Objek dekat Bumi

Objek dekat Bumi atau objek hampir Bumi (near-Earth object, NEO) adalah sebarang jasad kecil yang terletak dalam Sistem Suria yang beredar mendekati atau menghampiri Bumi. Jasad-jasad disebut boleh dianggap sedemikian jika titik terdekat ia dengan Matahari kurang dari 1.3 unit astronomi (AU).[1] Sekiranya orbit objek sedemikian melintasi Bumi dan luasnya lebih besar daripada 140 meter, maka ia dianggap sebagai objek yang berpotensi berbahaya.[2]

Peta laluan-laluan orbit asteroid berpotensi berbahaya yang diketahui (ukuran melebihi 140 meter dan melintas dalam jarak 7.6×10^6 km (4.7×10^6 bt) dari orbit Bumi) pada awal 2013 ( gambar gantian )

Asteroid merupakan jasad yang paling kerap ditemui dalam kelas ini, namun sebahagian juga dari kalangan komet. Terdapat lebih daripada 20,000 asteroid dekat Bumi (NEA) yang diketahui, lebih dari seratus komet dekat Bumi (NEC), dan sejumlah meteoroid mengorbit matahari yang cukup besar dan berkemampuan menghentam Bumi yang dapat dijejaki di angkasa.

Peranan penting objek-objek ini dalam mengubah geologi dan biologi Bumi secara ketara saat berhentaman[3] meningkatkan tumpuan para pengkaji sejak tahun 1980-an kerana kesedaran yang lebih besar mengenai potensi bahaya ini. Bahkan, pemesongan yang menghindari atau mengurangkan bahaya kesan asteroid mampu dilakukan dan sedang diselidiki.[4] Banyak kapal dan kuar angkasa yang melakukan kajian berpendaratan di jasad-jasad ini kerana sifat graviti permukaan yang rendah dan orbit menyerupai peredaran Bumi.[5][6]

Rujukan

Pautan luar