selatan dengan sarang telurnya dibina agak besar, boleh menempatkan antara 20 dan 50 biji telur.[4] Haiwan ini sering menjadi mangsa shoe-billed stork.[4]

Rujukan

Bibliografi