Paul Scholes

footballer

Paul Aaron Scholes (lahir 16 November 1974) merupakan seorang pemain bola sepak England yang menghabiskan kerjayanya di Manchester United. Scholes yang sudah bersara dari Manchester United sebanyak dua kali digelar salah satu daripada pemain tengah terbaik dalam generasi beliau,[1] dan telah kerap kali menerima pujian untuk kesederhanaan dan sikapnya untuk permainan itu.[2]

Paul Scholes
Maklumat peribadi
Nama penuhPaul Aaron Scholes
Ketinggian1.70 m (5 ka ​6 78 in)
Posisi permainanPemain tengah
Kerjaya remaja
1991–1993Manchester United
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
1993–2013Manchester United720(155)
Pasukan kebangsaan
1997–2004England66(14)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18:50, 19 Mei 2013 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22:02, 30 Januari 2008 (UTC)

Awal Kehidupan

Paul Scholes dilahirkan Hospital Hope, Salford, United Kingdom. Beliau ialah anak kepada Martha dan Stewart Scholes. Ketika Scholes berumur 18 bulan, keluarga Scholes berpindah ke Kawasan Langley, Middleton, Manchester Raya di mana mereka tinggal di Bowness Road sebelum berpindah ke Talkin Drive.[3] Dia memulakan alam persekolahan di St. Mary's RC Primary School di Langley. Pasukan pertama yang diwakilinya ialah Langley Furrows. Beliau juga pemain kriket yang cemerlang. Pada usia 14 tahun, dia mula berlatih bersama Manchester United. Kemudian beliau menjadi pelatih dalam akademi setelah meninggalkan Sekolah Tinggi Roman Katolik Cardinal Langley. Sebelum beliau menamatkan persekolahan, beliau mewakili Sekolah-sekolah United Kingdom dalam bola sepak.

Anugerah

Manchester United (1994 – kini)

  • Liga Perdana Inggeris (7) - 1995-96, 1996-97, 1998-99, 1999-00, 2000-01, 2002-03, 2006-07, 2007-08, 2008-09, 2010-11, 2012-13
  • Piala F.A. (3) - 1996, 1999, 2004
  • Piala Liga (1) - 2006
  • Liga Juara-Juara Eropah (2) - 1999, 2008
  • Piala Antara Benua (1) - 1999
  • Piala Perisai Komuniti (5) - 1994, 1996, 1997, 2003, 2007
  • Piala Dunia Kelab FIFA (1) - 2008

Gelaran Peribadi

  • Barclays Pemain Terbaik Bulanan untuk bulan Oktober 2006.
  • Pasukan Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris: 2006-07

Trivia

  • Paul Scholes merupakan peminat pasukan Oldham Athletic dan kelibatnya dapat dilihat ketika kelab tersebut bermain di laman sendiri sekiranya masanya tidak bertembung dengan komitmennya kepada Manchester United. Kadangkala dia menyebut mahu menamatkan kariernya di Oldham Athletic[4]
  • Paul juga merupakan ahli Trust Oldham[5], sebuah yayasan peminat yang ditubuhkan oleh peminat Oldham Athletic.
  • Paul Scholes merupakan penghidap asma. ref

Rujukan

Pautan luar