Odette Annable

Odette Juliette Annable (nee Yustman, lahir 10 Mei 1985) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau dikenali menerusi peranannya dalam filem dan televisyen, termasuk watak utamanya sebagai Dr. Jessica Adams dalam siri drama perubatan Fox House, Beth McIntyre dalam filem Cloverfield, Aubrey Diaz dalam siri drama ABC October Road, Samantha Arias/Reign dalam Supergirl, dan Nola Longshadow di Banshee.

Odette Annable
Annable pada Jun 2009
Kelahiran
Odette Juliette Yustman

(1985-05-10) 10 Mei 1985 (umur 39)
Los Angeles, California, A.S.
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1990–kini
PasanganDave Annable
(2010–kini)

Kehidupan awal

Annable dilahirkan di Los Angeles, California. Bapanya berwarganegara Colombia yang berketurunan Itali dan Perancis, ibunya berasal dari Fuba. Beliau menamatkan pelajaran di Woodcrest Christian High School di Riverside, California.[1]

Kerjaya

Annable di San Diego Comic-Con 2017.

Annable melakonkan watak sebagai mahasiswa penutur bahasa Sepanyol dalam Kindergarten Cop pada usia 5 tahun. Beliau kemudian membintangi siri TV South Beach dan October Road. Beliau menjayakan peranan utama dalam filem Lifetime Reckless Behavior: Caught on Tape, dan Cloverfield,[2] serta penampilan dalam filem komedi Walk Hard, dan juga filem The Unborn.

Pada tahun 2011, beliau memegang watak sebagai seorang jururawat bernama Annie Miller di musim kelima Brothers & Sisters.[3] Annable melakonkan watak Melanie Garcia dalam siri komedi Breaking News sebagai pelakon tetap di musim pertamanya yang muncul sebagai pelakon undangan dalam musim seterusnya.[4][5] Beliau berlakon dalam siri TV House sebagai Dr. Jessica Adams, dan terus kekal bersama siri itu sehingga Mei 2012.[6]

Pada Mac 2014, Annable memegang watak sebagai Trudy Cooper dalam siri ABC The Astronaut Wives Club.[7]

Pada tahun 2017, beliau menjadi salah seorang pelakon utama dari siri CW Supergirl sebagai Samantha Arias.[8]

Kehidupan peribadi

Annable berkahwin dengan pelakon Brothers & Sisters Dave Annable pada Oktober 2010.[9] Beliau melahirkan seorang anak perempuan pada September 2015.[10] Pada Oktober 2019, pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka, tetapi mengumumkan perdamaian mereka pada Ogos 2020.[11][12]

Filemografi

Filem
TahunTajukPerananCatatan
1990Kindergarten CopRosa
1996RemembranceCharlotte
Dear GodAngela, Daughter
2006The HolidayKissing Couple
2007Reckless Behavior: Caught on TapeEmma Norman
TransformersSocialite Girl
Walk Hard: The Dewey Cox StoryReefer Girl
2008CloverfieldElizabeth "Beth" McIntyre
2009The UnbornCasey Beldon
Operation: EndgameTemperance
2010Group SexVanessa
And Soon the DarknessEllie
You AgainJoanna
2011Beverly Hills Chihuahua 2ChloeSuara
The DoubleJoanie Geary
2017-2018SupergirlSamantha Arias (Sam) / Reign
Televisyen
TahunTajukPerananCatatan
2004QuintupletsKelly Helberg1 episod
2006South BeachArielle CastaPelakon tetap; 6 episod
MonkCourtney1 episod
2007-2008October RoadAubrey DiazPelakon tetap; 19 episod
2008Life on MarsAdrienne1 episod
2010-2011Brothers & SistersAnnie5 episod
2011-kiniBreaking InMelanie GarciaPelakon utama; 7 episod
HouseDr. Jessica AdamsPelakon utama
Permainan video
TahunTajukPerananCatatan
2008Fallout 3Amata AlmodovarSuara

Rujukan

Pautan luar