Mohammad al-Agha

Profesor Dr. Mohammad al-Agha (Arab: محمد الأغا) ialah seorang ahli akademik dan politik Palestin. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Pertanian di bawah pemerintahan Hamas di Palestin.[1]

Profesor Dr.

Mohammad al-Agha

D.Sc
محمد الآغا
Menteri Pertanian Palestin
(di Gaza)
Dalam jawatan
Jun 2007 – September 2012
PresidenMahmud Abbas
Perdana MenteriIsmail Haniyeh
Didahului olehdirinya (Palestin)
Digantikan olehAli al-Tarsyawi
Menteri Pertanian Palestin
Dalam jawatan
Mac 2007 – Jun 2007
PresidenMahmud Abbas
Perdana MenteriIsmail Haniyeh
Digantikan oleh
  • Mahmud al-Habasy (Palestin)
  • dirinya (Gaza)
Dalam jawatan
Mac 2006 – Mac 2007
PresidenMahmud Abbas
Perdana MenteriIsmail Haniyeh
Didahului olehWalid Abed Rabuh
Butiran peribadi
LahirMohammad Ramadan Mohammad al-Agha
محمد رمضان محمد الآغا

1959 (umur 64–65)
Khan Yunis, Gaza
Parti politik Hamas

Latar belakang

Beliau dilahirkan pada 1959 di Khan Yunis di Genting Gaza, Palestin. Beliau melanjutkan pengajian sarjana sains di Universiti Jordan sehingga 1986. Kemudian beliau melanjutkan pengajian kedoktoran sains di Universiti Manchester, United Kingdom sehingga 1995.[2]

Beliau bekerja di Universiti Islam Gaza sebagai penolong profesor pada 1995. Beliau dilantik sebagai profesor madya di universiti sama pada 2000 dan menjadi profesor dalam sains sekitaran pada 2005.[2][3]

Pelantikan sebagai menteri

Beliau dilantik sebagai Menteri Pertanian Palestin pada Mac 2006 di bawah kabinet pertama dan kabinet kedua Ismail Haniyeh mewakili pertubuhan Hamas[4] sehingga dibubarkan oleh Presiden Mahmud Abbas pada Jun 2007.[5][6]

Walau bagaimanapun, Mohammad dikekalkan jawatan dalam pemerintahan Hamas di Gaza sebagai Menteri Pertanian pada 2007 hingga 2012.

Rujukan

🔥 Top keywords: Laman UtamaAzahari HusinThe Hardest Singing ShowYang di-Pertua Negeri Pulau PinangKhas:CariNuh & NaylaDedaun Hijau Di Angin LaluPuteri KhareezaScha ElinneaHari AsyuraAepul RozaJazmy JumaHarissa AdlynnPasukan bola sepak kebangsaan SepanyolSenarai peribahasa (A–M)Leez RosliKhas:Perubahan terkiniTony EusoffYang di-Pertua NegeriNabi Muhammad SAWMandi wajibPutera MuhammadInna lillahi wa inna ilaihi raji'unUEFA Euro 2024Rina NoseDan Mimpi Pun BerguguranBawah BlokPiala Eropah UEFAPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Zizi KiranaYang di-Pertuan AgongLamine YamalBubur AsyuraMalaysiaNuha BahrinBunga SaljuKeladi tikusAnwar IbrahimPlat pendaftaran kenderaan Malaysia