OH-58 Kiowa

OH-58 Kiowa adalah helikopter yang dikeluarkan oleh bell Helicopters untuk kegunaan peninjauan, pengawasan dan pengutipan maklumat risik. Dalam bulan Oktober 1961, tentera darat Amerika meminta cadangan daripada syarikat pembuat helikopter untuk pembekalan helikopter pengawasan ringan (LOH) daripada Belll Helicopter dan 12 pengeluar lain. Bell mengemukakan rekaan Bell 206. 5 buah prototaip dibina untuk penilaian Tentera. Juru terbang penilai membuat aduan kekurangan kuasa enjin pesawat Bell ini dan ia tersingkir daripada pemilihan. Akhirnya, rekaan Hughes dipilih dan memasuki perkhidmatan sebagai OH-56 Cayuse.

OH-58 Kiowa
OH-58D Kiowa Warrior
PerananHelikopter peninjau/pemerhati
PengeluarBell Helicopter
Penerbangan sulung10 Januari 1966 (206A)[1]
DiperkenalkanMei 1969
StatusAktif
Pengguna utamaTentera Darat Amerika Syarikat
Tentera Darat Australia
Tentera Darat Republik China
Pasukan Darat Tentera Diraja Arab Saudi
Dikeluarkan1966-1989[2]
Jumlah dibina2,200+
Dibangunkan dariBell 206
OH-58 Kiowa

Bell memasarkan model Bell 206 Jetranger di pasaran awam dan mendapat jualan laris, khususnya daripada stesen televisyen dan pasukan polis. Dalam tahun 1967, tentera Amerika sekali lagi meminta pembidaan daripada pengeluar helikopter untuk pembekalan helikopter LOH kerana Hughes tidak dapat memenuhi kontrak pembekalan helikopter OH-56 Cayuse. Kali ini Bell menang pembidaan dan modelnya diterima masuk perkhidmatan tentera dan diberikan penamaan OH-58 Kiowa.

Helikopter ini dihantar ke Vietnam pada musim gugur 1969 dan ditugaskan dalam pasukan Kavalri Udara, pasukan helikopter penyerang dan pasukan artileri medan. Selain itu, Kiowa juga digunakan untuk misi MedEvac. Kiowa juga digandingkan dengan AH-1G Cobra dalam “Pink Team”. Helikopter OH-58 Kiowa boleh dipasangkan sistem senjata M27 dengan mesingan M134 7.62mm di sebelah kiri pesawat.

Lihat juga

  • Sub sistem persenjataan helikopter A.S

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan

Nota
Bibliografi

Pautan luar