Pacat Kepala Merah
Pacat Kepala Merah (Erythropitta granatina) adalah satu spesies burung dari keluarga Pittidae. Ia boleh ditemui di Brunei, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Singapura, dan Thailand. Habitat aslinya adalah hutan tanah rendah lembab tropika atau sub-tropika. Ia kini terancam ekoran kehilangan habitat. Spesies yang ditemui di Sabah, Malaysia telah diasingkan dan dikenali sebagai Pacat Jambul Hitam (Erythropitta ussheri).
Pacat Kepala Merah | |
---|---|
![]() | |
Dewasa(kiri) dan anak muda (kanan) | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Passeriformes |
Keluarga: | Pittidae |
Genus: | Erythropitta |
Spesies: | E. granatina |
Nama binomial | |
Erythropitta granatina (Temminck, 1830) | |
Sinonim | |
Pitta granatina |
Diet
Pacat Kepala Merah adalah burung pemakan serangga. Dietnya adalah semut, ulat kayu dan kumbang.
Ciri-ciri
Pacat Kepala Merah mempunyai saiz sepanjang 17 sm. Kepalanya berwarnya merah dengan jalur biru terang pada keningnya dan atas kepala berwarna merah. Dadanya berwarna biru tua di bahagian atas, dan merah gincu di bahagian bawah. Belakang dan sayapnya berwarna biru muda. Pacat remaja kebanyakan berwarna perang (lihat ilustrasi).
Pembiakkan
Pasangan akan mengawan antara bulan Mac hingga Ogos. Satu pasangan akan bertelur sebanyak dua biji.
Status
Pacat Kepala Merah dianggap sebagai Hampir Terancam berdasarkan senarai merah IUCN. Habitat aslinya terancam ekoran pembalakan haram dan kebakaran hutan.