Nahdhah

Nahdhah (Arab: النَهضَة, rumi: an-Nahdhah "kebangkitan" terbitan kata kerja نَهَضَnahadha "bangun; bangkit"[1]) gerakan kebangkitan budaya yang terwujud dalam Dunia Arab yang terjadi pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 bermula serentak di Mesir dan rantau Syam terutamanya Lubnan dan Suriyah[2] berkaitan dengan ketergugatan kuasa Uthmaniyah berikutan penyerangan Mesir oleh balatentera Napoleon Bonaparte pada tahun 1798 selain perombakan kuasa Uthmaniyah mendekati suatu kerajaan berpelembagaan. Namun, perbezaan latar masyarakat Mesir dan Syam memincangkan tujuan gerakan yang diadakan secara peringkat setempat di mana gerakan di Mesir menumpu kepada pembaharuan dalam siasah dunia Islam sedangkan negeri-negeri Syam menumpukan kepada pembaharuan kebudayaan.[3]

Zaman ini menyaksikan penyegaran dan pemajuan intelektual Arab paling utama dengan perkenalan teknologi percetakan moden[4][5][6] serta penerjemahan penulisan saintifik kembangan saintis Barat ke dalam bahasa Arab yang menyusul[7][8] jadi antara titik mula perkembangan Bahasa Arab Fusha. Sastera Arab moden turut berkembang terutamanya dengan gerakan Mahjar diterajui para imigran Arab Kristian ke Amerika Syarikat pada waktu yang sama,[9][10] begitu juga dengan pendirian universiti-unversiti Kristian di Beirut dan Baghdad.[11]

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Albert Hourani, A History of the Arab Peoples, New York: Warner Books, 1991. (ISBN 0-446-39392-4)
  • Ira M. Lapidus, A History of Islamic Societies, 2nd Ed. Cambridge University Press, 2002.
  • Karen Armstrong, The Battle for God, New York City, 2000.
  • Samir Kassir, Considérations sur le malheur arabe, Paris, 2004.
  • Stephen Sheehi, Foundations of Modern Arab Identity, University Press of Florida, 2004.
  • Fruma Zachs and Sharon Halevi, From Difa Al-Nisa to Masalat Al-Nisa in greater Syria: Readers and writers debate women and their rights, 1858–1900. International Journal of Middle East Studies 41, no. 4 (2009): 615 – 633.

Pautan luar