Neha Sharma

Neha Sharma (disebut [nɛːɦaː ʃrmaː]; lahir 21 November 1987) ialah seorang pelakon dan model wanita India.[2] Anak jati Bihar, Sharma menghadiri Sekolah Mount Carmel di Bhagalpur dan mengikuti kursus dalam rekaan fesyen[3] dari Institut Teknologi Fesyen Kebangsaan (NIFT) di New Delhi.[4]

Neha Sharma
Sharma di majlis pelancaran Jayantabhai Ki Luv Story pada Julai 2012
Kelahiran (1987-11-21) 21 November 1987 (umur 36)
Bhagalpur, Bihar, India[1]
WarganegaraIndia
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2007–kini
Ibu bapaAjeet Sharma (bapa)

Lakonan pertama Sharma ialah menerusi filem bahasa Telugu Chirutha, dikeluarkan pada September 2007. Filem Hindi pertamanya ialah filem arahan Mohit Suri, Crook, dikeluarkan pada 8 Oktober 2010.[5] Sharma membuat kemunculan khas dalam filem Teri Meri Kahaani arahan Kunal Kohli dan membintangi filem Kyaa Super Kool Hain Hum.

Filemografi

TahunFilemPerananBahasaCatatan
2007ChiruthaSanjnaTeluguFilem Telugu pertama
2009KurraduHemaTelugu
2010Crook: It's Good To Be BadSuhaniHindiFilem Hindi pertama
2012Teri Meri KahaaniMeeraHindiKemunculan khas
Kyaa Super Kool Hain HumSimranHindi
2013Jayantabhai Ki Luv StorySimranHindi
Yamla Pagla Deewana 2Suman KhannaHindi
2014YoungistaanAnwita ChauhanHindi
2016KritiKritiHindiFilem pendek
XuanzangHindi, Mandarin
Tum Bin IITaranHindi
2017MubarakanAdv. Nafisa QureshiHindiPenampilan khas
SoloAksharaMalayalam
SoloBhamaTamil
2020Hera Pheri 3Hindi

Penghargaan

  • Tempat kelima senarai Fastest Rising People (2010) di India. Senarai ini diterbitkan oleh Google Zeitgeist.[6]
  • No. 31 di Times of India's 50 Most Desirable Women.[7]
  • No. 1 di Times Poll of Hottest Female Debut.[8]
  • No. 7 di senarai 100 wanita paling seksi di dunia FHM.[9]

Rujukan

Pautan luar