Muhammad bin Saud

Pengasas Negara Saudi Pertama

Muhammad bin Sa'ud, Muhammad I bin Saud (Arab: محمد الأول بن سعود بن محمد آل مقرن آل مريدي; 1685-1765), atau dikenali sebagai Ibn Saud, merupakan ketua (emir) negeri Ad-Diriyah dan merupakan pengasas bagi Negara Saudi Pertama (Emiriah Dir'iyah) dan pemerintahan keluarga Saud, yang dinamakan sempena nama bapanya, Saud bin Muhammad bin Muqrin (meninggal dunia 1725).[1]

Muhammad bin Saud
Muhammad I
Emir Diriyah
Pemerintahan1744–1765
Nama penuhMuhammad bin Saud bin Muhammad Al Muqrin Al-Muridi
Keputeraan1685
Tempat keputeraanAd Diriyah
Mangkat1765
PendahuluSaud bin Muhammad bin Muqrin
PenggantiAbdulaziz bin Muhammad bin Saud
PasanganMoudi binti Abi Wahtan Al Kathir
Anakanda
  • Abdulaziz
  • Faisal
  • Saud
  • Ali
  • Abdullah
DinastiBani Saud
AyahandaSaud bin Muhammad bin Muqrin

Latar belakang

Keluarga Ibn Saud (dikenali sebagai Bani Muqrin) merupakan keturunan Bani Audi dan Bani Hanifa, tetapi sering disalah tafsir bahawa Muhammad bin Saud merupakan ketua bagi kumpulan nomad Arab Badwi. Sebaliknya, beliau merupakan emir bagi sebuah penempatan pertanian bernama Diriyah, berhampiran kawasan yang kini dipanggil sebagai Riyadh[2] Bapanya bernama Saud bin Muhammad bin Muqrin, dan mempunyai beberapa adik beradik antaranya Mishari dan Thunayan.[3]

Kehidupan peribadi

Moudi binti Abi Wahtan Al Kathir merupakan salah seorang daripada isteri Ibn Saud[3] Beliau menjadi pelengkap semasa perjumpaan suaminya dengan Muhammad bin Abdul Wahab.[3][4]

Kerjasama dengan Muhammad bin Abdul Wahab

Punca awal kuasa Ibn Saud terletak di pekan Diriyah, di mana beliau menemui Muhammad bin Abdul Wahab yang datang ke sana bagi meminta perlindungan[2][5] Muhammad bin Abdul Wahab merupakan seorang tokoh agama Islam yang memulakan agenda pemurniaan agama[6]. Ibn Saud membenarkannya masuk ke Diriyah. Mereka membentuk sebuah kerjasama pada 1744 atau 1745[3] yang dirasmikan semasa perkahwinan puteri Muhammad bin Abdul Wahab dengan putera Ibn Saud, Abdulaziz yang merupakan pewaris kepimpinan Ibn Saud. Selepas itu, keturunan kedua-dua mereka iaitu Al Saud dan Al al-Syeikh kekal terjalin erat.

Muhammad bin Abdul Wahab menyediakan sokongan ketenteraan kepada Ibn Saud dan membantu memperluas kuasa Bani Saud di semenanjung Arab.[7]

Negara Saudi Pertama

Semasa di bawah Empayar Usmaniyah, Ibn Saud merupakan pengasas apa yang dikenal sebagai Negara Saudi Pertama.[7] Cara beliau membentuk pemerintahannya menjadi contoh kepada sistem beraja bagi Bani Saud kini. Pemerintahannya berasaskan prinsip Islam dan menggunakan amalam syura. Beliau memerintah sehingga meninggal dunia pada 1765[8][9] dan kemudiannya diganti oleh puteranya, Abdulaziz yang menjadi pemerintah kedua Negara Saudi Pertama.

Peninggalan

Sebagai pencetus kepada penubuhan negara Arab Saudi, sebuah universiti dinamakan sempena nama beliau iaitu Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud yang terletak di Riyadh.

Lihat juga

Rujukan

Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Zaid bin Markhan
Emir Ad Diriyah
1726–1744
Kosong
Ciptaan baharuImam Negara Saudi Pertama
1744–1765
Diikuti oleh:
Abdulaziz bin Muhammad bin Saud