Mossad

Ha-Mossad le-Modi'in ule-Tafkidim Meyuhadim (Hebrew: המוסד למודיעין ולתפקידים מיוחדים atau Mossad merupakan agensi perisik Israel. Ia bertugas untuk mengumpul dan bertindak berasaskan maklumat risikan dari kesegenap negara-negara yang dianggap mengancam negara Israel, terutamanya jiran-jirannya negara-negara Arab. Mossad juga boleh disamakan dengan CIA dari Amerika Syarikat atau MI6 dari United Kingdom.

Mossad
The Institute for Intelligence and Special Operations
מדינת ישראל
הַמוֹסָד למודיעין ולתפקידים מיוחדים

الموساد للاستخبارات والمهام الخاصة
"Bangsa akan jatuh jika tidak ada pemimpin yang bijak, tetapi selamat jika mendapat banyak penasihat." (Amsal 11:14)
Intisari agensi
DibentukDisember 13, 1949 sebagai Central Institute for Coordination
Ibu pejabatTel Aviv, Israel
Kakitangan7,000 (anggaran)
Belanjawan tahunan10 bilion shekel (anggaran)
(AS$2.73 billion)
Eksekutif Agensi
  • Yossi Cohen, Pengarah
Agensi induk
Pejabat Perdana Menteri
Laman sesawang
Tapak web rasmi

Mossad bertanggungjawab dalam pengumpulan risikan, operasi rahsia dan memerangi terorisme. Pengarahnya menjawab secara terus dan hanya kepada Perdana Menteri. Bajet tahunannya dianggarkan sekitar 10 bilion shekel (AS$2.73 bilion), dan dianggarkan ia menggaji kira-kira 7,000 orang secara langsung, menjadikannya salah satu agensi perisikan terbesar dunia.[1] Tidak seperti badan keselamatan lain (seperti Pasukan Pertahanan Israel atau Agensi Keselamatan Israel), tujuan, objektif, peranan, misi, kuasa atau belanjawannya tidak ditakrifkan dalam mana-mana undang-undang Israel.

Sejarah

Agensi Perisik Mossad ditubuhkan pada 13 Disember 1949 atas nasihat Reuven Shiloah kepada Perdana Menteri Israel , David Ben-Gurion. Shiloah mahu sebuah institut penyelerasan pusat yang boleh membaiki perkhidmatan keselamatan, menyelaras antara perisik tentera (AMAN) dengan Perkhidmatan keselamatan awam (Shin Bet). Pada Mac 1951, ia telah disusun semula sebagai sebahagian dari jabatan Perdana Menteri dan membuat laporan terus kepada Perdana Menteri.

Struktur

Ibu pejabat Mossad terletak di bandar raya Tel Aviv. Mossad adalah sebuah perkhidmatan awam, bukan organisasi tentera. Tetapi kakitangannya pernah bertugas dengan Pasukan Pertahanan Israel. Terdapat 8 jabatan berlainan fungsi di dalamnya. Perisik diambil dari pelbagai peringkat di luar negara, termasuklah pegawai diplomat dan bukan pegawai tak rasmi. Mereka bertindak dan bergerak seperti CIA. 30 daripada 40 operasinya bergerak di Eropah Timur dan Timur Tengah.

Pegawai perisik lapangan dipanggil Katsas Sementara Jabatan Operasi Khas dipanggil Metsada atau Kidon. Metsada ialah unit yang bertanggungjawab terhadap "serangan terhadap musuh", dengan tindakan termasuk "membunuh dan mensabotaj".[2] Perang saraf sangat berkait dengan pegawai diplomat dan media massa yang dipanggil Jabatan Psikologit Lochamah.

Kidon

Kidon ialah unit yang dimiliki oleh jabatan Caesarea (salah satu daripada lapan jabatan Mossad). Ia digambarkan oleh wartawan, Yaakov Katz sebagai "sekumpulan elit pembunuh upahan pakar yang beroperasi di bawah cawangan Caesarea dalam Mossad. Tidak banyak yang diketahui tentang unit misteri ini, dengan butirannya merupakan sebahagian daripada rahsia yang paling dijaga rapi dalam komuniti perisikan Israel. Ia merekrut daripada "bekas tentera daripada elit unit pasukan khas IDF."[3] Unit ini telah menjadi sebahagian daripada dasar pembunuhan Israel, yang menurut Ronen Bergman, ialah dasar yang telah digunakan Israel lebih banyak daripada negara Barat lain sejak Perang Dunia II, dan menyatakan bahawa ia telah melakukan sekurang-kurangnya 2,700 misi pembunuhan.[4][5][6]

Operasi berprofil tinggi

Mossad sentiasa berusaha meningkatkan reputasi sebagai agensi perisikan terhandal di dunia melebihi CIA KGB mahupun M16. Taktik penculikan dan pembunuhan selalu digunakan bagi menjaga survival Israel.

Kejayaan operasi

  • Mossad berjaya menangkap penjenayah perang Nazi bernama Adolf Eichmann di Argentina pada 1960. Melalui seorang jurugambar bebas, Mossad mendapati Eichmann tinggal di Argentina dengan nama 'Micardo Klement' dan ditangkap pada 11 Mei 1960 . Seterusnya diseludup ke Israel . Rancangan menangkap Josef Mangele gagal.
  • Pada 1960-an, Mossad telah mencuri pelan membina kapal terbang Perancis Mirage III bagi membangunkan kapal terbang Israel , Kfir.
  • Tahun 1964 perisik Eli Cohen ditugaskan menyediakan laporan di Mesir dan Syria.Di Syria , dia menggunakan nama 'Kamel Amin Tsa'abet' dan aktif di Damsyik. Tetapi 1965 Eli Cohen telah dtangkap di Syria oleh perisik KGB ketika sedang mengendalikan radio frekuensi persendirian dan dihukum mati kerana kesalahan merisik . Dia membuat laporan risikan melalui radio frekuensi, surat rahsia dan melawat Israel.
  • 1965 Mossad telah membunuh penjenayah peranmg Nazi , Herbeths Cukurs yang bersembunyi di Brazil.Beliau dikatakan bertanggungjawab membunuh dan menyiksa serta merogol ramai Yahudi di Jerman semasa Perang Dunia I.
  • Dari tahun 1957-1965 Wolfgang Lotz telah dihantar ke Mesir untuk mendapatkan maklumat rahsia pertahanan Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser. Wolfgang Lotz sebenarnya lahir di Mannheim, Jerman , tahu berbahasa Jerman dan wajahnya menyerupai Aryan dan banyak mendapat maklumat operasi tentera Mesir pada 1965.
  • Membantu juruterbang tentera Iraq , Munir Redfa dan keluarganya yang belot dan lari ke Israel. Munir Redfa telah memandu pesawat MiG 21 milik Tentera Udara Iraq pada Israel. Puncanya dia didiskriminasi kerana berugama Kristian dan pembasmian etnik Urmia di selatan Turki.

Rujukan

Pautan luar