Pelusios adansonii

Pelusios adansonii juga dikenali sebagai Kura-kura Lumpur Adanson ialah spesies kura-kura dari keluarga Pelomedusidae. Spesies ini berasal dari Afrika tengah.[3]

Pelusios adansonii
Pengelasan saintifik e
Domain:Eukaryota
Alam:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Reptilia
Order:Testudines
Keluarga:Pelomedusidae
Genus:Pelusios
Spesies:
P. adansonii
Nama binomial
Pelusios adansonii
(Schweigger, 1812)[1][2]
Sinonim[2]
  • Emys adansonii
    Schweigger, 1812
  • Chelys (Hydraspis) adamsonii
    Gray in Griffith & Pidgeon, 1831
    (ex errore)
  • Hydraspis adansonii
    — Gray, 1831
  • Pentonyx andansonii
    A.M.C. Duméril & Bibron, 1835
    (ex errore)
  • Pelomedusa adansonii
    — Gray, 1844
  • Sternotherus adansonii
    — A.M.C. Duméril & Bibron in
    A.M.C. Duméril & A.H.A. Duméril, 1851
  • Sternothaerus adansonii
    — Gray, 1856
  • Pentonyx adansonii
    — Boulenger, 1889
  • Pelusios adansonii
    — Schmidt, 1919
  • Pelusios adansoni
    Mertens, L. Müller & Rust, 1934
    (ex errore)
  • Pelusios adansonii adansonii
    — Wermuth & Mertens, 1977
  • Pelusios adansoni adansoni
    — Obst, 1985

Taksonomi dan etimologi

August Friedrich Schweigger merekodkan penemuan haiwan ini pada tahun 1812, berdasarkan bangkai yang ditemui di Senegal oleh pakar botani Perancis, Michel Adanson. Schweigger menamakan spesies ini sebagai Emys andansonii.[4][5]

Taburan geografi

P. adansonii boleh ditemui di Benin, Cameroon, dan Republik Afrika Tengah, Chad, Ethiopia, Mali, Mauritania, Niger, Nigeria, Senegal, Sudan Selatan, dan Sudan.[1] Terdapat tiga populasi berbeza dalam taburan kawasan tersebut.[1]

Status Pemuliharaan

Walaupun kura-kura ini bukan disenaraikan sebagai haiwan terancam, pemusnahan habitat (disebabkan pembukaan kawasan pertanian) dan perburuan haram oleh manusia perlahan-lahan mengurangkan populasi mereka.[4][6] Aktiviti perburuan tetap berlaku walaupun undang-undang tempatan diperkenalkan oleh negara-negara terlibat.[4]

Ciri-ciri

Mempunyai saiz yang sederhana. Panjang cangkerang boleh mencapai hingga 238 mm (9.4 in) serta memiliki permukaan yang tajam dan tidak rata, berwarna coklat gelap. Bahagian hadapan, (plastron) pula berwarna kekuningan.[6]

Diet

Haiwan ini bersifat maging.[3] Menjadikan ikan, amfibia kecil dan siput sebagai makanan[3]

Rizab khas

Terdapat sebuah rizab khas bagi kura-kura liar ini. Mereka ditempatkan di kawasan berair barat laut Tasik Guiers di utara Senegal yang berkeluasan 750 ekar (1.17 bt2). Kawasan ini dibuat khas oleh Turtle Survival Alliance (TSA Afrika) dengan sokongan Kementrian Alam Sekitar dan Perlindungan Senegal.[7]

Rujukan

Pautan luar

Bacaan lanjut

  • Schweigger [AF] (1812). "Prodromus Monographia Cheloniorum ". Königsberger Archiv für Naturwissenschaft und Mathematik 1: 271-368, 406-458. (Emys adansonii, new species, pp. 308–309). (in Latin).