Miyavi

Takamasa Ishihara (石原 崇雅, Ishihara Takamasa, lahir 14 September 1981)[6][4] lebih dikenali dengan nama pentas beliau Miyavi (diolah sebagai MIYAVI)[4] ialah seorang pemain gitar, penyanyi-penulis lagu, penerbit rakaman dan pelakon Jepun, terkenal dengan gaya jari bermain gitar beliau.[5][7]

Miyavi
Miyavi pada 2019
Latar belakang
Nama asalMIYAVI
Nama lahirTakamasa Ishihara (石原 貴雅, Ishihara Takamasa)
Juga dikenali sebagai
  • 382[1]
  • DJ 382[2]
  • MYV
  • MYV 382 TOKYO[2]
  • ミヤヴィ
  • 雅—miyavi—
  • 雅—MIYAVI—[3]
  • 雅〜みやび〜
Kelahiran (1981-09-14) 14 September 1981 (umur 42)[4]
Berasal dariKonohana-ku, Osaka, Jepun
Genre
Instrumen
  • Gitar
  • vokal
Tahun aktif1995–kini
Syarikat rakaman
  • PS Company
  • Universal J
  • EMI Music Japan
  • EMI Records Japan
  • Virgin Music
  • Wrasse Records[5]
Pengkarya berkait
  • Dué le quartz
  • Skin
Laman sesawang
myv382tokyo.com

Beliau telah aktif sejak 1999, bermula sebagai gitaris untuk kumpulan rock Dué le quartz dan kemudian sebagai artis solo bermula pada 2002. Pada tahun 2007, beliau menjadi ahli superkumpulan rock S.K.I.N. dan pada 2009 mengasaskan syarikatnya sendiri, J-glam. Beliau menjelajah beberapa kali di seluruh dunia, dengan lebih 250 persembahan di 30 negara pada 2015.[8] Setakat 2016, beliau melancarkan 10 album solo dan 27 single.

Pada tahun 2014, Miyavi muncul dalam filem Unbroken, yang diarahkan oleh Angelina Jolie dan menjayakan peranan yang lebih kecil dalam filem Amerika seperti Kong: Skull Island dan Stray. Sejak 2013, Miyavi telah menjadi sukarelawan di UNHCR, melawat kem pelarian di seluruh dunia.[9] Pada November 2017, beliau dilantik sebagai Duta Muhibah rasmi.[10]

Kehidupan peribadi

Pada 14 Mac 2009, Miyavi berkahwin dengan penyanyi Jepun kelahiran Hawaii, Melody Miyuki Ishikawa.[11] Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan: Lovelie Miyavi Ishihara (lahir 29 Julai 2009) dan Jewelie Aoi Ishihara (lahir 21 Oktober 2010).[12]

Setakat 2016, Miyavi dan keluarganya kini menetap di Los Angeles, California, telah berpindah pada lewat 2014 semasa tayangan filemnya, Unbroken.[13] Selepas menjadi seorang bapa, Miyavi lari daripada imej penampilan atas pentas.[14][15]

Diskografi

Album studio

  • Gagaku (2002)
  • Galyuu (2003)
  • Miyavizm (2005)
  • MYV Pops (2006)
  • Miyaviuta: Dokusō (2006)
  • This Iz the Japanese Kabuki Rock (2008)
  • What's My Name? (2010)
  • Miyavi (2013)
  • The Others (2015)
  • Fire Bird (2016)
  • Samurai Sessions, Vol. 2 (2017)
  • Samurai Sessions, Vol. 3: Worlds Collide (2018)
  • No Sleep Till Tokyo (2019)

Filemografi

TahunTajukTajuk asalPeranan
2002Ryōma no Tsuma to Sono Otto to Aijin竜馬の妻とその夫と愛人kameo
2003Oresamaおれさまdirinya sendiri
2014UnbrokenMutsuhiro Watanabe
2017Kong: Skull IslandGunpei Ikari
2018BleachByakuya Kuchiki
GangooseギャングースAdachi
2019StrayJin
2019Maleficent: Mistress of EvilMaleficent 2Udo

Rujukan

Pautan luar