Mission: Impossible – Ghost Protocol

Mission: Impossible – Ghost Protocol ialah sebuah filem aksi perisik Amerika Syarikat 2011 dan filem keempat dalam siri filem Mission: Impossible diarahkan oleh Brad Bird.[3] Ia dibintangi Tom Cruise, Jeremy Renner, Simon Pegg dan Paula Patton. Ditayangkan di Amerika Utara oleh Paramount Pictures pada 16 Disember 2011, filem ini mencapai kejayaan kritis dan komersial. Ghost Protocol menjadi filem dengan kutipan tertinggi dalam siri Mission: Impossible[4] dan filem dengan kutipan tertinggi dibintangi Cruise.[5][6][7]

Mission: Impossible – Ghost Protocol
PengarahBrad Bird
Penulis
  • Josh Appelbaum
  • André Nemec
BerdasarkanMission: Impossible oleh
Bruce Geller
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiRobert Elswit
Disunting olehPaul Hirsch
Muzik olehMichael Giacchino
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehParamount Pictures
Tarikh tayangan
  • Disember 7, 2011
    (Festival Filem Antarabangsa Dubai)
  • Disember 21, 2011
    (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
133 minit[1]
Negara
  • Amerika Syarikat
Bahasa
  • English
Bajet$145 juta[2]
Pecah panggung$694.7 juta[2]

Pelakon

  • Tom Cruise sebagai Ethan Hunt
  • Jeremy Renner sebagai William Brandt
  • Simon Pegg sebagai Benjamín "Benji" Dunn
  • Paula Patton sebagai Jane Carter
  • Michael Nyqvist sebagai Kurt Hendricks
  • Vladimir Mashkov sebagai Anatoly Sidorov
  • Samuli Edelmann sebagai Marius Wistrom[8]
  • Ivan Shvedoff sebagai Leonid Lisenker
  • Anil Kapoor sebagai Brij Nath
  • Léa Seydoux sebagai Sabine Moreau
  • Josh Holloway sebagai Trevor Hanaway
  • Pavel Kříž sebagai Marek Stefanski
  • Miraj Grbić sebagai Bogdan
  • Ilia Volok sebagai the Fog
  • Tom Wilkinson (tidak dikredit) sebagai Setiausaha IMF[9]
  • Ving Rhames (kameo tidak dikredit) sebagai Luther Stickell[10]
  • Michelle Monaghan (kameo tidak dikredit) sebagai Julia Meade-Hunt[11]

Penerimaan

Respons kritikal

Di Rotten Tomatoes, filem ini mendapat rating 93%, berdasarkan 227 ulasan dengan purata rating 7.7/10.[12] Metacritic memberi filem ini skor 73 daripada 100, berdasarkan 47 pengkritik.[13]

Box office

Ghost Protocol mengutip $209,397,903 di Amerika Utara dan $485,315,477 di negara-negara lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $694,713,380.[14]

Sekuel

Ia telah didedahkan pada bulan Ogos 2013 bahawa Christopher McQuarrie akan menjadi pengarah Mission Impossible 5.[15] Fotografi utama bermula pada bulan Februari 2014 di London.[16] Paramount Pictures telah menetapkan Julai 31, 2015 sebagai tarikh tayangan.[17]

Rujukan

Pautan luar