Motown

Motown Records ialah sebuah syarikat rakaman Amerika Syaikat yang dimiliki oleh Universal Music Group. Ia ditubuhkan oleh Berry Gordy Jr. sebagai Tamla Records pada 12 Januari 1959[2][3] di Detroit, Michigan sebelum diperbadankan sebagai Motown Record Corporation pada 14 April tahun berikutnya.[4]

Motown Records
Syarikat indukUniversal Music Group
Diasaskan12 Januari 1959; 65 tahun yang lalu (1959-01-12)
PengasasBerry Gordy Jr.
Label edaranCapitol Music Group
(US)
EMI Records
(UK)
Universal Music Group
(worldwide)
GenreVarious
Negara asalUnited States
LokasiLos Angeles, California[1]
Tapak web rasmiwww.motownrecords.com

Syarikat ini terkenal kerana memperkenalkan muzik karya warga kulit hitam kepada dunia pendengar Amerika Syarikat yang sebelum ini banyak memandang serong karya-karya gubahan ini; ia turut membangunkan suatu gaya muzik soul berterapkan pop ang menonjol dengan tersendirinya. Sepanjang tahun 1960-an, Motown mencapai 79 rekod dalam carta sepuluh teratas Billboard Hot 100 antara tahun 1960 dan 1969.

Ia merupakan suatu syarikat mandiri sehingga ia dibeli MCA Records pada tahun 1988. PolyGram membeli syarikat ini dari MCA pada tahun 1993 diikuti oleh penggantinya Universal Music Group yang memperoleh PolyGram pada tahun 1999.[2] Dari 2011 hingga 2014, ia tergolong dalam divisyen The Island Def Jam Music Group dalam Universal Music.[5][6][7] sebelum Island Def Jam terbubar dan Motown beroperasi semula dalam Capitol Music Group di Capitol Tower.[1]

Rujukan

Pautan luar