Osman Kering

Pelakon dan pelawak veteran Malaysia (1954-2012)

Osman bin Kassim (1954 – 29 Jun 2012)[1] atau lebih dikenali sebagai Osman Kering merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia, berasal dari Bachok, Kelantan.

Osman Kering
Kelahiran
Osman bin Kassim

1954 (1954)
Meninggal dunia29 Jun 2012(2012-06-29) (umur 57–58)
Sebab kematianBatuk kering
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1979–2012
PasanganChe Norhayati Che Omar (k. 1983–2012)
Anak-anak7

Beliau mula menceburi bidang lakonan secara serius selepas muncul naib juara pertandingan Bakat TV yang dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1979. Nama ‘Osman Kering’ merupakan idea Mek Habsah dalam satu persembahan pada pertengahan tahun 1980-an.[2] Beliau juga pernah merakamkan sebuah album dikir barat bersama Mek Habsah dan Yahya Sulong, Asam Pedas pada 1991.[3]

Osman berkahwin dengan Che Norhayati Che Omar pada 1983 dan dikurniakan tujuh anak serta empat cucu. Beliau meninggal dunia pada 29 Jun 2012 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat penyakit batuk kering pada usia 58 tahun.[4][5]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
1986Si Jantung HatiFilem pertama
1990AdikPegawai Hospital Bahagia
1992XX RaySo'ud
Rimba MalamMan
1995XX Ray IIGuntur
Cinta Rosevilla
Sama Tak SerupaEncik Gigok Somprek
Ringgit KasorrgaPak Malim
1996Cinta MetropolitanCik Mat Tahir
1998Raja MelewarBandut
1999HasratMat Kasa
Senario The MovieMangsa Perogol BersiriPenampilan khas
2001Soal HatiKaki Raba
Lagi-Lagi SenarioPelanggan RestoranPenampilan khas
2002Mr. CinderellaPemuda I
2003Gila-Gila PengantinPakcik Dollah
MX3MandrumPelakon undangan
2005Tak Ori Tapi Ok
Kemarau CintaUsop
Pontianak MenjeritTok Bomoh
2006Man LaksaLan Cicak
Remp-ItAyah Macha
Tentang BulanTok Mudim
20079 SeptemberAbang Man
2008Senario The Movie: Episode 1Wak Penjual JamuPenampilan khas
Antoofighter: Amukan DrakulatPenampilan kameo
2012Baik Giler!!Orang Buta
Oh Mak KauTok GuruFilem terakhir

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1994Pi Mai Pi Mai Tang TuTV3Episod: "Kaki Pau"
2000Che Yah Balik KampungTV2
2001Spanar JayaDaud TroubleNTV7Pelakon undangan

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2009Raya Kali IniTV2

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
1999Raya BerzamanPelbagai watakTV1

Diskografi

  • Asam Pedas (1991)

Rujukan

Pautan luar