Padmaavat

Padmaavat merupakan sebuah filem epik dan sejarah India tahun 2018 yang diarahkan oleh Sanjay Leela Bhansali. Sedikit sebanyak berdasarkan sajak epik Padmavat oleh Malik Muhammad Jayasi, ia dibintangi oleh Deepika Padukone sebagai Rani Padmavati, seorang permaisuri Rajput yang cantik dan juga merupakan isteri kepada Maharawal Ratan Singh, lakonan Shahid Kapoor. Watak Sultan Alauddin Khilji, pula dipegang oleh Ranveer Singh, selain turut menampilkan pelakon seperti Aditi Rao Hydari, Jim Sarbh, Raza Murad, dan Anupriya Goenka sebagai watak pembantu.[2][6]

Padmaavat
PengarahSanjay Leela Bhansali
Penulis
  • Sanjay Leela Bhansali
  • Prakash Kapadia
Cerita olehMalik Muhammad Jayasi
BerdasarkanPadmavat oleh
Malik Muhammad Jayasi[2]
Dihasilkan oleh
  • Sanjay Leela Bhansali
  • Sudhanshu Vats
  • Ajit Andhare
Dibintangi
SinematografiSudeep Chatterjee
Disunting oleh
  • Jayant Jadhar
  • Sanjay Leela Bhansali
  • Akiv Ali
Muzik oleh
  • Sanjay Leela Bhansali
  • Sanchit Balhara
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 25 Januari 2018 (2018-01-25)[1]
Masa tayangan
163 minit[3]
NegaraIndia
BahasaHindi
Bajet215 crore[4]
(AS$33 million)
Pecah panggung585 crore[5]
(AS$89.8 million)

Dengan bajet produksi sebanyak 2.15 bilion (AS$32 juta), Padmaavat merupakan salah satu filem termahal India.[7][8][9] Pada awalnya, ia dicadang untuk ditayangkan pada 1 Disember 2017, namun Padmavat berhadapan dengan pelbagai kontroversi sehingga memaksa penayangannya ditangguhkan. Pada bulan Disember, Lembaga Pusat Pensijilan Filem India telah meluluskan filem ini dengan beberapa perubahan termasuklah memasukkan beberapa penafian dan perubahan judul.[10][11] Padmaavat telah dijadualkan semula untuk tayangan pada 25 Januari 2018 dalam format 2D, 3D dan IMAX 3D, menjadikan ia filem India pertama dalam format IMAX 3D.[12]

Padmaavat menerima kritikan bercampur. Pujian diberikan keatas visual, sinematografi dan lakonan Ranveer Singh sebagai Khilji, namun dikritik mengenai beberapa perkara termasuk aspek dalam adat istiadat patriarki regresif.[13] Pengkritik juga tidak menyukai watak Khilji yang sering digambarkan sebagai raja Islam yang kejam dan Ratan Singh sebagai raja Hindu yang adil.[14][15][16][17][18][19][20] Walaupun tidak ditayangkan di beberapa buah negeri dalam India, ia mencatat keuntungan melebihi 5.85 bilion (AS$87 juta) menjadikannya salah satu filem India dengan pendpatan tertinggi sepanjang masa.[21][22]

Pelakon

Tayangan di Malaysia

Pada 29 Januari 2018, Lembaga Penapisan Filem Malaysia mengharamkan filem ini kerana kepekaan unsur-unsur kepada orang Islam.[23]

Rujukan

Pautan luar