Niat (lagu Elyana)

"Niat" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Elyana, dikeluarkan pada 10 Ogos 2001 sebagai single sulungnya yang dimuatkan dalam album kompilasi Niat: Pilihan Bestari Patrick Khamis.[1][2][3][4] Lagu ini ialah hasil nukilan Patrick Khamis dan menjadi antara lagu paling hits sekaligus melancarkan kerjaya muzik Elyana dan mendapat beberapa pencalonan dalam pelbagai majlis anugerah muzik.[5][6] "Niat" menjadi kejayaan komersial, dan mencapai kedudukan pertama di carta Muzik FM, kedua di Carta Era dan keempat di carta Muzik Muzik. Versi baharu lagu ini telah diterbitkan dan diberi nafas baharu dengan tajuk "Niat 2008", dimuatkan dalam album keempat Elyana, Jadi Diriku (2007).

"Niat"
Single oleh Elyana
daripada album Niat: Pilihan Bestari Patrick Khamis
Dilancarkan pada10 Ogos 2001
Dirakamkan pada2001
Format
GenreBalada
Panjang5:08
SyarikatFMC Music
PenulisPatrick Khamis
PenerbitPatrick Khamis
Kronologi Kronologi single Elyana
"Niat" ""Rela"
(2002)"
"Niat" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Format dan senarai runut

Muat turun digital[7]
  1. "Niat" – 5:08

Carta

Carta (2001)Kedudukan
carta
Carta Muzik Muzik4
Carta Era2
Carta Muzik FM1

Sejarah keluaran

NegaraTarikhFormatLabel
Malaysia10 Ogos 2001Muat turun digital[7]
pensitriman digital[8]
FMC Music

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusan
2002Anugerah Industri Muzik ke-9Artis Harapan"Niat"/ElyanaTercalon
Anugerah Juara Lagu ke-17Balada"Niat"Gagal Mara

Rujukan