Sven Olof Joachim Palme (ˈûːlɔf ˈpâlːmɛ(bantuan·info); 30 Januari 1927 – 28 Februari 1986) ialah seroang ahli politik Sweden. Beliau merupakan Perdana Menteri Sweden selama dua penggal: 1969 hingga 1976 dalam Kabinet Perlembagaan Pertama bersama Raja Sweden serta Kabinet Perlembagaan Kedua tahun 1981 sehingga kematiannya empat tahun kemudian.
Pembunuhan beliau dalam keadaan mengejutkan dan penuh misteri tahun 1986 diamati ngeri serantau Skandinavia, lagi-lagi dengan keadaan yang mengulangi percubaan membunuh Raja Gustav III, tokoh paling berpengaruh zaman moden negaranya, pada abad ke-18.[1]
Pada Jumaat malam Sabtu 28 Februari 1986, jam 23:21 waktu tempatan, Olof dan isterinya Lisbet Palme pulang dari menonton filem di panggung wayang jalan Sveavägen; seorang kelibat dipercayai menembaknya dari belakang pada jarak dekat, sedas tembakan lagi mengena ringan pada Lisbet. Kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Sabbatsberg pada 00:06 - Lisbet terselamat dari kecederaannya, namun tifak pula Olof yang meninggal akibat luka dialami sebaik tiba di hospital.[2]
Khabar insiden ini menakutkan ramai orang di Sweden memandangkan pengganasan terhadap ahli politik tidak pernah begitu dialami mereka di Sweden, lagi-lagi dengan terkawalnya keselamatan di negara tersebut sehingga Olof dan Lisbet tidak diiringi pengawal. Pembunuhan ini menjadi terbiar tidak dapat diselesaikan kerana kurangnya bukti kukuh yang mmampu mengesahkan banyak , ha ini mewujudkan banyak teori konspirasi berkaitan kemungkinan pelaku dan motif pembunuhan ini
Ingvar Carlsson mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri Sweden serta Parti Demokrat Sosial.[3]