Pasitan

Pasitan (Latin: Inquisitio) merujuk kepada proses undang-undang (tatacara pasitan) atau institusi-institusi yang ditubuhkan oleh Gereja Roman Katolik dan kadang-kala juga oleh pemerintah-pemerintah sekular bagi membendung kegiatan-kegiatan bidaah.[1] Dimulakan di Perancis pada abad ke-12 bagi mencegah pertentangan agama, terutamanya terhadap golongan Katarisme dan Waldens. Kumpulan-kumpulan lain yang kemudiannya disiasat termasuklah Fraticelli, Hus (pengikut Jan Hus) dan Beguine. Bermula pada 1250-an, para pegawai pasitan secara umumnya dipilih daripada Darjah Dominika, menggantikan amalan lebih awal yang menggunakan rohaniwan tempatan sebagai hakim.[2] Istilah Pasitan Zaman Pertengahan meliputi institusi mahkamah ini sehingga pertengahan abad ke-15.

Lambang Pasitan Sepanyol.

Kecuali Negeri-negeri Paus, institusi Pasitan dihapuskan pada awal abad ke-19, selepas Perang Napoleon di Eropah dan perang kemerdekaan Amerika Sepanyol di benua Amerika. Institusi tersebut terselamat sebagai sebahagian daripada Kuria Rom tetapi pada tahun 1908 ia dinamakan semula kepada "Jemaah Kudus Agung Pejabat Suci". Pada tahun 1965, ia menjadi Jemaah Doktrin Iman.[3]

Rujukan

Petikan
Bibliografi

Pautan laur