Nombor Komuniti Eropah

(Dilencongkan dari Nombor EC)

Nombor Komuniti Eropah (bahasa Inggeris: European Community number; nombor EC) ialah suatu pengecam tujuh digit unik yang diberikan kepada bahan-bahan bagi tujuan pengawalseliaan dalam kawasan Kesatuan Eropah oleh Suruhanjaya Eropah. Bahan-bahan yang memiliki nombor EC dibahagikan dalam Inventori EC yang merangkumi tiga inventori individu, EINECS, ELINCS dan senarai NLP.[1]

Nombor EC ditulis secara umumnya dalam format NNN-NNN-R,[2] di mana R ialah suatu digit semak dan N mewakili integer. Digit semak dikira menggunakan kaedah ISBN. Menurut kaedah ini, digit cek R adalah jumlah aritmetik modular 11 berikut:

Sekiranya baki R ialah 10, gabungan nombor tersebut tidak akan diambil kira bagi penggunaan nombor EC.

Inventori EC

InventoriRangkumanFormatJumlah entri
European Inventory of Existing Commercial Chemical Substances (EINECS)Sebarang bahan (tidak termasuk polimer) yang dicatatkan sebagai tersedia secara komersial di Kesatuan Eropah dari 1 Januari 1971 hingga 18 September 1981.[3] Bahan-bahan dianggap didaftar dalam Fasal 8(1) Arahan Bahan Berbahaya, dan dianggap berada di bawah pengawalan REACH secara bertahap.2xx-xxx-x
3xx-xxx-x
100,102[3]
European List of Notified Chemical Substances (ELINCS)Bahan yang dikelaskan di bawah Arahan Pemberitahuan Bahan Berbahaya bagi Bahan Baharu (NONS) yang tersedia secara komersial selepas 18 September 1981[perlu rujukan]4xx-xxx-x4,381
No Longer Polymers (NLP)Takrifan polimer diubah pada April 1992,[4] menyebabkan sesetengah bahan tidak lagi dikelaskan sebagai polimer. Berikutan hal itu, sebuah senarai khas diterbitkan yang menyenaraikan bahan-bahan terlibat yang tersedia secara komersial dari 18 September 1981 hingga 31 Oktober 1993.[5]5xx-xxx-x703

Rujukan