Ngeh Koo Ham

Dato' Ngeh Koo Ham ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Beruas. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Perak (2018-2020), ADUN Sitiawan (kini Astaka) selama tiga penggal (2004-2018) dan mantan EXCO Perak (2008-2009).

Yang Berhormat Dato'

Ngeh Koo Ham

D.P.M.P.
倪可汉
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Beruas
Memegang jawatan
8 Mac 2008
Didahului oleh Lim Keng Yaik
Majoriti33,971 (PRU-15)
27,954 (PRU-14)
5,057 (PRU-13)
1,828 (PRU-12)
Penasihat Parti Tindakan Demokratik Negeri Perak
Memegang jawatan
9 Disember 2013
Pengerusi NegeriNga Kor Ming
Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak
Dalam jawatan
3 Julai 2018 – 12 Mei 2020
RajaSultan Nazrin Muizzuddin Shah
Didahului oleh Thangasvari Suppiah
Digantikan oleh Mohammad Zahir Abdul Khalid
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak
untuk Sitiawan
Dalam jawatan
2004–2018
Didahului oleh Hu Chan You
Digantikan olehKawasan dinamakan kepada DUN Astaka
Majoriti11,820 (PRU-13)
8,529 (PRU-12)
5,137 (PRU-11)
Ahli Kanan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
Dalam jawatan
2008–2009
Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin
PortfolioInfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga, Air dan Hal Ehwal Bukan Islam
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Negeri Perak
Dalam jawatan
1998–2013
Didahului olehLau Dak Kee
Digantikan olehNga Kor Ming
Butiran peribadi
Lahir (1961-09-29) 29 September 1961 (umur 62)
Ayer Tawar, Perak
Parti politik Parti Tindakan Demokratik
PasanganDatin Cheok Foong Ling
PekerjaanAhli politik, peguam

Keputusan pilihan raya

Dewan Negeri Perak[1][2][3]
TahunKawasanNamaUndiPerLawanUndiPerJumlah undiMajoritiTurun undi
1999N24 Pasir PinjiNgeh Koo Ham (DAP)7,84946.11%Chan Kam (MCA)8,86852.10%17,0221,01965.95%
2004N50 SitiawanNgeh Koo Ham (DAP)9,87454.92%Ling Mee Lin (MCA)4,73726.35%17,9805,13765.81%
2008Ngeh Koo Ham (DAP)12,38174.38%Ding Siew Chee (MCA)3,85223.12%16,6458,52970.43%
2013Ngeh Koo Ham (DAP)17,29274.75%Ting Tai Fook (MCA)5,47223.66%23,13311,82081.00%
Parliamen Malaysia[1][2][3]
TahunKawasanNamaUndiPerLawanUndiPerJumlah undiMajoritiTurun undi
1990P062 BeruasNgeh Koo Ham (DAP)13,02646.99%Lim Keng Yaik (GERAKAN)13,88950.11%27,71886371.38%
1995P063 Batu GajahNgeh Koo Ham (DAP)18,57646.32%Yeong Chee Wah (MCA)20,15550.25%40,1101,57968.63%
1999P061 Ipoh TimorNgeh Koo Ham (DAP)23,14645.90%Thong Fah Chong (MCA)25,27350.12%50,4222,12764.73%
Mohd Yusoff Omar (MDP)4270.85%
2008P068 BeruasNgeh Koo Ham (DAP)15,83151.36%Chang Ko Youn (GERAKAN)14,00345.43%30,8211,82871.22%
2013Ngeh Koo Ham (DAP)21,93956.51%Chang Ko Youn (GERAKAN)16,88243.49%39,5865,05780.45%
2018Ngeh Koo Ham (DAP)41,23168.01%Pang Chok King (GERAKAN)13,27721.90%60,26727,95475.98%
Md Nazeer KM Hamid (PAS)5,7599.50%
2022Ngeh Koo Ham (DAP)46,71064.72%Ding Siew Chee (MCA)12,72417.63%72,17333,97166.17%
Ong Kean Sing (GERAKAN)12,73917.65%

Isu dan tengkarah

Pelantikan Menteri Besar Perak

Pascapilihan raya negeri 2008, beliau tersenarai sebagai salah seorang daripada 3 ADUN dari Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar Perak.[4] Bagaimanapun Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah berkenan melantik calon PAS, Mohammad Nizar Jamaluddin ke jawatan tersebut.

Penerimaan gelaran Datuk

Ngeh dikurniakan darjah kebesaran Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) yang membawa gelaran Dato' sempena ulang tahun keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke-80 pada 19 April 2008. Beliau dipercayai menjadi ahli DAP pertama yang menerima anugerah kebesaran daripada mana-mana sultan di Malaysia.[5]

Menyentuh isu sensitiviti agama

Pada 16 September 2012, Ngeh telah menulis dalam laman sosial Twitter, “Khairy mahu umat Islam berdemo menentang (klip video) Sam Bacile, untuk Islam atau kepentingan politik? Kenapa umat Islam membuang masa dan tenaga untuk semua ini.” [6] Kenyataan itu menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan beberapa pihak kerana menyentuh isu yang berkait dengan agama Islam.

Anugerah dan pengiktirafan

  •  Perak
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) - Dato' (2008)

Rujukan