Olivia Colman

Sarah Caroline Sinclair CBE (née Colman ; lahir 30 Januari 1974), lebih dikenali sebagai Olivia Colman, ialah seorang pelakon wanita Inggeris. Dikenali dengan peranan komedi dan dramatiknya dalam filem dan televisyen, beliau telah menerima pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Akademi, Anugerah Filem Akademi British, dua Anugerah Emmy, tiga Anugerah Televisyen Akademi British dan tiga Anugerah Golden Globe.

Olivia Colman

Colman pada 2014
Kelahiran
Sarah Caroline Colman[1]

(1974-01-30) 30 Januari 1974 (umur 50)
Norwich, Norfolk, England
PendidikanHomerton College, Cambridge
Bristol Old Vic Theatre School
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1999–kini
PasanganEd Sinclair (k. 2001)
Anak-anak3

Latar belakang

Olivia Colman dilahirkan di Norwich. Ibunya merupakan seorang jururawat dan bapanya merupakan seorang juruukur.[2][3] Beliau belajar di dua sekolah beraliran bebas, Norwich High School for Girls di Norwich dan Gresham's School di Holt, Norfolk. Peranan pertamanya ialah sebagai Jean Brodie dalam filem sekolah The Prime of Miss Jean Brodie pada usia 16 tahun. Beliau kemudian menyedari bahawa bidang lakonan ialah kerjaya pilihannya.[4]

Beliau meneruskan pendidikan formalnya di Homerton College, Cambridge. Pada usia 20 tahun,[5] beliau melanjutkan pendidikan di Bristol Old Vic Theatre School di mana beliau lulus pada tahun 1999 dan juga mengikuti uji bakat Footlights. Beliau pertama kali bertemu dengan pelakon David Mitchell, Robert Webb dan Peter Serafinowicz.[6][7][8][9][10]

Rujukan

Pautan luar