Natasha Elyzza

Pelakon wanita Malaysia

Natasha Elyzza Rohishim (lahir 19 Oktober 1994) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia, berasal dari Petaling Jaya, Selangor.[1] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2013 dan mula dikenali umum menerusi drama Duri Di Hati yang disiarkan di TV3.[2]

Natasha Elyzza
Kelahiran
Natasha Elyzza binti Rohishim

(1994-10-19) 19 Oktober 1994 (umur 29)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2013–kini

Kerjaya

Natasha Elyzza, mesra dengan panggilan Tasya membuat kemunculan pertamanya dalam bidang lakonan ialah menerusi drama Duri Di Hati yang disiarkan di Slot Azalea TV3, kemudian diikuti oleh Bila Hati Perempuan Menjerit di Astro Prima.

Kerjaya filem beliau bermula pada 2017 apabila ditawarkan membintangi filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang lakonan Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong; menjayakan watak sebagai Yoo Ri. Filem ini ditayangkan pada 30 Mac 2017.[3]

Pada tahun 2018, Natasha berlakon dalam tiga siri drama, antaranya ialah Rahsia Hati Perempuan.

Sebelum covid-19, sempat membintangi telefilem 'Dah Mati Pun Cantik' yang turut dibintangi aktor dan aktress ternama, Faizal Hussein dan Datin Lisa Surihani. Agak mencabar kerana perlu dimandikan seperti sekujur mayat dan menjalani pengambaran di dalam bilik mayat sebenar.

Tahun 2021, membintangi drama bersiri 'Lockdown 2' dalam episod bersama Rozita Che Wan,Wan Maimunah,Janna Nick,Dini Schatzmann. Terbitan U2 Media sdn bhd untuk tayangan Astro pada tahun 2022. Arahan Izuan Mokhtar dan Ain Shariff.

2022, telefilem 'Angah' yang dilakonkan bersama Puteri Balqis dan Aleeza Shadan mendapat sambutan ramai. Lebih-lebih lagi selepas klip telefilem ini dimuat naik di platform tiktok.

Juga berkesempatan membuat penampilan di dalam Sepahtu Reunion Live. Tasha mengakui dia sedikit gementar dan gemuruh disamping mengalami 'stage fright' kerana buat pertama kali perlu berlakon pementasan secara langsung dan perlu menyanyi.

Membintangi drama bersiri seram di TV3, 'Remang' dalam episod 8 sebagai Atiqah, kisah sekumpulan pelajar kolej menjalani pengambaran filem pendek di sebuah banglo tinggal.

Kehidupan peribadi

Natasha sebelum ini pernah dikaitkan dengan isu rakaman video aksi 'panas' melibatkan wanita mirip pelakon Fathia Latiff. Beliau memohon maaf berhubung penyebaran rakaman itu melalui media sosial.[4][5]

Natasha bersama pelakon Mimi Lana dan Fivi Mae ditahan selepas kediaman mereka di Subang Jaya, Selangor, diserbu oleh pihak polis pada 18 September 2015. Dalam serbuan itu, polis menemui satu beg mengandungi tiga paket plastik lutsinar yang mengandungi ganja seberat 15.74 gram dan bilah pisau atas almari baju dalam bilik kedua kediaman mereka. Beliau dipenjarakan selama 11 hari. Natasha dibebaskan pada 29 September selepas hasil siasatan mendapati dadah berkenaan bukan milik beliau.[6]

Menetap di Shah Alam, ramai yang tertarik dengan wajahnya yang seperti gadis Cina. Sebenarnya beliau memang berketurunan Cina-Malaysia. Beliau mewarisi darah Cina dari ibunya, Farah Lily Hoe, yang memeluk agama Islam sebelum berkahwin dengan bapanya, Rohishim, yang berdarah Melayu-Benggali. Namun begitu, Natasha tidak tahu berbahasa Cina kerana dibesarkan dengan budaya Melayu dan bertutur bahasa Melayu seharian.

Dia juga seorang penggemar kucing, kucing yang dimilikinya setakat ini melebihi 16 ekor kesemuanya. Antara nama-nama kucing belaannya ialah Justin, Cotton, Casper, Dior, Charming, Koala, Miki, Marble, Hailey, Kenzo, Luna dan Sunkiss.

Pada 13 Disember 2020, Natasha memuatnaik kandungan di Instastory miliknya tentang kematian bapanya. Dia terkilan kerana tidak sempat berada disamping arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir, walaupun beliau hadir sepanjang majlis pengebumian berlangsung. Ibu dan bapanya sudah berpisah sejak dia berusia 10 tahun.

Kerap berkongsi aktiviti riadah,berhibur bersama rakan selebriti,Emma Maembong keduanya berkawan rapat sebelum masing-masing mula memasuki dunia hiburan.

Filemografi

Filem

TahunTajukPerananCatatan
2017Kimchi Untuk AwakYoo RiFilem pertama
2023Syaitan Munafik

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2013Duri Di HatiFifyTV3Drama pertama
Bila Hati Perempuan MenjeritAstro Prima
2013–2014Projek Memikat SuamiMelAstro Ria
2014Selamat Pengantin MaduNabilaTV3
Astana Cinta AleesaTV9Penampilan khas
2015Dunia Generasi BaruSiskaSlot Aurora
Isteri Separuh MasaMaiAstro Ria
M.A.I.D.Zaura
Ku Tinggalkan Cinta Di OkinawaTomako (muda)Astro Bella
Tersuka Tanpa SengajaAzrinaAstro Ria
2016Isteri vs TunangSara
Cinta Roller CoasterAthirahTV3Slot Dahlia
Lelaki Macam DiaNinaAstro Ria
2017Papa RickyFifiAstro Prima
Megat ExtendNikiAstro Warna
2018Kelas 3 CempakaTV1
Rahsia Hati PerempuanSuri/Ibu MikaelAstro Ria
Terima Aku SeadanyaVanesntv7
Aku Cinta DiaArianaTV3
2019Setelah Terlafaznya AkadYanaAstro Ria
2021Marry Me SenoritaShelli
The HotelUmairah
Malaysian Ghost StoriesSitiEpisod: "Penunggu Rumah Banglo"
The Hotel 2: Jiwa Yang Kau PujaUmaira
2022Misi Anak BulanTV9
RemangTV3
2023I Love You Mr ClownZerry
BintangKamelia
My Famous Ex-BoyfriendYayaAstro RiaSlot Drama
Jangan Lupa JanjiMia
2024Layang Layang PerkahwinanNur MayaAstro Ria
Kiblat Ke SyurgaAlya
Dan Mimpi Pun BerguguranDiana

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2014Mujibur MariSheilaAstro Warna
2016Swadee ThiratThiratTV1
Payung EmasTV AlHijrah
2019Boyfriend Aku Dari NerakaNadiaAstro Citra
Dah Mati Pun Cantik
2022AngahAlongAstro Ria
Raya Talak Satu
Ke Hujung NyawaMayaTV AlHijrah
Bisik-BisikTV1

Model Klip

TahunLaguArtis
2020"Hilang"Kumpulan Umbrella

Rujukan

Pautan luar