Nazrudin Rahman

Pengacara dan pelakon Malaysia
(Dilencongkan dari Nazrudin Habibur Rahman)

Nazrudin Habibur "Naz" Rahman (lahir 9 November 1978) ialah seorang pelakon dan pengacara televisyen Malaysia yang terkenal kerana mengacarakan berbagai-bagai rancangan televisyen, termasuk Kelab Disney Malaysia, "Jalan-Jalan Cari Makan", "Kata Serasi", My Starz LG, The Breakfast Show, Malaysia Hari Ini dan juga membintangi drama Ghost. Selain itu, beliau juga tampil dalam iklan jenama terkemuka untuk televisyen Malaysia.[2]

Nazrudin Rahman
Kelahiran
Nazrudin bin Habibur Rahman

(1978-11-09) 9 November 1978 (umur 45)[1]
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Pengacara
Tahun aktif2001–kini
MajikanMedia Prima (2001-kini)
PasanganSheahnee Iman Lee (k. 2008)
Anak-anak3

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan penyampai berita ntv7, Sheahnee Iman Lee pada 26 Jun 2008 dan kini dikurniakan tiga cahaya mata, Zara Aaliyah, Zakry Aiman dan Zayd Aaqil.[3]

Filemografi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2006RealitiJay8TV
KL Lights
2008Ghost (Musim 1)Zack Imran
2009Ghost (Musim 2)
2010Blogger BoyPengacara
2011Waktu RehatDisney Channel
2013What If8TV
2020Gurau JeAstro Ceria
2023LiarFirdaus HarithAstro Ria

Televisyen

TahunTajukSebagaiSaluran TVCatatan
2001–2004Kelab Disney MalaysiaPengacaraTV3
2003Ringgit Sense
2005Malaysian Top Host
2005–2006Food Review8TV
2006Trippin
Mu Australian AdventureTV3
Anugerah Skrin 2006
2006–2013The Breakfast Showntv7
2007Anugerah Skrin 2007TV3
Seeddntv7
2007–2008My Starz LGTV3
2008Kan-Cheong Kitchen8TV
Celebrity Karaokentv7
2009Anugerah Shout! 20098TV
Anugerah Industri Muzik ke-16ntv7
2010Anugerah Industri Muzik ke-17
2011Sejuta ImpianTV3
2012–2017Jom Ke PanggungTV2
2014–2022Jalan-Jalan Cari MakanTV3
2018Anugerah Skrin 2018
Kata Serasintv7Mengacara bersama Diana Danielle
2021T.O.P (Trio On Point)
2021–kiniMalaysia Hari IniTV3

Rujukan

Pautan luar