Suhaimi Mohd Zain

Penggubah lagu dan penerbit rakaman Malaysia
(Dilencongkan dari Pak Ngah)

Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah (26 September 1958 – 25 September 2018)[1][2] merupakan seorang penggubah lagu dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau terkenal dengan memperjuangkan muzik Irama Malaysia setelah diperkenalkan oleh Bidunita Negara Datuk Sharifah Aini ke arus perdana melalui lagu Nostalgia Aidilfitri (1993). Setelah itu karya beliau banyak dipersembahkan oleh penyanyi terkenal termasuk Noraniza Idris, Datuk Jamal Abdillah, Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Syura Badron.[3]

Datuk
Suhaimi Mohd Zain/Pak Ngah
Panglima Jasa Negara,Johan Setia Mahkota
Latar belakang
Nama lahirSuhaimi bin Mohd Zain
Kelahiran(1958-09-26)26 September 1958
Kampung Baru, Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia25 September 2018(2018-09-25) (umur 59)
Tanjung Pinang, Indonesia
PekerjaanPenggubah lagu, penerbit rakaman
InstrumenAkordion
Tahun aktif1986–2018
Pengkarya berkait
Sharifah Aini, Noraniza Idris, Siti Nurhaliza, Syura Badron

Beliau telah meninggal dunia di Tanjung Pinang, Indonesia pada 25 September 2018 akibat serangan jantung, sehari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-60.[4]

Kehidupan awal

Pak Ngah dilahirkan pada 26 September 1958 di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua dan anak lelaki tunggal dalam keluarga dari lima adik-beradik. Setelah tamat peperiksaan MCE ketika itu, Pak Ngah telah ditawarkan sebagai pemuzik sepenuh masa di Kompleks Budaya Negara (KBN) sekitar tahun 1977 iaitu ketika berumur 19 tahun. Semasa di KBN, beliau mengambil peluang untuk mempelajari seni muzik dengan lebih mendalam. Ketika inilah beliau berpeluang menyertai pelbagai kelas muzik tradisional.[1]

Kerjaya muzik

Pak Ngah memulakan kerjaya awal sebagai pereka bunyi pada 1987. Beliau menubuhkan syarikat rakaman sendiri Pak Ngah Production Sdn. Bhd. pada 26 Oktober 1995.[5] Pak Ngah mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai komposer dan penulis lirik pertama yang layak dalam kategori Irama Malaysia apabila tiga lagunya—"Hati Kama", "Samrah Mentari" dan "Dondang Dendang" dipertandingkan menerusi Anugerah Juara Lagu 1999 yang melayakkan beliau memenangi kategori itu.

Beliau juga menerbitkan album Ala Dondang nyanyian Noraniza Idris pada tahun 1997. Pak Ngah kemudian menerbitkan album ketiga Siti Nurhaliza, Cindai yang dikeluarkan pada 17 November 1997. Album itu mendapat mendapat pengiktirafan lima platinum pada tahun 2000 atas penjualan melebihi 250,000 unit.[6]

Allahyarham juga pencipta lagu patriotik "Jalur Gemilang". Pak Ngah juga merupakan penerbit album Seri Balas oleh Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza.[7] Beliau kembali bekerjasama dengan Siti menerusi lagu "Hari Kemenangan" yang dikeluarkan pada Jun 2016, semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.[8][9] Pada tahun 2017, Pak merupakan juri yang mewakili Malaysia dalam D'Academy Asia musim ketiga.[10]

Kematian dan legasi

Pada 21 September 2018, beliau bersama keluarganya Isteri Datin Sharifah Mahani Syed Kassim Barakhbah serta anak Siti Syafrina ,Megat Mohd Syahraini dan anak saudara Puteri Syazwani telah pergi ke Tanjung Pinang , Indonesia untuk bercuti.[4] Pada 25 September, beliau telah menghadapi serangan jantung lalu meninggal dunia pada jam 3:05 petang di Tanjung Pinang, Batam,[11] sehari sebelum ulang tahun kelahirannya ke-60 pada 26 September 2018.[1][12][4] Jenazah beliau selamat tiba di Terminal Feri Pasir Gudang, Pasir Gudang, pada 10.18 pagi 26 September sebelum tiba di Masjid Jamek Kampung Baru kira kira jam 3.10 petang untuk disembahyangi.[4][13] Kemudian, jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang selepas solat Asar. Turut hadir ketika pengebumian jenazah Pak Ngah ialah Dato' Sri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Syura, Nassier Wahab, Datuk Jalaluddin Hassan dan beberapa rakan artis.[4]

Pak Ngah merupakan individu yang amat dikenali dalam industri hiburan Malaysia terutamanya bagi penggiat Irama Malaysia. Pada 29 September 2018, Harian Metro menyenaraikan 10 karya unggul ciptaan beliau yang dinyanyikan oleh 10 penyanyi terkenal bagi menghargai sumbangan beliau dalam bidang muzik.[14]

Diskografi

Album terbitan

Filemografi

Dokumentari

Televisyen

  • D'Academy Asia musim pertama (2015) sebagai juri
  • D'Academy Asia musim kedua (2016)
  • D'Academy Asia musim ketiga (2017)

Anugerah

TahunAnugerahPenerimaKarya tercalonAnugerahKeputusan
1997Anugerah Industri Muzik ke-4dipersembahkan oleh Noraniza Idris ;

Penerbit: S. Atan/Suhaimi Md. Zain

Ala DondangAlbum Pop Etnik TerbaikMenang
1998Anugerah Juara Lagu ke-13


Nyanyian :Siti Nurhaliza

Komposer:Pak Ngah

Lirik:Hairul Anuar Harun

"Cindai"Juara Kategori Irama Malaysia
Pemenang Keseluruhan
1998Anugerah Industri Muzik ke-5dipersembahkan oleh Noraniza Idris ;

Penerbit: Suhaimi Md. Zain

Masyhur (album)Album Pop Etnik Terbaik
1999Anugerah Juara Lagu


Nyanyian :Siti Nurhaliza &Noraniza Idris

Komposer:Pak Ngah

Lirik:Hairul Anuar Harun


"Hati Kama"Juara Kategori Irama Malaysia
2000Anugerah Juara Lagu ke-15


Nyanyian :Siti Nurhaliza

Komposer:Pak Ngah

Lirik:Hairul Anuar Harun

"Balqis"Juara Kategori Etnik Kreatif


Pemenang Keseluruhan

Menang
2000Anugerah Industri Muzik ke-7


dipersembahkan oleh Noraniza Idris & Siti Nurhaliza ;

Penerbit: Suhaimi Md. Zain

Seri BalasAlbum Terbaik & Album Pop Etnik TerbaikMenang
2001Anugerah Industri Muzik ke-8dipersembahkan oleh Siti Nurhaliza ;

Penerbit: Suhaimi Md. Zain,S Atan/To'ki/Rosli Selasih

SahmuraAlbum Pop Etnik TerbaikMenang
2002Anugerah Juara Lagu ke-17


Nyanyian :Siti Nurhaliza

Komposer:Pak Ngah

Lirik:Che'kem

NirmalaJuara Kategori Etnik Kreatif

Juara Persembahan Terbaik

Menang
2007Anugerah Industri Muzik ke-14dipersembahkan oleh Syura ;

Penerbit: Pak Ngah, Eddie Hamid

Syahda BerdendangAlbum Pop Etnik TerbaikMenang
2009Anugerah Industri Muzik ke - 16dipersembahkan oleh Siti Nurhaliza ;

Penerbit: Siti Nurhaliza/Johari Teh/Johan Nawawi/Katon Bagaskara/M. Nasir/Khairil Johari Johar/Adnan Abu Hassan/Zul Mahat/S Atan/Fauzi Marzuki/Pak Ngah

Lentera TimurAlbum Pop Etnik TerbaikMenang

Rujukan

Pautan luar