Parti Buruh Australia

Parti Buruh Australia atau Australian Labor Party (ALP) merupakan sebuah parti politik Australia.

Parti Buruh Australia
PemimpinBill Shorten
PresidenMark Butler
Ditubuhkan1891
Ibu pejabatCentenary House
19 National Circuit
Barton ACT 2600
IdeologiSosialisme demokratik,
Demokrasi sosial,
Jalan Ketiga
Kedudukan politikBerhaluan Tengah-Kiri
Penggabungan antarabangsaSocialist International
Laman sesawang
www.alp.org.au

Parti ini ditubuhkan pada tahun 1891 melalui kebangkitan pergerakan buruh Australia dan merupakan parti politik kebangsaan aktif tertua yang bertanding bagi kerusi dalam Pilihan raya Kebangsaan Australia 1901 selepas penubuhan persekutuan Australia. Parti ini kini bersaing dengan gabungan Parti Liberal Australia/Parti Nasional Australia bagi jawatan politik, terutama pada kerusi persekutuan dan negeri. Parti Buruh telah menjadi parti pembangkang sejak pilihan raya Australia 1996 selepas memegang kerajaan Australia sejak 1983. Parti Buruh telah menguasai kerajaan bagi kesemua enam negeri dan kedua-dua jajahan tanah besar sejak 6 Mac 2002, sebulan selepas pilihan raya legislatif Australia Selatan.

Pencapaian

Parti Buruh memenangi pilihan raya persekutuan 2007 yang berlangsung tanggal 24 November 2007, pimpinan parti ketika itu diketuai oleh Kevin Rudd, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Australia ke-26 selepas memenangi pilihan raya tersebut dan menamatkan kemarau 14 tahun gagal dalam mendapat mandat dari rakyat. Kali terakhir melalui pilhan raya persekutuan 1996. Tahun 2007 juga menunjukkan kecemerlangaan Parti Buruh memegang kuasa eksekutif pada semua peringkat secara serentak.

Polisi

Parti Buruh Australia ialah sebuah parti politik yang penting dalam bidang politik Australia. Sejak dahulu kebanyakan pengundi yang menyokong Parti Buruh Australia, atau biasanya dipanggil sebagai Buruh sahaja, terdiri dari kaum buruh dan kaum miskin. Biasanya kaum kaya dan ahli perniagaan kecil dan besar lebih suka menyokong Parti Liberal.

Kaitan antara Parti Buruh dengan Gerakan Kesatuan Sekerja sejak dahulu sangat rapat. Ramai ahli parlimen yang juga anggota Buruh pernah menjadi pegawai Kesatuan Sekerja sebelum memasuki Parlimen.

Keputusan Pilihan raya perseketuan

Pilihan rayaPemimpinKerusi dimenangi±Jumlah undian%Kedudukan
1901Chris Watson
14 / 75
1479,73615.76%Ketiga
1903
22 / 75
7223,16330.95%Ketiga
1906
26 / 75
4348,71136.64%Kerajaan minoriti
1910Andrew Fisher
42 / 75
16660,86449.9%Kerajaan majoriti
1913
37 / 75
5921,09948.47%Pembangkang
1914
42 / 75
5858,45150.89%Kerajaan minoriti
1917Frank Tudor
22 / 75
20827,54143.94%Pembangkang
1919
26 / 75
4811,24442.49%Pembangkang
1922Matthew Charlton
29 / 75
3665,14542.30%Pembangkang
1925
23 / 75
61,313,62745.04%Pembangkang
1928James Scullin
31 / 75
81,158,50544.64%Pembangkang
1929
46 / 75
151,406,32748.84%Kerajaan majoriti
1931
14 / 75
32859,51327.10%Pembangkang
1934
18 / 74
4952,25126.81%Pembangkang
1937John Curtin
29 / 74
111,555,73743.17%Pembangkang
1940
32 / 74
31,556,94140.16%Pembangkang
Kerajaan minoriti
1943
49 / 74
172,058,57849.94%Kerajaan majoriti
1946Ben Chifley
43 / 75
62,159,95349.71%Kerajaan majoriti
1949
47 / 121
42,117,08845.98%Pembangkang
1951
52 / 121
52,174,84047.63%Pembangkang
1954H.V. Evatt
57 / 121
52,280,09850.03%Pembangkang
1955
47 / 122
101,961,82944.63%Pembangkang
1958
45 / 122
22,137,89042.81%Pembangkang
1961Arthur Calwell
60 / 122
152,512,92947.90%Pembangkang
1963
50 / 122
102,489,18445.47%Pembangkang
1966
41 / 124
92,282,83439.98%Pembangkang
1969Gough Whitlam
59 / 125
182,870,79246.95%Pembangkang
1972
67 / 125
83,273,54949.59%Kerajaan majoriti
1974
66 / 127
13,644,11049.30%Kerajaan majoriti
1975
36 / 127
303,313,00442.84%Pembangkang
1977
38 / 124
23,141,05139.65%Pembangkang
1980Bill Hayden
51 / 125
133,749,56545.15%Pembangkang
1983Bob Hawke
75 / 125
244,297,39249.48%Kerajaan majoriti
1984
82 / 148
74,120,13047.55%Kerajaan majoriti
1987
86 / 148
44,222,43145.76%Kerajaan majoriti
1990
78 / 148
83,904,13839.44%Kerajaan majoriti
1993Paul Keating
80 / 148
24,751,39044.92%Kerajaan majoriti
1996
49 / 148
314,217,76538.69%Pembangkang
1998Kim Beazley
67 / 148
184,454,30640.10%Pembangkang
2001
65 / 150
24,341,42037.84%Pembangkang
2004Mark Latham
60 / 150
54,408,82037.63%Pembangkang
2007Kevin Rudd
83 / 150
235,388,18443.38%Kerajaan majoriti
2010Julia Gillard
72 / 150
114,711,36337.99%Kerajaan minoriti
2013Kevin Rudd
55 / 150
174,311,36533.38%Pembangkang
2016Bill Shorten
69 / 150
144,702,29634.73%Pembangkang
2019
66 / 151
TBDTBDPembangkang

Bibliografi

Rujukan

Pautan luar