Paul si sotong peramal

Paul si sotong peramal adalah seekor sotong yang dikatakan dapat meneka dengan tepat keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan, selalunya dalam perlawanan yang melibatkan pasukan Jerman. Sotong yang dipelihara dalam akuarium dilaporkan dapat menelek nasib pasukan bola sepak Jerman sebanyak 7 kali dan berkesudahan Jerman kalah kepada Sepanyol tetapi menang dengan Uruguay untuk memperoleh tempat ketiga. Paul bersara sebaik sahaja Piala Dunia 2010 berakhir.

Paul si Sotong Peramal

Paul si Sotong di dalam akuariumnya
SpesiesOctopus vulgaris
JantinaJantan
Lahir2008
Weymouth, Dorset, England, Great Britain
Mati26 Oktober 2010 (usia 2 tahun)
Oberhausen, Jerman
PekerjaanPeramal
Dikenali keranaMeramal keputusan perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Jerman
PemilikPusat Hidupan Laut
Penjaga akuarium: Oliver Walenciak

Kehidupan awal

Paul menetas dari telurnya di Pusat Hidupan Laut Weymouth, England sebelum dipindahkan ke cawangannya di Oberhausen, Jerman.[1] Nama Paul diambil sempena tajuk sebuah sajak oleh penulis buku kanak-kanak Jerman, Boy Lornsen: Der Tintenfisch Paul Oktopus.[2][3] Menurut pengarah hiburan Pusat Hidupan Laut, Daniel Fey, Paul sudah pun menunjukkan kepintarannya sejak kecil lagi:

Terdapat sesuatu mengenai cara ia melihat para pengunjung kami semasa mereka datang melihat ke dalam tangkinya. Ia begitu luar biasa, jadi kami cuma mencari apa bakat semula jadinya.[3]

Paul dijangkakan akan mati sebelum kejohanan UEFA Euro 2012, memandangkan sotong kurita seperti Paul biasanya mempunyai jangka hayat purata tidak melebihi dua tahun. Penjaganya berkata selepas ini tiada ramalan akan dilakukan, sekaligus menyaksikan Paul "bersara".[4]

Teknik ramalan

Dua kotak plastik yang diberikan kepada Paul.

Sotong ini diletakkan dalam sebuah akuarium. Di dalamnya ada dua kotak bendera iaitu bendera Jerman dan bendera pasukan lawan; kedua-dua kotak tersebut berisi makanan. Kotak pertama yang dipeluknya itu dikatakan mewakili pasukan yang diramalkan akan menang.[5] Sebelum ini Paul juga pernah digunakan untuk meramal keputusan perlawanan bola sepak UEFA Euro 2008,[1][3][6] di mana 4 daripada 6 ramalannya yang melibatkan pasukan Jerman adalah tepat. Rekod ketepatan 100% ramalan keputusan Piala Dunia 2010 menjadikan Paul seekor haiwan selebriti.[1]

Keputusan

Piala Dunia FIFA 2010

Paul setakat ini sudah pun meramal pemenang bagi tujuh perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 yang melibatkan pasukan Jerman setakat ini,[7] iaitu perlawanan menentang Australia, Serbia, Ghana, England, Argentina, Sepanyol dan Uruguay. Ramalannya yang mengatakan pasukan Argentina akan kalah menyebabkan chef berbangsa Argentina bernama Nicolas Bedorrou menjadi marah dan menghantar resepi masakan sotong kurita di laman Facebook.[1]

Memang ramai orang yang mahu makan sotong kami tapi dia tidak malu dan kami berada di sini untuk menjaganya. Dia akan bertahan.

— Oliver Walenciak (penjaga Paul)[8]

Paul dengan tepat telah meramal keputusan peringkat separuh akhir, dengan meramalkan bahawa Sepanyol akan menang. Penyokong Jerman pada awalnya berharap agar ramalannya itu tidak tepat sebagai mana semasa perlawanan akhir UEFA Euro 2008 tetapi malang sekali mereka dikecewakan dengan ramalan yang tepat itu.[9] Ramalan tersebut membawa kepada ugutan bunuh memandangkan ada di kalangan penyokong Jerman yang mahu Paul dimasak dan dimakan.[10][11] Sebagai tindak balas, Perdana Menteri Sepanyol Jose Zapatero sambil bergurau menawarkan untuk menyediakan perlindungan rasmi buat Paul, manakala Menteri Industri Miguel Sebastian menawarkan kediaman yang selamat untuk Paul di Sepanyol.[12][13]

Keputusan yang melibatkan Jerman

Paul dalam tangkinya
LawanPerlawananPeringkatTarikhRamalanKeputusanKesimpulan
PolandEuro 2008Peringkat kumpulan8 Jun 2008Jerman2–0Tepat
CroatiaEuro 2008Peringkat kumpulan12 Jun 2008Jerman[1][14]1–2Tidak tepat
AustriaEuro 2008Peringkat kumpulan16 Jun 2008Jerman1–0Tepat
PortugalEuro 2008Suku akhir19 Jun 2008Jerman3–2Tepat
TurkiEuro 2008Separuh akhir25 Jun 2008Jerman3–2Tepat
SepanyolEuro 2008Akhir29 Jun 2008Jerman[1]0–1Tidak tepat
AustraliaPiala Dunia 2010Peringkat kumpulan13 Jun 2010Jerman[15]4–0Tepat
SerbiaPiala Dunia 2010Peringkat kumpulan18 Jun 2010Serbia[15]0–1Tepat
GhanaPiala Dunia 2010Peringkat kumpulan23 Jun 2010Jerman[15]1–0Tepat
EnglandPiala Dunia 2010Pusingan 16 pasukan27 Jun 2010Jerman[16]4–1Tepat
ArgentinaPiala Dunia 2010Suku akhir3 Julai 2010Jerman[8]4–0Tepat
SepanyolPiala Dunia 2010Separuh akhir7 Julai 2010Sepanyol[17]0–1Tepat
UruguayPiala Dunia 2010Penentuan tempat ke-310 Julai 2010Jerman[18]3–2Tepat

Keputusan yang tidak melibatkan Jerman

PasukanPerlawananPeringkatTarikhRamalanKeputusanKesimpulan
Belanda vs. SepanyolPiala Dunia 2010Akhir11 Julai 2010Sepanyol[19]0–1Tepat

Kematian

Pada 26 Oktober 2010, Paul menghembuskan nafas terakhir dalam tidurnya, menurut Stefan Porwoll, pengurus Pusat Hidupan laut di Jerman.[20]

Sudah diduga bahawa Paul akan mati sebelum kejohanan UEFA Euro 2012, kerana sotong kurita biasa biasanya tidak hidup lebih lama daripada tiga tahun. Selepas Piala Dunia 2010, pemilik Paul, Julie McDee mengumumkan persaraannya sebagai peramal.[21][22]

Rujukan

Lihat juga