Mila Jirin | |
---|---|
Kelahiran | Norsyarmilla binti Jirin (1987-09-05) 5 September 1987 (umur 36) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, usahawan |
Pasangan | Ahmad Ailis Mohamed Mustapha (k. 2015) |
Anak-anak | 1 |
Ibu | Zarinah |
Bapa | Haron Jirin Borhan |
Kerjaya muzik | |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2007–kini |
Pengkarya berkait | Akim Nubhan |
Norsyarmilla Jirin atau lebih dikenali sebagai Mila Jirin (lahir 5 September 1987) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim kelima. Beliau berasal dari Pulau Pinang
Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Air Hitam, Pulau Pinang.
Mila atau nama penuhnya Norsyarmilla binti Jirin diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim kelima dan beliau adalah salah seorang daripada enam belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan.
Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya menuju peringkat akhir untuk musim kelima bersama Ebi, Aswad, Heliza, dan Candy. Pada 19 Mei 2007, beliau telah dinobatkan selaku juara Akademi Fantasia Musim 5 sekaligus memecah tradisi juara AF yang sering didominasi penuh oleh kaum lelaki iaitu Vince, Zahid, Mawi, dan Faizal juga menjadi pelajar wanita pertama menjadi juara AF. Beliau menjadi wakil utama Pulau Pinang yang berjaya melangkah ke konsert akhir disebabkan tiada seorang pelajar dari Pulau Pinang yang pernah berjaya melangkah ke konsert Akhir untuk musim-musim Akademi Fantasia yang lalu lagi. Wakil itu diikuti oleh Aswad.
Dia turut mengusahakan produk kecantikan, LuvMILA yang diselenggara LuvMILA Corporation Sdn Bhd (www.luvmila.com.my)
Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan AF yang seterusnya:
Konsert | Lagu (penyanyi asal) | Ked |
---|---|---|
Minggu 1 | "Bersamamu" (Siti Sarah) | 13 |
Minggu 2 | "Gotta Tell You" (Samantha Mumba) | 13 |
Minggu 3 | "Melukut Di Tepi Gantang" (Aishah) | 13 |
Minggu 4 | "Benci Tapi Rindu" (Diana Nasution) | 10 |
Minggu 5 | "Puncak Kasih" (Ziana Zain) | 6 |
Minggu 6 | "Drama" (Ning Baizura, Nikki & Yanie) | 3 |
Minggu 7 | "Dondang Dendang" (Noraniza Idris) | 2 |
Minggu 8 | "Aku Takkan Bersuara" (Nike Ardilla) | 1 |
Minggu 9 | "Pudar" (Rossa) | 1 |
"My Heart" (Irwansyah & Acha Septriasa)
| ||
Minggu 10 | "Persis Mutiara" (Mila) (Lagu: Ajai / Lirik: Loloq) | Juara |
"Cinta Pura-Pura" (Ezlynn) |
Tahun | Judul | Album |
---|---|---|
2007 | "Persis Mutiara" | Persis Mutiara |
"Mila Bila Cinta" | ||
2008 | "Aku Lebih Tahu" | |
Ilham Dimatamu" | ||
2009 | "Gila" | |
"Jika Kau Ubah Fikiran" | Era Muzik Hits Terkini | |
2011 | "Bertemu Cinta" | OST Nur Kasih The Movie |
"Malu Malu" | Mila Jirin | |
"Bebas" | ||
"Siapa Tak Perlu Cinta" | ||
2024 | "Sandera" | OST Khunsa |
Tahun | Judul | Bersama | Album |
---|---|---|---|
2010 | "Kau Dan Aku" | Akim | OST Kau & Aku |
2013 | "Cinta Kasih" | Nubhan | OST Cinta Qaseh |
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2008 | Apa Kata Hati? | Kat | Filem pertama |
2009 | Jumbo Gajah Biru | Luna | Alih suara versi BM |
2010 | Lu Pikirlah Sendiri de Movie | Aisyah | |
2014 | Kami Histeria | Airin |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009–2010 | Kau & Aku (Musim 1) | Mila | Astro Ria |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009 | Meriam Buluh | Astro Prima | |
2010 | Aidilfitri Abang Kassim Pon Pon | ||
2013 | Raya Nora Jambu | Astro Ria |
Mila membekal suara watak Gabriella untuk versi bahasa Melayu High School Musical dan High School Musical 2
Juara | |
---|---|
Naib juara | |
Alumni terkenal |
|
Lagu juara |
|
Rencana berkaitan | |
Artis Baru Wanita Popular ABPBH | |
---|---|
|