Pecah periuk

genus tumbuhan

Pecah periuk, jarum-jarum, jejarum, siantan, seganding atau seganding jantan ialah sejenis pokok renek berbunga dalam genus Ixora[3][4] keluarga Rubiaceae.[1] Genus ini mempunyai 544 spesies.[2] Pokok renek ini didapati di kawasan tropika dan subtropika seluruh dunia, terutamanya India.

Pecah periuk
Jejarum
Ixora coccinea
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Ixoroideae
Tribus:
Ixoreae
Genus:
Ixora
Spesies jenis
Ixora coccinea
Spesies

sekitar 544 spesies, lihat teks

Sinonim[1][2]
Senarai
    • Becheria Ridl.
    • Bemsetia Raf.
    • Captaincookia N.Hallé
    • Charpentiera Vieill.
    • Doricera Verdc.
    • Hitoa Nadeaud
    • Myonima Comm. ex A.Juss.
    • Panchezia Montrouz.
    • Patabea Aubl.
    • Schetii Adans.
    • Siderodendrum Schreb.
    • Sideroxyloides Jacq.
    • Thouarsiora Homolle ex Arènes
    • Tsiangia H.H.Hsue & P.T.Li
    • Versteegia Valeton

Pokok ini banyak ditanam di kawasan perumahan serta taman-taman, dan juga sesuai untuk dijadikan tanaman pagar.

Penamaan

Nama jarum-jarum (Jawi: جاروم٢) dan jejarum (Jawi: ‏ججاروم‎‎) diberikan kerana stigma bunganya yang nipis seperti jarum.[5]:284–285

Botani

Tingginya pokok pecah periuk sehingga tiga meter. Batangnya berwarna perang dan liat, dan daunnya berbentuk bujur. Saiz daun untuk Ixora javanica adalah lebih besar iaitu 12-20 sentimeter panjang dan 4-6 sentimeter lebar, berbanding dengan daun Ixora coccinea yang hanya berukuran 7-10 sentimeter panjang dan 3-5 sentimeter lebar.

Bunga pokok ini besar dan berjambak-jambak di hujung dahan. Warna bunga untuk kedua-dua spesies termasuk merah, jingga, kuning, dan merah jambu. Walau bagaimanapun, spesies Ixora coccinea juga mempunyai bunga putih.

Buahnya berwarna hijau dan menjadi merah apabila masak.

Penanaman

Spesies-spesies tumbuhan Ixora lebih suka tanah berasid dan merupakan pilihan sesuai untuk bonsai.

Spesies terpilih

  • Ixora chinensis
  • Ixora coccinea yang berasal dari Hindia Timur, tetapi kini juga boleh didapati di Malaysia dan Indonesia
  • Ixora javanica yang berasal dari Malaysia dan Indonesia

Kegunaan

Bunga pokok ini yang berwarna merah biasanya digunakan dalam upacara sembahyang agama Hindu dan dalam membuat ubat-ubatan masyarakat orang India.

Galeri

Rujukan

Pautan luar