Orang Roma

Orang Roma merupakan suatu kumpulan etnik Indo-Arya yang bertaburan secara berpindah-randah kebanyakannya di benua-benua Eropah dan Amerika; mereka didapati berasal dari utara anak benua India utara[26][27][28] merangkumi rantau Rajasthan, Haryana dan Punjab di India moden.[27][28]

Orang Roma
Bendera orang Roma, dicipta tahun 1933 dan dirasmikan Kongres Roma Sedunia 1971
Jumlah penduduk
2–20 juta[1][2][3][4]
 Amerika Syarikat1,000,000 orang dianggarkan dengan darah keturunan Roma[note 1][5][6]
 Brazil800,000 orang[7]
 Sepanyol750,000–1,100,000 orang (1.87%)[8][9][10][11][12]
 Romania619,007 orang (3.3%)[note 2][13][9][14][15]
 Turki500,000–2,750,000 orang (3.78%)[9][16][17][18]
 Perancis350,000–500,000 orang[19][20]
 Bulgaria325,343 orang[note 3]–750,000 (10.33%)[21][22]
 Hungary309,632[note 4]–870,000 (8.8%)[23][24]
 Argentinas. 300,000 orang[25]

Kependudukan masyarakat ini paling tertumpu terutamanya di Eropah Tengah, Timur dan Selatan (termasuk Turki, Sepanyol dan Perancis Selatan). Romani berasal dari India utara dan tiba di Asia Barat dan Eropah sekitar 1,000 tahun yang lalu.[29] Masyarakat ini telah dikaitkan dengan satu lagi rumpun etnik Indo-Aryan, orang Dom : kedua-dua kumpulan ini dikatakan telah berkongsi suatu leluhur yang sama[30] yang berhijrah meninggalkan India Utara antara abad ke-6 hingga ke-11.[29] Sebahagian daripada masyarakat ini telah berhijrah ke benua-benua Amerika Utara dan Selatan bermula pada abad ke-19[31] - terdapat sejumlah satu juta orang penduduk berketurunan masyarakat ini di Amerika Syarikat; Brazil pula dihuni kira-kira 800,000 orang berketurunan ini, sebahagiannya datang hasil pemindahan paksa dilakukan Empayar Portugis semasa Pasitan dilakukan di kerajaan tersebut.[32]

Masyarakat ini sering dikenali umum sekurang-kurangnya keitka zaman dahulu dengan nama Gipsi (Gypsy); walhal sesetengah golongan yang disasarkan ini menganggap ia istilah yang kasar atau merendahkan kerana konotasi ia dengan perwatakan haram dan ketidakteraturan.[33]

Peristilahan

Nama "Roma" langsung tiada kaitan dengan kota raya yang menjadi pusat tamadun Rom purba dan seterusnya ibu negara Itali, namun ia berakar daripada bahasa asal dituturi masyarakat ini sendiri di mana "rom" bermaksud "lelaki" atau "suami". [34] Ada juga suatu teori yang mengusulkan istilah ini berasal daripada istilah bahasa Sanskrit डोम doma merujuk kepada suatu kasta pemuzik dan penari rendah.

Masyarakat ini juga dahulunya diberi nama Gypsy (dipinjamkan kepada bahasa Melayu "Gipsi"). Istilah ini datang daripada kata bahasa Inggeris Pertengahan gypcia, atau Egipcien (bandingkan dengan Egyptian dalam bahasa Inggeris moden) jauh berakar daripada istilah bahasa Yunani Αιγύπτιοι (Aigyptioi) yang bermaksud "orang Mesir" Jolokan ini datangnya daripada kepercayaan masyarakat mum pada zaman Pertengahan di mana mereka disangka berhijrah daripada kawasan tersebut;[35][36] ada kisah yang menyatakan mereka dikatakan kononnya dibuang dari Mesir kerana dituduh melindungi Yesus Kristus sewaktu beliau dilahirkan saat Raja Herodes memerintahkan pembunuhan semua anak-anak lelaki kecil di Bethlehem.[37]

Taburan penduduk

Ramai dalam kalangan masyarakat ini memilih tidak memasukkan identiti etnik mereka semasa mendaftarkan diri atau ketika pemerangkaan ("banci" atau "sensus") rasmi dilakukan pemerintah-pemerintah negara dihuni atas banyak sebab. Terdapat kira-kira 3.8 juta orang Romani yang dianggarkan duduk di Eropah (sehingga tahun 2002), [38] namun ada beberapa anggaran dilakukan organisasi kaum ini yang diberikan setinggi 14 juta orang penduduk. [39] Terdapat juga bilangan kependudukan signifikan di rantau Balkan, di beberapa negara Eropah Tengah serta di Sepanyol, Perancis, Rusia dan Ukraine. Beberapa juta orang Roma yang lain bertaburan di luar Eropah, khususnya di rantau Timur Tengah dan benua-benua Amerika.[40]

Kependudukan orang Roma mengikut negara
NegaraSumber rasmiSumber lain
Bil. pendudukPeratusanBil. pendudukPeratusan
 Jerman70,0000.09%
 Bulgaria325,3434.9%
 Sepanyol1,000,000[41]600,0001.62%
 Perancis20,000[42]0.03 %350,000[20] - 1,300,000[43]0.5-1.2%
 Yunani200,000[44]1.82%
 Hungary308,9573.6 %600,000 - 800,0006-8%
 Itali130,0000.22 %
 Kosovo35,7842.1%
 Macedonia Utara53,8792.66%
 Romania619,0073.25%700,0005.3%
 United Kingdom90,0000.15%
 Rusia20,50070.15%
 Serbia147,6042.05%
 Slovakia352,924[45]2.0 %
 Turki500,0000.72%
Nota kaki

Sejarah

Sekeluarga kaum Roma dari Serbia yang berhijrah ke Amerika Syarikat. (Gambar diambil Augustus Sherman tahun 1917)

Teori asal-usul

Memandangkan masyarakat ini tidak menyimpan catatan sejarah mengenai latar belakang mereka baik dalam bentuk tulisan mahupun lisan, kebanyakan hipotesis tentang sejarah awal migrasi masyarakat ini didasarkan kepada penemuan dalam teori linguistik perbandingan terhadap bahasa Roma yang dituturkan mereka.[46] Malah, tidak ada catatan mengenai penghijrahan dari India ke Eropah dari zaman Pertengahan yang boleh dihubungkaitkan dengan masyarakat ini. [47]

Kajian terhadap bahasa yang dituturi masyarakat Roma mendapati bahawa bahasa tersebut terbentuk di anak benua India: bahasa masyarakat ini mempunyai ciri-ciri tatabahasa yang mirip bahasa-bahasa di rantai tersebut serta penbendaharaan kata asas (misalnya: mengenai bahagian tubuh badan atau rutin seharian). [48] terutamanya dengan bahasa-bahasa Hindi dan Punjabi. Ia berkongsi banyak ciri fonetik dengan bahasa Marwari, sementara tatabahasa ia paling dekat dengan bahasa Benggali.[49]

Suatu kajian genomik bertarikh tahun 2012 mendapati masyarakat ini berhijrah ke kawasan Balkan seawal abad ke-12.[50] Terdapat catatan bersejarah terawal penghijrahan masyarakat ini oleh orang Barat ke tenggara benua Eropah pada 1322, di mana seorang rahib pengikut Francsiscus dari pulau Ireland bernama Symon Semeonis menemui sekumpulan daripada golongan tersebut di bandar Candia (kini Heraklion) di pulau Kriti ketika bersinggah dalam perjalanan ziarahnya ke Yerusalem.

Zaman Pertengahan

Pasca-zaman Pertengahan

Semasa pemerintahan Maharani Maria Theresia dalam Kerajaan Habsburg dari tahun 1740 hingga 1780, terdapat beberapa perintah dikeluarkan yang memaksa masyarakat ini menetap secara kekal, menghapuskan hak milik kereta kuda (1754) pengerahan belia mereka dalam tentera kerajaan sekiranya tiada kerja berdagang (1761), pendaftaran paksaan dengan pihak kerajaan (1767), serta pengharaman perkahwinan sesama kaum (1773). Maharaja Josef II yang menggantikan baginda pula melarang pemakaian tradisi serta penuturan bahasa mereka yang boleh dikenakan hukuman sebat.[51]

Pelaksanaan sama turut dilakukan di Sepanyol seawal 1619 malah lelaki dan wanita Gitano dihantar untuk memisahkan rumah kerja dan anak-anak mereka yang dihantar ke rumah asuhan; namun keadaan menjadi kurang tegang dengan naiknya takhta Raja Carlos III di mana baginda mengisytiharkan mereka mempunyai hak yang sama sebagai warga Sepanyol serta menghapuskan dasar penindasan rasmi terhadap kaum tersebut lalu mengalakkan integrasi dalam pertubuhan dan perjumpaan rasmi.[52][53] Dasar-dasar Raja tersebut walau bagaimanapun gagal kerana kurangnya pelaksanaannya di luar bandar-bandar utama serta perasaan kebencian meluas dalam kalangan penduduk Sepanyol terhadap masyarakat itu.[51][54]

Perang Dunia Kedua

Penindasan terhadap masyarakat ini memuncak pada Perang Dunia Kedua bermula dengan pelucutan kewarganegaraan mereka pada tahun 1935 melalui undang-undang Nuremberg Jerman Nazi. Penduduk Roma setempat lama-kelamaan ditahan sebelum ada yang dihapuskan di tapak-tapak khusus semasa Holokus bukan sahaja di Jerman tetapi juga di negara-negara sekutu termasuk Croatia, Romania dan Hungary; insiden pembasmian kaum ini turut mendapat nama tersendiri iaitu Porajmos.

Keadaan semasa

Masyarakat ini pada zaman kini sering dikaitkan tidak sahaja dengan kemiskinan malah disalahkan sebagai punca kadar jenayah tinggi hasil prasangka selebih penduduk sebagai antisosial atau tidak sesuai. [55] Faktor ini dilihat sebagai sebab masyarakat ini sering menjadi mangsa diskriminasi.[56][57] namun ada usaha sedang dilakukan untuk mengatasi masalah sebegitu.[58] Amnesty International melaporkan keadaan berterusan Antizigan diskriminasi semasa abad ke-20, terutamanya di Romania, Serbia,[59] Slovakia,[60] Hungary,[61] Slovenia,[62] dan Kosovo.[63] Pihak Kesatuan Eropah telah mengakui bahawa diskriminasi terhadap masyarakat ini mesti ditangani, dan dengan strategi integrasi Roma nasional mereka menggalakkan negara-negara anggota untuk bekerja ke arah mengintegrasikan Romani secara meluas serta menegakkan hak-hak asasi mereka sebagai sebahagian warga dalam kesatuan ini. [64]

Gaya hidup

Kepercayaan

Leluhur masyarakat ini dipercayai menganut agama Hindu, namun lama kelamaan memeluk agama kebanyakan atau majoriti tempat yang diduduki mereka;[65] Orang Roma beragama Islam ada di Turki, Bosnia dan Herzegovina, Albania, Mesir, Kosovo, Makedonia Utara dan Bulgaria; yang memeluk agama Kristian mazhab Ortodoks pula ada wujud di Serbia dan Yunani. Pemelukan agama yang berbeza-beza dilihat cenderung menyebabkan keluarga-keluarga mereka tidak mampu berkahwin campur sesama mereka.[66] Majoriti kaum mereka di Sepanyol pula memeluk mazhab Katolik.

Terdapat juga segolongan yang mengekalkan ajaran nenek moyang mereka manakala ada yang mendirikan pertubuhan agama dan politik mereka tersendiri.[67]

Keluarga

Masyarakat ini sangat memandang tinggi hubungan kekeluargaan. [Dara|Perawan merupakan aspek penting dalam kaum perempuan yang mesti dijaga. Masyarakat ini juga cenderung kahwin dalam usia yang muda; ada adat resam yang menyatakan keluarga bakal suami mesti membayar mahar kepada keluarga bakal isteri namun kurang diamalkan kini. Isteri akan mengikut keluarga suami dengan peranan keperluan suami dan anak-anak serta mertua mereka.

Keluarga biasanya diketuai oleh orang lelaki paling tua - selalunya datuk. Kaum lelaki dilihat mempunyai kuasa melebihi kaum wanita. Kaum wanita semakin mendapat kuasa dengan meningkatnya usia, terutamanya selepas berkahwin dan mendapatkan anak.

Budaya

Muzik Roma merupakan unsur budaya utama masyarakat ini terutamanya yang bertaburan penduduk di kawasan Balkan. Malah, gaya persembahan muzik ini banyak mempengaruhi penggubah muzik klasikal Eropah termasuk Franz Liszt dan Johannes Brahms. Di Romania, perkahwinan tradisi dalam negara tersebut sering diiringi golongan pemuzik khusus dalam kalangan masyarakat ini dipanggil lăutar ([lĕu.tar]). Mereka turut menceburi genre kugiran muzik bras.

Rujukan

Pautan luar

Sejarah pengenalan

Pertubuhan bukan pemerintah